Salam Kamunting,
Mereka sepanjang masa bertanya saya, ” Adakah PAS akan kekal memerintah Kelantan?” Saya biasanya menjawab, “Ya, insya Allah. Itulah yang rakyat Kelantan mahukan.” Biasanya saya juga menambah sebelum beredar daripada soalan itu, ” Cuma UMNO terlalu mahu menang. Apabila mereka terlalu mahu menang, mereka meninggalkan Allah di kelam pandangan iman lalu mengenderai syaitan untuk memerangi PAS. Mereka menipu dan membeloti rakyat dan agama. Kepada Allahlah kita mengadu, berserah dan pasrah.”
Biasanya tiada daripada kalangan mereka yang membantah jawaban saya. Pertama, ia adalah jawaban yang sama mereka terima daripada orang lain. Kedua, mereka tahu sangat UMNO dan tipu jahatnya.
Mengapa rakyat Kelantan akan terus memilih PAS untuk mengurus kehidupan mereka di Kelantan? Anda perhatikan kehebatan rakyat Kelantan di bawah:
1- Agama adalah nyawa dan maruah diri mereka. Anda akan melihat bagaimana Islam terlalu mengawal pergerakan dan tingkah laku mereka dalam segala aspek. Oleh kerana PAS dikenali lama sebagai parti ugama, sedang UMNO pula dikenali sebagai parti dunia, sekular, kuasa, wang dan dendam, maka mudah sekali rakyat Kelantan memilih PAS tanpa syak dan ragu.
2- PAS memiliki pemimpin ugama sebagai qudwah yang diikuti. Hampir tiada ulama besar di Kelantan untuk diminta fatwa dan nasihat kecuali mereka menyokong PAS dan perjuangannya. Rakyat Kelantan akan mudah merasa bersalah dan berdosa untuk memilih UMNO kerana mereka merasakan mereka tidak bersama dan tanpa restu para ulama.
3- Politik adalah kopi ‘O’ rakyat Kelantan. Di sini, kopi diteguk di kedai - kedai makan untuk melawaskan perdebatan dan perbincangan perihal politik setempat dan tanah air. Dengan kesedaran politik yang tinggi, di samping isu - isu negara yang tidak menyokong kerajaan BN, adalah tidak sukar untuk rakyat Kelantan terus mengundi PAS lagi.
4- Pembanguna fizikal di Kelantan tidak meruntuhkan binaan rohani sebagaimana begitulah senarionya di negara kita. Di Malaysia, kesima nafsu terhadap pembangunan fizikal telah meruntuhkan jiwa, akhlak dan ugama. Di Kelantan, kerancakan pembangunan fizikal tidak kehilangan arah dan kawalan. Malah, rakyat sedar bahawa kerajaan PAS menerapkan isi dan keberkatan di dalam pembangunan fizikal.
5- Berakar dari bawah, segenap lapisan rakyat merasai kewujudan sebuah kerajaan berkebajikan yang cuba melaksanakan amanah kuasa dengan kehendak ugama. Sentuhan hangat daripada pihak penguasa dan rasa selamat dan dilindungi menjadi satu daya yang kuat untuk mereka terus memberi sokongan dan dukungan kepada PAS untuk terus memerintah Kelantan.
6- PAS kian diyakini kekuatan dan kemampuannya. 18 tahun memerintah Kelantan menjadikan PAS kuat dan mampu. Akhirnya kekuatan dan kemampuannya diyakini dan diterima rakyat tanpa rasa kekok, ragu dan rimas. PAS terbukti berjaya membuktikan ISLAM BOLEH!
7- Rekod PAS bersih daripada penyelewengan dan rasuah oleh BPR sepanjang pemerintahannya. Ini secara kasarnya menakjubkan kerana rakyat sering menyaksikan medan politik negara yang penuh comot dengan rasuah dan penyelewengan.
8- PAS, khususnya jentera pemudanya adalah rakan anak muda. Adalah diyakini anak - anak muda Kelantan begitu selesa dengan kepimpinan pemuda PAS di setiap peringkat yang sentiasa turun padang memberi khidmat dan bantuan bagi memenuhi keperluan dan kebajikan mereka.
9- Hubungan baik dan intim antara kerajaan negeri dengan istana. Istana Kelantan yang menjadi payung agama dan rakyat jelata sentiasa di hati rakyat. Apabila hubungan di antara kedua - duanya dilihat baik dan selesa, rakyat Kelantan akan turut rasa selesa dan sejahtera.
