Salam Kamunting,
Mungkin sudah jenuh saudara Slasher dan para pembaca juga menunggu jawaban yang saya janjikan ke atas komennya terhadap saya dan tulisan saya, ‘mengapa mengundi PAS adalah wajib?’ Saya memohon maaf atas kelewatan meluangkan masa untuk menulisnya. Kadang – kadang mood cukup berkuasa mengalih tumpuan dan menentukan masa kita sendiri.
Begitulah saya, hajat di hati mahu menulisnya selepas raya haji dulu, tetapi hanya hari ini saya bersinis dengan mood itu dan berkata, inilah masanya!
Elok sekali anda mengulangi dan membaca balik komen beliau itu. Saya salinkannya di sini:
Saya tersangat hairan melihat tulisan seumpama ini terhasil daripada seorang yang relatifnya muda dan mempunyai pemikiran terbuka. Saya bertambah hairan apaabila dikaitakan Islam kepada perkara-perkara yang tiada kaitan dengan agama.
Kita tentu sangat tahu, sistem politik demokrasi bukan daripada ajaran Rasulullah SAW. Kita semua masih ingat Tuan Guru Hj Hadi mengatakan ’siapa kata politik suku, agama suku’ boleh membatalkan Islam. Sudah tentu perkara yang sedemikian asas dalam Islam akan terdapat cara-cara yang khusus bagi Islam. sudah tentu sudah banyak ulama-ulama silam menulis tentang sistem politik Islam. Dan sudah tentu politik Islam, yang disandarkan kepada wahyu dan sunnah akan berbeza dengan sistem-sistem politik rekaan manusia jahiliyyah semada menggunakan nama demokrasi, kominisme atau lainnya. Sebagai orang yang pernah belajar agama , Nik Abduh tahu siapa yang menganggap demokrasi adalah sistem poltik Islam, dia telah meragui kesempurnaan dan kesucian ajaran Islam. Seakan dalam politik, Islam perlu menumpang sistem jahiliah untuk melaksanakan syariatnya. Seakan Allah memperlonggarkan kaedah kita bersiyasah asalkan kita dapat berkuasa.! Atau orang ini menganggap sistem yang manusia reka itu setanding dengan sistem yang Allah dan rasul-Nya ajarkan . Ini adalah bala’ yang tersangat besar kepada Islam.
Sekiranya kita dapat berpakat, bahawa Islam datang dengan segala kesempurnaan, yakni syariatnya, jalan ke arah melaksanakan syariatnya dan perlaksanaan syariat itu sendiri. Seumpama tidak mungkin kita mampu bermain bola sepak dengan selesa di padang ragbi dan menggunakan bola ragbi!
Sekiranya kita boleh bermuafakat yang penglibatan dalam demokrasi adalah ’strategi’ dan ijtihad kita untuk memperkasakan dakwah Islamiyyah, maka tentu kita tidak begitu berani untuk mengatakan ‘mengundi PAS adalah wajib’ dalam Islam. sudah tentu kita akan melihat kenapa akhir ini Ikhwan, umpamanya. beriya-iya mahu bergiat dalam politiknya di atas pentas ‘civil party’ dan bukan religious party’. Lihatlah kenyataan dalam web-site resmi Ikhwan.
Adalah lebih bermanafaat bagi Nik Abduh memperingatkan kita semua tentang perlunya mereka yang terlibat dalam kegiataan politik untuk tidak mengadaikan agama, menggunakan isu agama untuk memenangi pilihanraya. Kerana memang terdapat ceramah demi ceramah diadakan untuk memenangkan parti sendiri, bukankah itu termasuk menggunakan agama untuk tujuan dunia? Suatu perbuatan yang terkutuk
Selepas menang pilinraya, dengan dakyah ‘mengundi PAS adalah wajib’, wakil-wakil rakyat PAS yang menerima gaji atas nama ‘kewajiban’ itu seakan-akan tidak ada sebarang taklif ke atas rakyat . Apalah bezanya kawasan yang PAS menang dengan kawasan yang PAS kalah dari segi aktiviti agama yang diatur oleh wakil-wakil rakyat PAS?. Apakah tidak haram rakyat yang berpegang ‘mengundi PAS itu wajib’ dibiarkan tanpa perancangan bagaimana ingin memperbaiki kehidupan dunia dan kesedaran agama secara konsisten dan ikhlas (tanpa menumpu kepada musim dekat pilihanraya). Bagaimana pula apabila anak beranak wakil rakyat PAS yang mendapat peluang makan gaji atas dasar ‘kewajiban’ itu juga mendapat habuan, walaupun mereka bukanlah orang yang terbaik untuk jawatan itu.
