Salam Kamunting,
Untuk masuk syurga Tuhan, kita hanya perlukan satu kalimah yang mengembirakanNya. Untuk dihumban ke neraka Tuhan ( ‘iyazan biLlah ), manusia cukup hanya dengan satu kalimah yang memurkakanNya. Allah, begitulah kuasa, kehendak dan mahuNya yang penuh hikmat dan haq.
Di dalam Islam, yang kecil sangat menjadi sangat besar jika ianya besar disisiNya. Yang besar sangat – sangat boleh jadi sangat – sangat kecil jika ianya kecil disisiNya.
Dosa kecil yang dilihat kecil dan remeh oleh manusia akan jadi besar dan berat akibatnya di sisiNya. KebengisanNya tiada diduga. Dosa besar yang dilihat besar dan ditakuti oleh manusia akan jadi kecil dan ringan saja di sisiNya. KeampunanNya tiada diduga.
Kerana itu, walaupun ada dosa kecil dan ada dosa besar, ia mestilah sentiasa besar di sisi hambaNya. Murka Tuhan besar semuanya. Seorang raja, sekilas murkanya adalah bala! Inikan Allah yang maha berat murkaNya. Ia bukan Mahafiraun, bahkan Dialah Allah yang Maha – Maha.
Orang mukmin, dosa ibarat gunung yang menimpa. Menggerunkan. Orang munafik, dosa hanyalah lalat yang hinggap di hidung. Menyerabut saja.
Pilihan raya umum ke 12 di negara kita membuka tirai. Natijahnya adalah masa depan negara. Negara adalah kita dan anak – anak kita juga. Negara yang baik diselubungi ampunan Tuhan. Negara yang buruk diambang kemurkaan Tuhan.
Pilihan raya nilai kiranya pada undi yang diberi. Satu diri satu undi. Seorang ulama atau cendekiawan memiliki satu undi, samalah dengan seorang bodoh dungu atau pelacur.
Satu undi si alim yang menolak negara ke kemurkaanNya adalah sebab kepada murka dan nerakaNya. Satu undi si pelacur yang menarik gembira dan ridhaNya adalah sebab untuk mengetuk ridha dan syurgaNya.
Setiap pekerjaan adalah berbekas di sisiNya. Dia Maha Halus dan Maha Seni.
Justeru bergerak adalah memberi bekas sebagaimana diam juga memberi bekas. Samada anda mengundi atau tidak, itulah tindakan dan anda kenalah tunggu akibat baik dan buruknya tindakan itu di sisiNya.
Berdiam membiarkan kebaikan berterusan adalah pahala yang didamba, manakala berdiam membiarkan kejahatan berterusan adalah dosa yang mesti ditanggung.
Dua undi pada pilihan raya 2004 telah menyelamatkan Kelantan daripada jatuh kepada pendukung faham sekular yang menolak negara kepada murkaNya. Kekurangan tiga undi itulah yang menjadikan UMNO Kelantan separuh gila selama empat tahun menanggung keperitan kekalahan kepada Islam dan pejuangnya.
Dua undi itulah yang menyelamatkan kerajaan Islam Kelantan. Jika sebaliknya, anda pastinya telah melihat di Kelantan kedai 7 eleven dipenuhi botol – botol arak untuk tegukan anak remaja Melayu. Anda pastinya telah menyaksikan tiada lagi erti halal dan haram dalam perbendaharaan negeri. Anda akan menyaksikan kemaksiatan yang tidak dihiraukan, malah digalakkan.
Anda pastinya kehilangan qudwah dan contoh yang hebat sebuah pemerintahan Islam yang ulama adalah pemandunya. Tidakkah dalam malu – malu dan enggan, kerajaan pusat telah meniru Kelantan dalam beberapa tindakannya selepas ditibai dan dibantai habis – habisan? Ingat cuti 2 hari seminggu? Tidakkah Kelantan hampir lumat digiling? Ingat cuti bersalin 60 hari? Tidakkah Kelantan hampir lunyai dipajan? Ingat sistem pajak gadai Islam yang kini diterima pakai oleh bank – bank konvensional?