10- UMNO terlalu lemah. UMNO tiada pemimpin contoh, tiada pemimpin muda harapan, tiada jasa besar sebagai pembangkang, tiada janji yang menyelerakan rakyat dan tiada sebab untuk diberi peluang dan harapan. Di hadapan, rakyat melihat kecelakaan bakal mengiringi UMNO jika mereka melangkah masuk ke tampuk Kota Darul Naim sekal lagi.
Itulah 10 jika anda mahukan 10 yang sempurna dan ringkas. Asasnya, PAS lebih mendekati kehendak ugama, sedang UMNO hanyalah memperlakukan ugama sekehendak nafsunya. Asasnya, PAS lebih baik persembahannya berbanding UMNO. Asasnya, rakyat Kelantan cukup matang untuk menghukum kezaliman dan kepalsuan.
Tahniah rakyat Kelantan! Allahu akbar wa liLlahil hamd.

19 comments
Comments feed for this article
Februari 12, 2008 pada 7:15 pm
cakapaje
Assalamu’alaikum Ustaz,
Mohon izin ana jemput Ustaz dan sahabat lain menonton video di http://talkonly.blogspot.com/2008/02/must-see.html
Hanya, blog ana bukan blog agama ataupun politik, sekadar ana menulis sesuka hati.
Februari 12, 2008 pada 7:21 pm
cakapaje
Maaf Ustaz, terlupa ana nyatakan tadi: Jika ada yang berminat berita dan video politik dan yang berkenaan, sila kunjungi http://newsyoumavemissed.blogspot.com/
Terima kasih Ustaz dan ana memohon maaf sekali lagi.
Wasalam
Februari 13, 2008 pada 12:55 am
el
assalamualaikum,
ambo yakin, insya’Allah, buleh bene kito tahung nih..
cumo nyo… mitok lah… kalu buleh bla lah tok wokil hok lain tu… jangan dok napok sangat kayo… pah, payoh pulok nok dermo, sdekoh, blanjo…
hok jadi dulu, ado tok wokil, takut nok masuk keda kopi, malah masuk keda kopi…
ado bekah tok wokil ni… bunying kaba, kiro maroh lah oghe ghalik dok keda kopi, tok sir gi masjid…
tok leh lagu tuh… doh meme lah dio tu taraf ustak, tok ime, meme lah duk masjid sok mo… tapi gak, hok ngundi dio tuh… buke hok mari dale masjid sajo.. hok keda kopi tu lah hok banyok duk tulung jugok… pah lagi.. kalu demo tu tok gi masjid, apo saloh tok wokil pulok gi keda kopi… wak baik nga demo tu, kechek pok demo tu denga caro halus… sindir-sindir bla ghajing gi ko masjid… lamo-lamo.. nyo bereh la tuh… tokke tok reti malu pok demo tuh…
pah, kalu buleh… denga-denga lah ghetek hok ghakyak nok… kalu demo kato tok kenne nga satu-satu tok wokel/calun nih… cubo-cubo lah cari jale.. tuka hok lain… buke gappo… demo tu hok nok ngundi… buke oghe di jale rajo laut nuh…. lamo ke jadi undi proteh po stengoh-stengoh tepak supo 2004 dulu… naknyo lah ko ghakyak hok laing keno duk bowoh amnu… [mitok tuhe jauh lah...]
gitu jah la ustak…
Februari 13, 2008 pada 12:10 pm
dhuat79
Assalamualaiku Ustaz Nik Abduh.
Mintak izin ana nak promosi lagu ‘RAP REBEL’
Sekadar promosi, sila ke sini http://odeo.com/audio/17315103/view untuk mendengar lagu MARHAEN oleh the DHUAT.