Nik Abduh juga agaknya perlu membina kekuatan diri sendiri, bukan bersandar kepada ayahanda. Nik Abduh perlu jujur dan sanggup berdepan dengan Allah dengan membuat perumpamaan yang Saiyyidina Zaid dan Saiyyidina Usamah dengan Rasulullah SAW seumapama Pak Jak dan anaknya . Bacalah kenapa Rasulullah SAW begitu sayang kepadsa Zaid, bacalah bagaimana usamah terpilih untuk mengetuai perang melawan tentera Rom. Apakah sumbangan Pak Jak dan anaknya kepada ayahanda Nik Abduh dan Islam?. Apakah boleh disamakan kasih-sayang seorang Rasul yang maksum kepada sahabat-sahabat yang yang setia kepada Islam, yang sanggup berkorban apa saja demi Islam, tidak meminta apa-apa ganjaran yang berbentuk duniawi dengan seorang taukeh balak dan anaknya yang juga ahli perniagaan kepada seorang Menteri Besar, yang berkebetulan boleh meluluskan kawasan balak kepada sesiapa yang diperkenankannya.
Kalaulah ini dikatakan politik, sekadar untuk mendapat kuasa dan mempennya. Islam tiada kena-mengena dengan aktiviti memburuk-burukkan orang lain walaupun berada di dalam separti, Islam tiada mengajar kita untuk lobi-melobi untuk mendapat kedudukan demi kedudukan. Islam tidak mengajar kita untuk bermuka-muka , tanpa sebarang integriti , hanya sekadar mengatakan ‘dengki orang PAS’ pun mendapat pahala! Islam tidak mengajar kita untuk menuduh orang lain walaupun tuduhan kita itu tidak memenuhi piawai syara’. atau tanpa mengambil kira maruah orang lain dan kebenaran tuduhan yang kita lemparkan……
Sekadar ingin berkongsi rasa dengan Nik Abduh yang banyak ‘mewarisi’ perjuangan ayahanda, sebagaimana yang diharapkan oleh Gemuluh Abang din Kubur Maras
Saudara Slasher,
Anda tahu bahawa saya adalah ahli PAS. Melaluinya saya bersama ahli – ahli yang lain berjuang menegakkan ketuanan Islam di bumi Malaysia ini. Tak kiralah samada anda mengiktiraf PAS atau tidak, saya dengan itu adalah terikat dengan kehendak dan kerelaan sendiri untuk patuh dengan ketetapan yang ditentukan oleh PAS sebagai sebuah parti Islam, dalam bahasa sistem demokrasi negara, atau sebuah gerakan Islam, dalam istilah thaqafah dan politik Islam hari ini, atau sebuah jamaah muslimin dalam bahasa Baginda sallaLlahu alaihi wasallam.
Ini kerana saya beriman, melalui hujah – hujah ugama bahawa kekal berjamaah adalah wajib. Manakala syarat yang wajib ke arah menggapai kemenangan Islam yang dijanji Tuhan adalah melalui pembentukan dan penyempurnaan sebuah jamaah muslimah yag unggul yang akan menggerakkan dan menyatukan kekuatan ummah dengan pengajaran agama yang betul.
Saya dengan itu hendaklah bercakap mengenai PAS dalam bahasa yang dibenarkan oleh parti. Saya samada memperkasakan keputusan dan pendirian parti atau memberi pandangan dan teguran yang membangunkan parti dan menjulangnya.
Kewajiban mengundi PAS adalah keputusan dan pendirian parti. Saya memperkasakannya dengan mengolah dan menyusun hujjah agar lebih mudah difahami.
Andai saya gagah, saya menggagahkan parti dan jamaah. Andai saya lemah, parti dan jamaah pasti menggagahkan saya.
Jangan anda melagakan saya dengan pimpinan parti seperti nukilan anda dengan kenyataan TG Haji Abdul Hadi Awang. Anda hanya mengandai untk berhujjah. Andaian tidak meneguh atau meruntuh kebenaran. Saya jelaskan nanti.
Kemudian, fahami betul – betul, saya dengan mengatakan mengundi PAS adalah wajib, sama sekali tidak bermaksud menjadi ahli PAS adalah wajib! Mengundi PAS tidak sama dengan menyertai PAS sebagai ahli.
Jangan terkeliru di sini sehingga merosakkan makna yang saya maksudkan.
Selepas menjelaskan dahulu kekeliruan anda dalam 4 simpulan yang anda kemukakan, saya akan cuba berkomentar mengikut susun ayat komentar anda. Semoga ini lebih menjelaskan.
I
Anda menegur balas saya di dalam 4 perkara:
1) Hujah mengundi PAS adalah wajib mengandungi keakuran bahawa demokrasi barat adalah daripada sistem politik Islam. Ini adalah ragu – ragu dengan Islam dan kesempurnaannya.