Justeru anda harus faham dan akur bahawa satu undi nilainya adalah seribu undi. Satu undi mampu mengubah landskap politik negara. Pak Lah bermaharaja lela dalam tidurnya menaikkan harga minyak dan barang dan mengagihkan kekayaan negara kepada sesama keluarganya kerana kuasa undi yang memberinya keselesaan penuh. Itu baru dalam tidurnya! Jika beliau celik, habis pejuang disumbat ISA agaknya.
Jangan bangkitkan Pak Lah daripada tidurnya! Harimau dalam lalinya disangkarkan.
Kerusi pembangkang yang banyak di parimen mampu menyekat Pak Lah daripada bertindak sesuka hati membodohkan rakyat. Kekuatan penentangan dan nasihat yang baik di parlimen akan membri rakyat kesedaran untuk berfikir dan berubah demi maruah dan jati diri.
Undilah PAS untuk kedaulatan Islam.
I’tizar: Terima kasih kepada sahabat – sahabat yang memberi komentar yang bagus – bagus yang memerlukan penjelasan saya. Saya mohon untuk menangguhkannya sehinggalah selepas pilihan raya nanti. Insya Allah, saya akan menjawabnya selepas itu. Anda bolehlah terus memberi, sementara saya dan yang lain membacanya dahulu.


15 comments
Comments feed for this article
Februari 16, 2008 pada 4:33 pm
aezam
assalamualaikum..
kita perlu gempur ruangan sembang YM sekarang utk menarik undi dari golongan muda..kita tak boleh syok sendiri dgn blog kita..jika kita sebarkan blog2 BA dlm YM,dh pasti ramai akan tahu maklumat yg kita sebarkan..
undi org muda amat diperlukan sekarang..
kita gempur YM..hebahkan laman web dan blog2 BA serta maklumat isu semasa dlm YM..
Februari 16, 2008 pada 10:30 pm
bring islam back
assalamualaikum ustaz.
dijemput ke http://www.risalahlangit.blogspot.com
Februari 18, 2008 pada 7:09 am
zahrah
salam…
buat ustaz dan sahabat2 seperjuangan yang dirahmati Allah…Subhanallah…bila baca entry ustaz kali ni amat gerun dan takut sekali mengenangkan betapa satu undi itu adalah melambangkan AKIDAH kita…Ya Allah mengapa ada yang tidak gentar akan soal AKIDAH?? Ya jawapannya..kerana HIDAYAH…HIDAYAH Allah lah yang ‘membuka’ mata buta menjadi celik….hati yang hitam menjadi putih dan….minda yang kotor(macam KJ dok ingat 18SX jer….)menjadi BERSIH….tidak hairanlah Allah mencipta SYURGA dan NERAKA!!
pilihan cuma ada ditangan kita…mahu SYURGA atau NERAKA.saya yakin orang Islam yang waras sudah tentu mahukan syurga, hanya orang gila yang terkinja2 mahukan Neraka..Nau’zubillah
ALLAH THE ALMIGHTY!!
ya allah..
we want your help against them and seek your protection against their atrocities..
ya allah..
revealer the book.. controller and dominator of the clouds.. defeater of the armies of ur enemies.. defeat them and make the ground shake beneath their feet..
ya allah..
u are our helper.. and u are our victor.. and u are sufficient for us.. and the best guardian..
ya allah..
break free the shackles of our prisoners and the prisoners of the muslims(ISA, Guantanamo Jail and everywhere). . and return them safely to their families.. ameen ameen ameen ya allah..
ya Allah please protect our country-MALAYSIA- and KELANTAN from thagut!!
ameen.. ameen.. ya rabbal a’alameeeen. .
Februari 18, 2008 pada 2:47 pm
Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 | Aku akan balik mengundi. Kamu bagaimana?