Prosa:Cpol
Ritma:Dhuat
Album:Revolusi Pejuang Sejati
- Marhaen -
terdengar bisik angin lalu
membawa pesan dari kota gapura
bukalah tingkap dan pintu
ada kisah buat marhaen merdeka
raksasa kuning di tanah merah
membawa budi sebesar guni
hujan pun turun mencurah-curah
anak kampung pun menari-nari
*chorus
oh sudah lima tahun berlalu
entah berapa kali dituai padi
anak kecil dan basikal baru
hadiah lima tahun sekali
oh lima tahun lalu nan berlalu
jalan sekaki diturap kembali
kukira burung yang terbang lalu
rupanya permata dari langit
jauh pandangan di singgahsana
bangsawan segak mencemar duli
berbunga janji penglipurlara
suri dan dara dibuai mimpi
(ulang chorus)*
jangan menangis tepian cemara
luka yang lalu simpan di hati
termakan budi di hari raya
hidup bangsaku menanti mati
(ulang chorus)*
Februari 13, 2008 pada 4:37 pm
e Pemuda PAS
assalamua’laikum.
saya baru di sini. insyaALLAH akan kerap mendatang nanti.
saya yakin rakyat kelantan, umumnya, adalah berjiwa PAS. namun, kegusaran saya semakin menjadi-jadi. saya bimbang BN-UMNO akan menguasai tanah bertuah ini dengan cara yang lain; cara keji mungkin.
>>> semua: marilah sama-sama kita mendoakan tanah berjasa ini. moga-moga ia akan terus dinaungi oleh payung-payung ulama’. insyaALLAH, aminnn…
>>> Ustaz Nik Abduh: jika Ustaz Nik Abduh tidak keberatan, silalah masukkan link laman saya di bahagian link rangkaian ustaz.
e Pemuda PAS: http://www.ePemudaPAS.wordpress.com
takbir!!!
Februari 14, 2008 pada 2:33 am
zahrah
salam ustaz…
jika tidak keberatan…saya ingin menambah angka yang kesebelas dan dua belas MENGAPA RAKYAT KELANTAN AKAN MEMILIH PAS adalah:
11-Dari bumi bertuah inilah rakyat memperolehi sumber rezeki kerana titik permulaan perniagaan rakyat Kelantan hatta berada diluar Kelantan akan mendapatkan rezeki pelbagai jenis dari makanan hinggalah ke pakaian dari Negeri Serambi Mekah ini dan ada yang sanggup juga mencari serta membina tempat tinggal diKelantan kerana tanahnya murah!(KETIGA2 SUMBER ITU IAITU MAKANAN, PAKAIAN DAN TEMPAT TINGGAL MERUPAKAN ‘BASIC NEEDS’ SETIAP MANUSIA, JADI APA YANG MAHU DIFIKIRKAN LAGI…RAKYAT KELANTAN SUDAH CERDIK DAN MATANG)wallahua’lam.
12-Pengisian rohani yang diadakan setiap pagi Jumaat dapat ‘melindungi’ mereka dari terjebak kepada gejala2 yang tidak sihat malah aktiviti tersebut telah menjadi ‘makanan’ mereka setiap minggu-mereka khuatiri jika Be eNd memerintah aktiviti rutin mereka ini akan terhapus begitu sahaja maka ‘makanan’ yang mereka perolehi setiap minggu ini telah ‘mendarah-daging’…..’OVER MY DEAD BODY UMNO!!’kalau nak rampas Kelantan dari tangan kami!!kalau nak berlawan guna cara anak jantan berlawan bukan macam biawak lembik memegang keris!!
maaf penggunaan bahasa kasar yang menggambarkan ‘kegeraman’ penulis pada sikap puak2 Be eNd ni!!
Februari 14, 2008 pada 8:17 am
senyum
Assalamualaikum.. Apabila berada di pihak yang benar keinginan untuk kejayaan tidak akan berlaku tanpa usaha yag berterusan. Diharap semua ahli yang memihak kepada parti yang berpaksi pada wahyu Ilahi tidak berputus asa sekiranya menang atau kalah di dalam PRU sekalipun. Hakikatnya kita tetap BERJAYA. Allah yaktikum najah..Insyallah
Februari 14, 2008 pada 12:29 pm
IBNUAHMAD
izinkan ana copy paste posting ini utksebaran…harap2 diizinkkan..