2) Hujah mengundi PAS adalah wajib adalah tersasar dan salah kerana penyertaan dalam demokrasi hanya bersifat ijtihad dan strategi untuk memperkasa dakwah Islamiyyah.
3) Menyeru saya di sebalik bersibuk dengan mewajibkan mengundi PAS, agar menumpukan kepada seruan melarang ahli politik daripada menggadai agama dan menggunakan isu agama demi kuasa dan kemenangan dalam pilihan raya.
4) Menyeru saya berteguh pada kekuatan sendiri, bukan bersandar kepada kekuatan ayahanda Tuan Guru.
Dua yang terakhir hanyalah ajakan dan saranan, sedangkan dua yang pertama itulah hujah ke atas tulisan saya. Bagaimanapun saya berhajat menjelaskan kesemuanya juga.
Saudara Slasher,
Ya, sistem demokrasi barat hari ini adalah bukan daripada Islam. Asas kesalahan mereka ialah rakyat menjadi tuhan ke atas rakyat. Melaluinya kuasa dan hukum berlegar sesama manusia. Tiada Allah untuk menentukan dan menguat kuasakan.
Tetapi di dalam Islam ada demokrasi. Demokrasi Islam yang dihidupkan dalam pelaksanaan sistem syura. Syura adalah sistem yang menjulang kekuasaan Tuhan dan kebebasan hambaNya mengurus kehidupan dalam ruang kuasaNya.
Oleh kerana demokrasi barat turut menjadikan syura sebagai sebahagian isi sistemnya, sebahagian ulama kita menegaskan bagaimana sistem demokrasi barat adalah satu sistem jahiliyah dan bukan Islam yang paling mendekati Islam. Dalam dunia jahiliyah hari ini, tiada sistem yang lebih baik dan diterima umum berbanding demokrasi barat itu.
Apapun, kerosakan asas demokrasi barat menyebabkan Islam menolak pelaksanaannya dalam masyarakat Islam. Ia hendaklah sistem syura yang tulen sebagaimana ajaran al Rasul.
Justeru pengasingan di antara isi yang bertepatan dengan Islam dan bertentangan adalah peduli dan concern para ulama demi menyelamatkan umat Islam ketika dipaksa untuk hidup dalam dunia yang bukan dunianya hari ini.
Adakah menyertai demokrasi berpilihan raya bererti menumpang sistem jahiliyah untuk menegakkan Islam? Lalu, demi memperoleh kuasa dan politik, kita melonggarkan apa yan disempitkan oleh Allah?
Saya bertanya anda, di mana salahnya? Adakah menumpang, mengguna, meniru, menempel dan mengenderai sistem jahiliyah adalah salah seluruhnya?
Bagaimana komen anda jika sistem jahiliyah itu meniru Islam? Tidakkah barat bangkit dan maju kerana sumbangan pemikiran dan tamadun Islam sebelumnya, lalu sukarlah mereka memisahkan diri secara total daripada menerima tempias kesempurnaan Islam di dalam membina sistem kehidupan?
Adakah anda tersepit ( atau menyempitkan diri ) di dalam keyakinan dan iman bahawa sistem jahiliyah itu adalah haram semuanya? Sebelum anda berkata ya atau tidak, saya mudahkan anda dengan contoh terang berikut dan buatlah kesimpulan.
1) Dalam mempertahan kuasa politik dan survival kerajaan Islam Madinah, sistem pertahanan menggunakan parit telah diterima pakai oleh RasuluLlah ketika berhadapan tentangan sengit Barisan Nasional Arab jahiliyah dalam peperangan Khandak/Ahzab. Sistem pertahanan parit bukanlah daripada Islam sebelumnya dan bukan juga daripada Arab pun. Ia daripada sistem pertahanan kerajaan Majusi penyembah api dari negara Parsi yang disarankan oleh Salman al Farisi. Tidakkah ini bererti RasuluLlah menumpang, meniru, mengguna, menempel dan mengenderai sistem ciptaan jahiliyah?
Tidakkah ini bermaksud demi mempertahan dan memperolehi kuasa, RasuluLlah menumpang sistem jahiliyyah?
2) Semasa di Makkah, Baginda telah melarang Abu Zar al Ghifari daripada mengisytiharkan pengislamannya secara terang – terangan di Kota Makkah. Tidakkah ini satu keakuran dan ketundukan kepada sistem tirani jahiliyyah masa itu yang menolak Islam. Tidakkah ini bererti meninggalkan ajaran sendiri yang mendorong ke arah berterangan dengan Islam?