[...] Walau apapun, aku tetap akan balik mengundi pada 8 Mac nanti. Letih pun letihlah. Sesak pun sesaklah. Habis duit pun habis duitlah. Kalau aku tak boleh buat benda lain pun, sekurang-kurangnya aku boleh pangkah PAS. Ya, aku akan pangkah PAS. Aku yakin bahawa Allah Taala tidak akan persoalkan apa yang tidak mampu aku buat. Tapi akan mempersoalkan apa yang aku boleh buat, tapi aku tidak buat. Dan aku yakin, satu undi aku mampu mengubah keputusan. Satu undi tetap bernilai. Boleh tanya Ustaz Nik Abduh, apa nilai satu undi? [...]
Februari 19, 2008 pada 7:57 am
albazrah
Allahhu Akbar!!
Februari 20, 2008 pada 8:42 pm
aan
hidup PAS,tgakkn islam
Februari 21, 2008 pada 2:40 am
bulanmasa
Salam,
aan, jangan salah faham.
PAS nak tegakkan Negara Kebajikan, bukan negara Islam. Dan jangan kuat-kuat sangat sebut Islam tu, nanti org kafir dengar.
Kita kena bersikap berpura-pura. Kita tipu mereka dan rakyat Malaysia umumnya. Kita kata kita pun sama macam mereka, kita tak nak negara Islam bahkan kita mencintai demokrasi. Kita katakan kita ingin menegakkan demokrasi yg sejati walaupun kita membencinya. Tipu sunat katakannnnnn….
Lagipun dgn sekadar meletakkan 60 calon @ 30% dari total kerusi Parlimen, mustahil utk tegakkan negara Islam. Tu pun kalau menang semua. Dari 60 calon tu pula, berapelah gamaknya yg menang. Kalau dulu hanya 6 calon je menang, harap kali ni jgn le pulak lebih kurang dari tu.
Namun begitu, janganlah kemustahilan ini digembar-gemburkan. Ssyyyy…..
Org UMNO kata kpd org PAS;
Apa salahnya pd Islam Hadhari, ia sekadar istilah, tidakkah point-pointnya Islamik @ apa yg Islam anjurkan ?
Org PAS kata kpd parti Pembebasan Islam cawangan Malaysia;
Apa salahnya pd Negara Kebajikan, ia sekadar istilah, tidakkah kebajikan suatu yg dianjurkan oleh Islam ?
Dan lagi, kita jangan kritikal thdp pimpinan parti. Betul ke, salah ke, ikut je. Mungkin Saidina Umar tak setuju dgn prinsip spt ini, tapi …..pokoknya ikut, jgn banyak soal. Lagi pula, takkanlah pimpinan parti boleh tersilap. Kan ilmunya tersangat tinggi.
DEMIKIANLAH KIAS IBARAT. ANDAI TERKASAR DAN TERSALAH BAHASA, HARAP DIMAAFKAN.
sekian,
bulanmasa
kzugm@yahoo.com.my
Februari 21, 2008 pada 2:48 pm
wan zailan bin wan omar
Salam,
Ustaz Nik Abduh,
Satu soalan; Sebelum itu , saya seperti nama tertera adalah pengundi dun selising parlimen pasir puteh, kini bermastautin di bangi selangor.
Kenapa berlaku perpindahan datok Husam dari Dun kijang ke Dun Salor .
adakah benar kerana pihak pas kawasan pengkalan chepa tidak mahu orang luar , ini menunjukkan sikap assobiyah pas PC , kita sering kata lawan kita assobiyah tapi dalam kes ini pas lebih teruk dari umno. Saya akan balik buang undi walaupun belanja perjalanan adalah tinggi, wang minyak rm100 sehala tidak berapa mencukupi, belum lagi belanja lain, tapi disebabkan ingin melihat kerajaan negeri kelantan yang ada hari ini kekal pada pas saya balik juga, tapi melihat keadaan politiking dalam pas membuatkan hati saya marah dan geram. Keadaan ini juga berlaku di pasir puteh, sama juga . Ini kali ke 4 saya buang undi, semuanya untuk pas , saya juga ahli pas dan aktif di bangi.