Februari 14, 2008 pada 12:42 pm
yeleq
assalamualaikum ustaz,
nak tnya sikit…
umno main kotor dalam tidak me’rahsia’kan undi ( maksudnye dia taw kita undi ape), pastu org2 yg terdesak ( takut kene buang@ tukar tmpt keje, takut kene buang u) rase tak selamat nak ngundi pas, tp untuk undi umno rase berdosa plk, maka diorang rosakkan undi ( better dr tak pegi mengundi n ade org ‘tolong’ undikan), sebab ape mereka takut? sbb diorang taw pas takkan mungkin dapat memerintah negara ( kec dgn izin Allah) sbb pas cuma bertanding 60 kerusi sahaja dr jumlah ~222 yg dipertandingkan…maka ape resolusinya di sini? macam ala2 diluah mati mak ditelan mati bapak pun ade…harap ustaz boleh terangkan
Februari 14, 2008 pada 2:46 pm
senyum 2
salam, kalu zahrah telah ‘menopup’ yang ke 11 dan 12 ana nak cuba top up yang ke seterusnya..
13- InsyaAllah kebanyakan rakyat kelate adalah rakyat yang matang dalam berpolitik dan berfikir. Pengalaman dan pengajaran serta tarbiyyah berterusan daripada Allah mengajar mereka untuk memilih siapa yang baik dan siapa yang tidak. Mereka menggunakan kebiijaksanaan mereka kena pada tempat.
Februari 14, 2008 pada 3:20 pm
Putera Pulai Chondong
Asslamualaikum, hari ni tujuan utama saya ke cc hanya lah untuk bukak blog ustaz. Sayang kalau tak buka. Alhamdulillah, saya pun nak tambah skit. mohon keredhaan:
14- Rakyat Kelantan umumnya tidak pernah mengharapkan budaya hiburan liar yang ditaja oleh UMNO. Kalau ada itu adalah umpama anak-anak padi yang telah dimakan oleh tikus-tikus liar. Sebab itu lah akhirnya menjadi padi yang useless/ hampa. Perumpamaan ini saya petik dari ucapan ayahanda Ustaz dlm sidang DUN Kelantan baru-baru ini.
InsyaAllah meskipun saya sendiri jarang-jarang solat hajat dan tak berkesempatan untuk sama-sama turun berjuang secara serius, tapi saya yakin dengan berkat doa-doa ulama’ Islam, PAS tak kan kalah di Kelantan. Saya bimbang, jika PAS kalah entah berapa dekad pula Islam akan kembali menyinar. Takbir …Allahuakbar.
Februari 14, 2008 pada 11:15 pm
bulanmasa
Di parlimen ada 2 dewan ;
1. Dewan Negara, yang terdiri dari para senator ygt dilantik oleh kerajaan
2. Dewan rakyat, yg terdiri dari para wakil yg dipilih oleh rakyat
Jumlah kerusi dewan rakyat adalah sebanyak 222 kerusi. Dari jumlah tersebut, insyallah katanya PAS akan meletak lebih kurang 60 calon bertanding utk wakil diparlimen.
Mungkinkah PAS akan menang kesemua 60 kerusi parlimen tersebut ?
Katakanlah PAS menang kesemua 60 kerusi tsbt, iaitu lebihkurang 1/3 atau 33% dari total kerusi parlimen, CONFIRMKAH Daulah Islamiyyah @ Khilafah Islamiyyah akan tertegak ?
Sekadar bertanya. Mungkin ustaz atau sesiapa yg arif boleh menjernihkan persoalan di atas !
Bulanmasa.
Februari 14, 2008 pada 11:35 pm
nuriman
Salam alaik…insyaallah dengan izin-NYA Kelantan pasti tetap teguh di bawah kepimpinan ulamak………..TAKBIR..
Februari 16, 2008 pada 8:56 am
bulanmasa
Salam,
Bila agaknya PAS akan secara berterus terang, tegas, TIDAK MALU-MALU dan lantang berkempen untuk menghapuskan sistem demokrasi BERPARLIMEN dan menegakkan Daulah islamiyyah @ khilafah ?
Ummah merindukan tegaknya khilafah islamiyyah, yg menyatukan seluruh kaum muslimin di bawah pemerintahan yg melaksanakan syariah, bukan negara kebajikan.
Kalau org kafir samada DAP, MCA, MIC , PPP, Gerakan dll tak suka daulah islamiyyah biarkan. Biarkan si luncai terjun dgn labu-labunya. Kalau mereka mahu berfikir, kita boleh berdialog dgn mereka. Kita katakan bahawa sekuler, demokrasi, nasionalisme dll hanya menghasilkan kezaliman, penderitaan, kekecewaan dan kesengsaraan. Hanya syariah Islam yg dijalankan melalui khilafah yg dapat memberikan kesejahteraan kpd manusia.