Dua contoh di atas menemukan kita dengan mudah sekali dengan kesimpulan bahawa tiada apapun dengan hal – hal jahiliyah selama mana ianya tidak bertentangan dengan Islam. Apa haramnya menggali dan berlindung dengan kekuatan parit? Apa salahnya menyembunyikan keislaman demi menyelamatkan diri dan ugama daripada belenggu kezaliman dan kejahatan?
Apa salahnya memilih pemimpin sendiri? Apa salahnya mengundi bermai – ramai bersama bukan Islam juga untuk memilih pemimpin yang terbaik untuk memimpin negara? Apa salahnya menyeru supaya dipilih pemimpin yang cintakan Islam? Apa salahnya menyeru agar dinyahkan pemimpin yang jahat – jahat ( macam Chua Soi Lek, Samy Vellu, Nazri Aziz dan Rafidah Aziz selepas Pak Lah ) dengan tidak mengundi mereka?
Inilah isi pilihan raya yang berjalan walaupun penuh ketempangan dan pencabulan. Adakah dengan menerima sistem sebegini bererti kita telah menerima demokrasi barat sepenuhnya, lalu melayakkan kita untuk menerima kutukan kerana akur dengan ketidak sempurnaan Islam?
Adakah dengan semata – mata berurusan dengan bank adalah keakuran dengan sistem ribawi yang menjadi inti keharaman sistem kewangan konvensional hari ini, sedangkan urusan kita itu tidaklah melibatkan riba?
Slasher,
1) Kita hidup dalam sistem jahiliyah secara terpaksa. Maka kita terpaksa bermain dan berurusan dengan sistem ini, bukan menolaknya lalu kita hidup tergantung – gantung dan terumbang – ambing tanpa sumbangan untuk membaiki atau mengubahnya.
RasuluLlah dalam hari – hari awal dakwahnya terpaksa hidup dalam sistem Abu Jahal dan jahiliyahnya. Baginda terpaksa bermain dan berurusan dengan sistem ini demi melayakkan dakwahnya berada di tengah – tengah medan. Kerana begitu liat menyelit dan amat tenang meriak dan mengalir dalam kesukaran itulah, jahiliyah menjadi rimas dan gusar sekali dengan kekuatan Islam.
Anda tidak boleh berterangan dalam politik tanpa parti politik. Ambil saja nasib Al Arqam. Ia damai lama sekali sehinggalah urusan politik dicampuri. Kerajaan bertindak dan Al Arqam tersungkur semudahnya. Bayangkan jika mereka adalah parti politik. Tentunya lebih sukar musuh menjamah.
Berpolitik tanpa parti politik di Malaysia adalah membunuh diri. Berpolitik melalui parti politik adalah serangan yang mampu membunuh.
Kita menyerang dan menang di Kelantan dan mereka pula menyerang dan menang di Terengganu.
Sekali lagi, apabila menggali parit sebagai strategi diputuskan, kewajiban menggali parit adalah pasti, walaupun ia strategi ciptaan tamadun jahiliyah Majusi.
Apa bezanya dengan kewajiban mengundi demi mempertahankan Islam? Tidakkah ia seperti khandak/parit?
Mungkin persekitaran perbalahan perihal keabsahan bergerak dalam sistem demokrasi barat hari ini adalah lebih luas. Saya tidak bermaksud melangsaikannya seluruhnya. Ia sekadar menjawab sebuah komen yang menjengah.
2) Anda mempertikaikan hukuman wajib mengundi yang saya hujahkan dengan alasan itu adalah ijtihad. Ia bukan lahir daripada nas qat’ie ( begitu?). Kemudian ia adalah sekadar strategi untuk memperkasa dakwah Islam.
Saya mengomel untuk anda, bukan mengaum, daripada ilmu mana lahir bingkasan hujah sebegini?
Adakah dengan sebab ianya satu ijtihad, maka tiadalah hukum wajib dikenakan? Maknanya, setinggi – tinggi ijtihad hukumnya sunat, kemudian harus, kemudian makruh. Selepas itu ijtihad tidak boleh mengenakan hukum haram. Wajib dan haram tiada dalam ijtihad.
Sekali lagi ‘ana bertanya ente’, ilmu mana?!
Saya mudahkan dengan contoh. Jika begitu, salahlah Imam asy Syafi’ie mewajibkan bacaan al Fatihah ke atas semua pendiri solat sebab itu adalah hanya satu ijtihad yang dicanggah sama sekali dalam mazhab Hanafi.
Maksud saya, anda harus belajar apa itu ijtihad, antara keluasan dan kesempitannya. Saya malas mengulas panjang.
Kemudian, adakah dengan sebab ianya satu strategi, maka ianya tidak boleh menjadi wajib?
Hah, ini lagi ‘anjaib’! Jika begitu tak payahlah pemain bola ikut arahan coach sebab itu hanyalah strategi. Yang wajib hanyalah ikut arahan referi. Ayuh, kita lawan bola jika begitu.