so saya harap mendapat jawapan dari pihak ustaz, samada dalam ini atau email saya atau melalui sms pun tak apa. 017 312 2246.
sekian terimakasih
wanz
Februari 22, 2008 pada 8:29 pm
zahrah
salam….
buat bulanmasa,
buang masa layan budak bulanmasa ni…ntah aper2….ntah…
kalau nak sokong UMNO tu sokong je lah….tak payah perli2 pulak..sebut pasal negara Islam la…ape la…ulama’2 PAS pun belum keluar kenyataan lagi pasal benda2 ni…engko pulak yang lebih2…lagi baik tak payah baca pun blog2 PEMBANGKANG ni…inilah jenis orang yang tak paham bahasa!!maaf kalau makan cili tersangatlah banyak yeee…….
wan zailan wan omar,
engko ni…nak sokong tuan punyer badan ker…nak sokong ISLAM yang tertegak di Kelantan???pimpinan lebih makruf dan arif tentang sumer tu…panglima perang Khalid Al-Walid diletakkan dibarisan hadapan pun, pengikut dan tentera Islam tak banyak soal….yang penting calon yang dipilih tu DIPILIH oleh pucuk pimpinan PAS NEGERI…pimpinan dah buat yang terbaik!!ape punyer perjuangan ni…nak balik habis RM100 @ RM200 pun merungut satu MALAYA tahu, belum kena gadai nyawa lagi…ish..ish…buat malu jer…banyak soal sangat tak yah ngundi la…hi..hi….sori…maaf..ampun…kalau termakan banyak cili macam bulanmasa…
Dari;
“ORANG YANG SELALU PANAS TELINGA KALAU ISLAM DICERCA,DIPERLI TAMBAH2 DIKUTUK”!!
Februari 23, 2008 pada 11:50 am
nyetnyot
wanz,
datuk husam tak kene gugur dr senarai calun pon kene bersyukur dah jgk tuh..tuduhan kate pas pc takmo org luar tu salah kut, antara husam ngan w.ubaidah,kenapa w.ubaidah dipilih????sbb w.ubaidah org dalam ke???
Februari 27, 2008 pada 2:25 pm
mat sabun
buat wan zailan
kau la satu contoh anak kelantan yg kene carik keje kat luar..apsal tak balik kelantan tinggal kelantan n keje di kelantan??berbakti pada negeri sendiri??bukan ko sorang je..mmg ramai anak kelantan berkumpul kat bangi tu..tp kenapa smp mcm tu??
ada yg bekerja..jd pensyarah..bukak kedai tom yam..punye la ramai..
tp bila ngundi balik kelantan??ape tanggungjawab anak2 kelantan ni pada tempat die carik rezeki??
rela kah mereka tempat mereka carik nafkah diperintah UMNO??tp kampung diperintah PAS pasal nak pahala??mcm tu ke politik anak2 kelantan?
patut anak2 kelantan balik kelantan..carik rezeki di kelantan..dan mengundi di kelantan..baru la penuh tanggunjawab pada negeri..
tp smua tu pasal kelantan takde keje kosong kan?takde peluang pekerjaan yang cukup kan???adakah jd kerajaan Islam setakat berdakwah tanpa pembangunan??kalau ada pembangunan di kelantan tp kenapa beribu2 anak kelantan berhijrah??mesti ada sesuatu yg tak kene pada kerajaan PAS kelantan kan?
kenape duduk bangi??tau bandar bangi tu sape yg bangunkan??
rezeki memang dari Allah..tp kalau setakat doa tanpa usaha takkan dtg kejayaan…
jgn terlalu dibutakan hati hanya kerana nak mengejar syurga..ape bukti ulama mesti jadi pemerintah??