Sebagai org mukmin, kita kena tegas bahawa kita mahukan negara yg melaksanakan Islam 100% melalui sebuah negara khilafah.
Sekuler No !
Demokrasi No!
Well Fair State No !
Islam Yes !
Syariah Yes !
Khilafah Yes !
ALLAHUAKBAR !!!
Februari 16, 2008 pada 3:42 pm
el
enchek bulanmasa… itu hanya buleh buat bila kita kuat.. macam nabi, masa tak berapa kuat, dakwahnya terpaksa lah sembunyi-sembunyi.. dan masa di mekah, tidak dapat buat negara Islam… hijrah ke Madinah dulu.. bila dah kuat, baru buleh kembali ke mekah dengan dakwah yang lebih menyeluruh…
kita berperang, jangan terlalu gopoh, jangan terlalu pengecut.. kena bijak merancang… lagi pun, dengan keadaan sekarang.. orang Islam sendiri pun tidak mahukan Islam… teruk lah… sedang kita perlukan sokongan untuk menang perang…
Februari 18, 2008 pada 4:15 pm
yeleq
i read this post from one blog…what do u think????
Courage amid Stupidity and an Unappreciated Leader
Malaysia will go to the polls, very soon. This will be the time for Malaysians to cast their ballot for the representatives of party that constitute the party itself, which will be the ruling government. Often we ask what have you done to my family and me in the past four years and what are your future planning for us? If we are satisfied enough then we don’t expect any change that will make us suffer for the next four years. Easy enough, I remember one leader whom I admire most, in her saying to parents- “Don’t risk the future of your children by voting those leaders who are incapable of carrying their task, inexperienced and have no structured planning.” Yeah, rather than voting for someone who just know to come up with issues of shortcomings of present government line-ups instead of come up with good plans for people, we better opt for the ones who are proven can fulfill their promises and take seriously good care of us. We have good education, we have sustained economic growth, we have peace and harmony environment to live in, we have low inflation rate, we have relatively equitable development growth, and need not to mention we are among the countries who have the lowest fuel price in the world. What more could we ask? I hate very much when people simply think and say “We have oil, then why do we have to pay high price for it?” Then how are you going get development here and there? How do you expect to regenerate our money rather than just simply wasting it by having lower fuel price? How do you expect to have good schools and universities built if it is not from the revenue collected from the oil selling as one of the sources? Yeah, I remembered one person commented saying the royalty from the selling of oil should be given to the people of Terengganu, instead of government utilize it for the sake of people. Then, you give the money to people for what? Just let them simply enjoy and waste it rather than be used by the government to regenerate income of the people. People don’t want one sum of money anymore; they want something that can generate their income for living. So much be influenced by sayings of close-minded people rather than open your eyes and think.
And I made a very big mistake by emotionally expressing bad impression of the country top rank leader. Work must be done and it must be seen to be done, what left is just for a stupid person like me to understand what he was doing all this while was a noble and manly thing to do. What’s the best thing to do other than fight for your people? I blame myself for my lack of reading and understanding of current state of affairs, then simply made judgment out of order. Though beforehand I presumed we have no other leader who is much better than Tun Dr. Mahathir, I was wrong to say that, since Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi or Pak Lah is an unappreciated leader Malaysias ever have.
Pak Lah holds the highest leader post of Malaysia by default when Tun Mahathir resigned in 2003 and Malaysians endorsed his leadership with a landslide victory in the 2004 general elections. With a Mr. Clean image, he managed to gain popular support from people, but his popularity has sunk when oil price hike was announced and Tun Mahathir mount his critics on hiss leadership. Most of the critics directed to him were on his personal habits, like dozing off through functions and his late replies on certain issues of which he had to think vigilantly. He was proven of being not diligent in supporting his family members in securing government contracts, for instance when his sister-in-law was involved in securing the oil for food programme contract. But later report from The Australian said that investigation done found no proof that he has personal benefit from the contract. His defence was he signed a lot of letters and had not aware that his family member was involved. When Scomi was awarded about RM1 billion worth of government contract, speculations were raised whether his son’s business has anything to do with him, rather than to justify whether Scomi is worth to be given such contract. Oh yeah, family members of politicians can never do business. Is that what you think those who love to critic out there? Maybe we should adapt Singaporean political style in giving highest pay ever in the world to the Ministers to not letting them involve in business. But still their family members must do something for living isn’t it?