Jika begitu, tak wajiblah gali parit. Itu hanya strategi memperkasa dakwah. Entah, saya pun keliru dengan arah anda. Laluan apa yang anda pilih ini untuk berhujah?
Slasher,
Anda sepatutnya menghujah balas dengan menolak keutuhan hujah – hujah saya itu. Daripada hujah – hujah itulah saya memperoleh hukum wajib. Daripada hujah – hujahlah, bacaan al Fatihah menjadi wajib ke atas makmum. Daripada hujah – hujahlah, bacaan al Fatihah tidak wajib ke atas makmum. Masing – masing berijtihad. Yang memilih wajib, maka wajiblah. Yang memilih sebaliknya, sebaliknyalah.
Adakah apabila PAS berpendirian mengundi PAS adalah wajib, maka wajiblah diterima?
Saya berkata ya, sehinggalah anda mampu mendatangkan dalil dan hujah yang menggoyangkan dan melemahkan hujah saya itu. Ini ijtihad ulama PAS dan mereka memberi hujahnya. Sebahagian besarnya adalah apa yang saya tuliskan.
Yang tiada pada penghujahan saya ialah bagaimana saya membawa dan menggunakan nas – nas dan kaedah – kaedah fiqhiyyah yang menghasilkan hukum. Saya semasa menulis, sekadar berniat untuk meringkaskannya sebagai bacaan umum yang bertujuan memudahkan, bukan mendetailkan. Sementelahan, tulisan saya itu bertujuan menyatakan sebab utama PAS terus hidup di sebalik tumbangnya satu – persatu parti politik Melayu pembangkang.
Ini hukum ijtihad berdasarkan dalil di hadapan. Ia berhak ditolak, tetapi dengan dalil jua, bukan kerana ianya hanyalah satu ijtihad, seperti yang anda dakwa dan selekehkan penghujahan saya. Andalah yang selekeh dalam berhujah, Slasher.
1) Hujahkan bahawa menyertai pilihan raya di Malaysia adalah tidak wajib. Atau,
2) Buktikan bahawa selain PAS, ada lagi parti politik yang bercita – cita menegakkan ketuanan Islam. Atau,
3) Buktikan bahawa PAS bukanlah memperjuangkan Islam yang syumul. Atau,
4) Buktikan UMNO yang sekular masih berhak memimpin dan tak wajib ditolak dalam pilihan raya.
5) Buktikan PAS hilang kelayakan memimpin dan menyatukan umat Islam di Malaysia.
6) Buktikan paksaan dan tekanan yang diterima yang memaksa untuk tidak mengundi PAS.
7) Buktikan PAS gagal sekali ( bukan sekadar tidak sempurna ) dan menipu di Kelantan.
Buktikan. Di situ tiada cacat dan tiada celanya anda menolak hujah saya, seterusnya duduklah di rumah dan biarkan rakyat bukan Islam memilih untuk menentukan pemimpin mereka dan pemimpin kita juga. Kita serahkan pada mereka urusan kita!
Berceramahlah. Mengajarlah. Menulislah. Berpesanlah. Keluarlah. Berekonomilah. Berkebajikanlah. Berbuatlah untuk Islam. Kemudian tunggulah pemerintahan Islam menjelma dengan pertolongan Allah.
Jahiliyahkan pilihan raya dan demokrasi. Sucikan akidah dengan kesempurnaan Islam tanpa perlu menumpang al hikmah dari dunia musuh. Kita sudah ada agama yang sempurna.
Hujahkan begitu dan tinggalkan hujah saya. Semoga anda diberkati Allah.
3) Saya lihat, apabila anda mengajak saya untuk lebih menumpukan kepada pembersihan dalaman PAS yang anda sifatkan dikotori dengan kempen – kempen politik yang mempergunakan ugama demi kuasa dan politik, maka anda samada begitu membenci dunia politik dan kuasa atau anda begitu pesimis dengan pemimpin – pemimpin PAS yang berdegar – degar suara mereka dengan jeritan Islam dan keadilan pemerintahan. Anda melihat kegagalan dan menafikan keikhlasan mereka.
Anda memohon saya lebih menumpukan dakwah saya ke situ, bukan asyik memaksa orang mengundi PAS dengan hukum WAJIB.
Saya harap itulah telahan saya yang adil terhadap anda.
Slasher,
Jika anda membenci politik dan kuasa dan anda tidak berminat bergelumang dengannya, maka ketahuilah bahawa orang yang paling berminat dengan politik dan kuasa dan bergelumang dengannya di antara kita adalah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam dan para nabi ulul azmi. Merekalah qudwah teragung PAS.