Februari 28, 2008 pada 9:30 am
zahrah
1.sebab orang kelantan nak berdakwah kat orang luar .
2.hanya orang yang beriman yang ‘gila’ bermatian untuk merebut syurga Allah.
3.bukti ulama’ mesti jadi pemimpin adalah Rasulullah s.a.w(ulama’ pewaris nabi)
4.mat sabun ni dah cukup umur ke nak mengundi ni??
Februari 28, 2008 pada 10:26 am
bulanmasa
salam buat kak zahrah,
Kata memperjuangkan demokrasi tulen….demokrasi bermakna setiap org bebas bersuara. Nampaknya kak zahrah pun kena penyakit UMNO, bebas bersuara kalau sokong UMNO, tapi kalau kritikel, DILARANG BERSUARA.
Saya bukannya penyokong UMNO, tetapi saya tidak pula membenci ahli UMNO, sama spt saya sayangkan ahli-ahli PAS. Sesama muslim wajib saling mengasihi.
Sayangnya pd hari ini, kerana demokrasi, kita, maksudnya kak zahrah dan org UMNO, berbalah sesama sendiri @ sesama muslim.
Kalau nak negara Islam, berterus teranglah nak negara Islam, toksah pakai istilah yg bukan2. Tidakkah matlamat asal PAS nak negara Islam tu dah cantik. Tapi sebab nak undi org kafir, PAS tukar dgn istilah2 yg kabur. Ini ibarat rahmat buat UMNO dan BN. Berbakul2 hujjah BN boleh berikan.
Tapi kalau gerakan Islam dgn tegas kata kami nak syariat 100%, nak negara Islam, nak khilafah, BN dan UMNO tak dak hujjah kak ! Kalau org2 kafir hentam, DAP hentam, tidakkah sentimen umat nanti akan berpihak kpd gerakan Islam ?
OKlah kak, sampai di sini dulu yek. Kalau ada masing, buleh masuk ke laman web mykhilafah.com atau baca artikel Sautun Nahdah, buletin politik mingguan kami.
Wassalam.
Mac 5, 2008 pada 6:30 pm
mat sabun
cik puan zahrah..
sangatla dangkal hujah kau tu..
setakat budak2 baru lepas sekolah bole la termakan..ntah2 diorang lagi pandai bagi hujah dari kak zahrah..
1-orang kelantan nak berdakwah di luar???mcmana plak kalau ada orang kelantan buat maksiat di luar mcmana??org kelantan tak maksum kan??
2-hanya orang yang beriman yang ‘gila’ bermatian untuk merebut syurga Allah.
adakah hanye dengan ngundi PAS dapat merebut syurga???
3-bukti ulama’ mesti jadi pemimpin adalah Rasulullah s.a.w(ulama’ pewaris nabi)
please..jgn samakan ulama2 PAS dengan Rasulullah S.A.W…keperibadian rasulullah terlalu jauh utk dibanding dengan peribadi ulama2 pas…Baginda tak pernah mencaci maki musuh2nya walau dibaling dengan najis..Baginda tak pernah bertindak utk kepentingan sendiri..tak mcm ulama2 PAS..sume nak kuasa..cara pon dah salah
jgn terus ckp ulama pewaris nabi..
mcmana kak zahrah nak buktikan seseorang itu ulama???
kalau Dr org gi blaja medic..die lulus n die kite tau die Dr..
tapi Ulama??adakah maksud kak zahrah sape yg jadi pemimpin dalam parti PAS itu ulama??Mat sabu ulama?calun hindu PAS di tiram johor ulama??
4)kalau saya tak cukup pon salahkah saya tulis kat sini??nampak sangat cara kak zahrah yg mcm budak baru abis tadika..tak de kene mengena ngn persoalan2 yg saya timbulkan..
Julai 19, 2008 pada 10:04 am
Akan berubah? « Impossible is Nothing
[...] BACA : NIlai Satu Undi [...]