Tun Mahathir started his critics on Pak Lah when his grandiose projects; new bridge linking Malaysia to Singapore and cross-country double-tracking railway line were cancelled by Pak Lah. Pak Lah resort to his decision to re-attract foreign capital and investment, in addition by his action of reducing fuel subsidies and it is an indication that he takes into account the importance of fiscal discipline and keeping the overall level of public debt in check. There was a time when I had little chat with people older than me and most of them criticize Pak Lah of driving the country backward instead of modernizing the country. I think they should first define what is a modern country. Pak Lah was thinking on self-sufficiency when announcing his economic’s vision to focus on agriculture and related technologies. Apart from redistributing wealth to rural areas, he is working hard to reduce dependence on imports and become self-sufficient in food. People blame government when there was reduction in supply of foods; tepung, gula, ayam but the ones who were culpable for such loss are the ones who were selfish and trying to find shorter ways of becoming rich. Yeah, the government might be responsible for weak of law enforcement. Pak Lah decision of canceling mega projects and develop small projects which will generate higher revenue has diversified sources of growth into other sectors such as services and agriculture, one step forward towards modernization to those who don’t know the ways of becoming a modern country.
The fiscal deficit reduction, by means of cutting spending and improving revenue collections was successful in reducing government’s debt, in mounting solid reserve to launch Ninth Malaysia Plan (RMK-9) which was up to RM200 billion worth. NCER, ECER, SCORE was initiated by Pak Lah to accelerate economic growth and elevate income levels of the people in the encompassed regions. It indicates that development is not being focus only in the central region but he aims to develop the whole region of Malaysia and distribute the wealth of country fairly and efficiently. All left is just for people to be more opportunistic in using the chance to create wealth. These corridors were proven to be efficient with rubber smallholders and oil palm smallholders manage to double their income (RM 1226 in 2004 to RM 3041 in 2007 and RM 2784 in 2004 to RM 5841 in 2007 respectively)*check out report on economy in NST Feb 15 2008. Comments from economists say that Malaysia is in her most developmental state since the era of Tun Razak.
Malaysia economy shows a sustained growth which is 7.1% in 2004, 5.3% in 2005 and 5.9% in 2006. The pace of growth is slower in 2005 is due to global factors affecting United States, in a way that it affects the export of electronic goods to US which account for 30% of total export. Attributed by development of agriculture in rural areas as an effort of being self-sufficient, economic growth rose by 5.9% in the following year. His immediate action of ending 1998 ringgit/US dollar peg should very much be honored in realizing the economy has recovered from previous recession. Apart from keeping inflation as low as possible, he is also reducing dependency on Foreign Direct Investment (FDI) due to its unreliability and its mobility. Though Malaysia’s FDI decreased 14% in 2005, despite 45% increased in southeast Asia, Malaysia has become self-reliant domestically, much less independent of FDI judging from the steady reduction in fiscal deficit. This is a step he takes as a precaution to be independent of US economy that is predicted to undergo its recession in some time ahead. Economy will still be affected but he is trying to lessen the impact on the country’s economy.
Though I’m yet eligible to be a voter, I definitely will give full support to the party lead by Pak Lah in ensuring he is able to extend his term as Prime Minister. Sigh, campaign will begin soon and I vow to keep my mouth shut and never have political chat with friends since even family bond can be broken because of politics. I’m very confident his party can secure two-third win and form the cabinet. And I hope his party is able to conquer all states in Malaysia, yeah, for the sake of the people.
p/s- I laughed hell much when some said they want to turn Malaysia into welfare state instead of a modern state, wasting monies for people to splash their cash rather creating job opportunities. Oh yeah, they very much would like to take the short cut of easing the life of people by giving higher subsidies for fuel, since they promise they can lower down the oil price, or maybe they have other means of reducing the oil price. Heck, maybe they forgot that the oil price depends on global market, not simply determined by the country itself. I’ll be the first to support them if they come up with good plans of reducing oil price. ;-))
Februari 19, 2008 pada 1:20 pm
risalah langit
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
http://www.risalahlangit.blogspot.com
Februari 19, 2008 pada 2:06 pm
musafirsufi
takbir……
Februari 24, 2008 pada 11:08 am
pemuda pas besut
Pertahankan kedaulatan islam di KELANTAN
Jangan Sekali kali PAS rebah Di KELANTAN