Untuk anda, carilah qudwah anda. Anda sama sekali tidak menemuinya daripada mereka. Hujahkan kepada saya jika anda menemuinya. Ini jika anda membosani dunia politik yang kotor itu.
Jika pula anda sebaliknya membenci dan pesimis sekali dengan pemimpin – pemimpin PAS yang anda sifatkan gagal dan tidak menunaikan amanah itu, maka ketahuilah bahawa anda menghukum PAS pada tempat yang tersasar, atau anda sebenarnya menzalimi PAS dengan penghakiman itu.
Anda seperti menolak seorang ulama kerana anda melihat dia pernah memarahi muridnya dengan bahasa celupar, atau memarahi isterinya di khalayak, atau melihatnya makan dan minum berdiri, atau melihatnya ketawa berdekah – dekah sehingga nampak pangkal kerongkongnya, atau anda melihatnya tidak khusyu’ dalam solatnya.
Anda menolaknya sebagai seorang ulama kerana keburukan akhlaknya, di sebalik keluasan ilmunya. Adakah anda untung sekali dengan hukuman itu?
Begitulah PAS. Ia ibarat satu tubuh. Di sebalik kecacatannya dalam akhlak oleh segelintir ( atau katalah sebahagian ) pendukungnya, ia adalah sebuah jamaah yang sejahtera pada akidahnya, teguh pada iltizamnya, betul pada ibadahnya dan yakin pada janji Tuhannya.
Anda tidak akan mampu sampai kiamat menyaksikan kesempurnaan diri atau jamaah. Ia adalah peningkatan ilmu, iman dan amal sampai mati. Mati itulah tahap kesempurnaannya.
Kesempurnaan adalah pada ar Rasul. Selepasnya adalah perlumbaan menuju kesempurnaan yang disudahkan dengan kematian.
Selagi akidah adalah betul dan amal adalah berterusan, di situlah kesempurnaan yang dicari.
Maksud saya, anda tidak boleh menolak PAS atau pesimis dengannya atas sebab – sebab akhlak.
Mengapa anda tidak boleh bergembira dengan pemimpin – pemimpin PAS yang lain yang berakhlak, berilmu dan berjuang dengan penuh istiqamah. Adakah mereka masih gagal menceriakan hati anda?
Sempurnanya cita rasa anda, Slasher. Sukar sekali mendapat markah anda sedang saya dan anda mengharapkan markah yang murah – murah daripada Allah.
4) Adapun seruan anda agar saya berteguh pada kekuatan sendiri dan tidak bersandar pada ayahanda, saya dalam terima kasih sekadar bertanya, bagaimana caranya?
Adakah anda meminta saya keluar daripada jawatan -jawatan saya dalam PAS? Atau Ketua Whip Ahli Majlis MPKB-BRI? Atau pengetua Maahad Tahfiz Nikmatillah? Atau menukilkan kata – kata ayahanda saya semasa berceramah? Atau memperolehi habuan kewangan daripadanya?
Adakah anda melihat saya sedang mencanak di serambi kenamaan kerana ayahanda saya?
Slasher,
Demi tuhan, sayalah yang tidak ceria ayahanda terus memegang jawatan MB. Jika tidak kerana keyakinannya bahawa jawatan itu masih tetap amanah yang terbeban ke atasnya, pasti dia menerima pandangan saya untuk berhenti daripada jadi MB Kelantan.
Demi tuhan, sayalah yang sedang merayu – rayu kepadanya agar tidak mencalonkan saya dalam pilihan raya selepas beliau tampak bersetuju dengan pandangan sebahagian sahabat yang mencadangkan saya bertanding.
Demi tuhan, sayalah yang paling tidak selesa untuk menjadi Ketua Whip MPKB-BRI. Kalaulah tidak salah untuk ditolak, saya pasti menolaknya.
Demi tuhan, sayalah yang paling keliru dan malu untuk menggantikan ayahanda berkuliah perdana di pagi Jumaat di pejabat PAS.
Beritahu saya bagaimana caranya lagi? Jika ianya bermanfaat untuk menjernihkan hati anda dan hati – hati mereka yang keliru dengan saya.
Sebenarnya, dengan permintaan anda itu, saya jadi membenci diri saya sendiri.
II
1) Anda kata, saya hairan dikaitkan Islam dengan hal – hal yang tiada kaitan dengan ugama. Saya tanya, apakah hal – hal yang tiada kaitan dengan ugama? Setahu saya semuanya berkaitan dengan ugama. Babi, anjing, tahi, Firaun, Namrud, nyamuk, saya, anda, ayahanda, Pak Lah dan semuanya ada kaitan dengan ugama.
2) Ya, kita terpaksa bermain bola sepak di padang ragbi dan dengan bola ragbi. Itu saja pilihan. Jika tidak, kita kalah percuma kerana tak main atau langsung tak layak kerana menolak sistem bahlol itu. Pilihan anda? Tunggu mereka tukar ke padang bola?
3) Terima kasih kerana membawa Ikhwan Muslimin dalam berhujah. Sejuk hati saya. Begini, anda tahu ijtihad dan fatwa berubah mengikut masa, tempat, uruf, tambahan ilmu dan lagi? Jika begitu, tidakkah anda tahu keadaan politik di sana? Ia tak samakan? Ringkasnya, anda kena tahu bahawa ijtihad Ikhwan dalam berpilihan raya adalah boleh berbeza dengan ijtihad ulama PAS. Inilah ijtihad!
4) Anda berkata, apa beza aktiviti agama kawasan wakil rakyat yang dimenangi PAS berbanding UMNO? Saya kata sama saja. Apa perlu kita membezakan sebab kita telah menang di Kelantan, bukan kawasan – kawasan tertentu. Yang anda lihat itulah yang PAS buat. Jika anda tak puas hati, itu hak anda. Jika anda kata, tiada beza di antara aktiviti PAS dan UMNO, saya kata anda buta! Sekali lagi, anda buta dan semoga Allah mencelikkan anda.
5) Pasal anak pemimpin PAS dapat makan gaji dalam kerajaan sedangkan mereka bukanlah yang terbaik, saya kata, adakah salah dan haram anak pemimpin PAS/wakil rakyat makan gaji kerajaan? Dari mana anda dapat hukum ini? Semasa pemerintahan Sayyidina ‘Uthman radiaLlahu anhu, tidakkah jelas bagaimana beliau memanfaatkan ketulusan ahli keluarganya berkhidmat untuk beliau. Kalau salah, ah, salahlah sunnah khulafa’ rasyidin tersebut. Kemudian, andaian bahawa mereka bukanlah yang terbaik, itu terlalu relatifkan? Adakah penjawat awam hari ini terbaik pada tempat masing – masing? Tidakkan?
Saya tidak membela semberono. Berbahaslah dengan hukum yang jelas, bukan andaian yang menggadai ugama dan maruah diri. Jangan menzalimi mereka dengan kemarahan sebegitu. Tiada pahalanya berbuat begitu.
Tanya ayahanda jika anda mahu, mengapa ayahanda terus cekal bertahan menempatkan menantunya di kerusi panas di Perbadanan Menteri Besar? Adakah dia berkeras kerana sayangkan menantu tanpa pedulikan hukum hakam?
6) Anda murka sekali apabila saya mengumpamakan kasih sayang ayahanda kepada Roshaimi, anak Abang Jak ( Razak Abas ) seumpama sayangnya RasuluLlah pada Usamah, anak Zaid radiaLlahu anhuma sehingga meminta saya bersedia menjawab di hadapan Allah kerana menyamakan cinta nabi terhadap dua beranak itu dengan cinta ayahanda terhadap ‘tauke’ balak anak beranak itu. Anda mempertikai jasa mereka untuk Islam. Anda meminta saya membaca buku sirah. ( Untuk pengetahuan bersama, saudara Slasher merujuk kepada tulisan saya dalam blog ‘kelate’ lain untuk mengkritik kredibiliti tulisan saya di sini )
Slasher,
Ya, RasuluLlah menyayangi Usamah sekurang – kurangnya kerana dua perkara. Pertama, kehebatan Usamah sendiri. Kedua, Usamah itu anak Zaid, maula kesayangannya juga. Anda membaca ini, Slasher?
Anda tahu bagaimana sayangnya RasuluLlah kepada sahabat handai Siti Khatijah radiaLlahu anha? Kerana sayangnya baginda pada Khadijahkan? Anda tahu bagaimana sayangnya Baginda pada Aisyah radiaLlahu anhakan? Kerana dia anak sahabat agungnyakan, selain dia adalah isterinya?
Anda belajarkah bab ‘attasybih’? Bahawa sudah cukup tasybih itu berlaku jika musyabbah itu memiliki satu sifat musyabbah bihi, tak perlu semuanya? Kemudian, bila pula ada larangan kita membuat tasybih dengan ar Rasul? Tidakkah kita mendoakan cintaNya kepada kita sebagaimana cintaNya kepada Baginda?
Saya kira anda tak belajar, lalu anda menyondol macam babi hutan yang menerkam saya tanpa ilmu, mempersoal jasa orang pada Islam, mempersoal halal haram rezeki orang dan mempersoal keikhlasan orang. Anda rasa seronok sangatkah berbuat begitu?
Dari awal sehingga akhir, komen anda didominasi kejahilan dalam berhujah. Apalah nak saya kata selain meminta anda terus belajar. Saya bersama anda belajar dan belajar.


26 comments
Comments feed for this article
Januari 29, 2008 pada 7:06 am
memincikun
Assalamu’alaikum Ustaz,
Sabar Ustaz. Ana rasa Slasher ni pengikut Hizbut Tahrir yang mengaku diri mereka adalah sistem Islam yang sejati. Atas dasar itu sahaja mereka suka menyerang PAS yang cuba menentang kezaliman dan mendaulatkan Islam. Tapi yang meghairankan, tidak pula mereka mengutuk dan menentang kekufaran pemenerintah Malaysia yang terang terang zalim. Sehingga kini ana dan beberapa sahabat HT ini adalah jelmaan pemerintah melalui SB untuk mengalihkan pandangan dan penyertaan muslimin dan muslimat dari menyertai perjuangan dalam PAS. Jika tidak, kenapa mereka tidak menyerang polisi dan tindakan pemerintah Malaysia?
Ana meminta maaf kepada Ustaz, tapi jika ana berhak menyuarakan pendapat, maka ana meminta Ustaz jangan pedulikan Slasher dan yang seangkatan.
Januari 29, 2008 pada 8:25 am
zahrah
salam….
Allahuakbaarr!!ustaz…Alhamdulillah dan syabas!!Allah mengurniakan hati, akal, jiwa dan hidayah…hidayah itu hanya Allah S.W.T yang berhak memberinya…hujah akal dan nafsu jika tidak didorongi wahyu…maka terdorong menjadi keliru dan buntu…
semoga saudara Slasher mendapat kepuasan di atas hujah yang ustaz lontarkan yang pd hemat saya, ianya sarat dengan fakta, kandungan, pandangan yang didorongi ilmu didasari wahyu yakni panduan Al-Quran dan As-Sunnah..Wallahua’lam.
saya juga rasa ter’sinis’ bilamana wording terakhir ustaz mengatakan, “Saya bersama anda belajar dan belajar”.(suatu ‘didikan’ berhikmah)
Januari 29, 2008 pada 8:40 am
zahrah
syukran atas balasan ustaz berkenaan komen saya tentang blog aritu…dok tengok hari2 ustaz tak reply pun komen tu…saya fikir tak pe lah…tp alhamdulillah hari ni…saya jenguk blog ustaz ‘as my routine’..ader ustaz komen…dan terima kasih ustaz dah terminate blog saya pd topclicks tu…baru raser selesa sikit bila melayari blog ustaz…tq
Januari 29, 2008 pada 6:38 pm
anakkawi
bg saya mengundi PAS itu wajib cuma bagi mereka yang menjadi Ahli PAS. kerana itu keputusan parti. Maka ahli wajib mematuhi keputusan parti.
dlm perjuangan jgn terlalu ekstremis, sbb Islam sendiri xsuruh umatnya besengketa sesama Islam…
Januari 30, 2008 pada 3:27 pm
moontime
Tak semena-mena memincikun menfitnah HT. Jika saudara memahami HT, barulah saudara dapat membezakan antara HT dan bukan HT.
Benar HT menolak demokrasi (@ thaghut), namun bukan menjadi prisip HT menghentam sesama gerakan Islam. Saya bukan wakil HT tetapi sebagai syabab HT, saya terpaksa membetulkan salah faham yg saudara.
Sebagai daie, kita perlu berhadapan dgn semua org, lalu kita jelaskan kebenarannya. Fikrah yg benar PASTI mampu menghuraikan kesalahan fikrah yg salah. Sementara fikrah yg salah PASTI tidak mampu bertahan bila berhadapan dgn fikrah yg benar.
Sebagai syabab HT, saya bersama PAS dalam perjuangan menegakkan Islam. Namun pastinya saya tidak bersama PAS dalam menegakkan demokrasi.
Walauapa pun perbezaan, ukhuwwah Islamiyah wajib dipertahankan. Takkan dgn DAP saudara nak berbaik-baik tetapi dgn gerakan islam lain sdra benci ?
PAS parti Islam dan memperjuangkan Islam, tidakkah ianya selari dgn seruan Islam yg diserukan oleh HT ?
moontime
Januari 30, 2008 pada 7:35 pm
bulanmasa
Assalamualaikum,
Seperkara lagi adalah, cara penulisan slasher, cara berhujjah serta pemikiran yg terkandung dalam penulisan tersebut terasa janggal kalau dikaitkan dengan HT. Dgn kata lain, tidak menunjukkan si slasher membawa idea islam yg dibawa oleh HT.
Selain itu, tidak menjadi kebiasaan HT menyerang / menghentam individu. Ana diajarkan dgn disiplin yg ketat, apabila berdiskusi, membatasi diskusi tersebut sebatas konsep dan pemikiran, bukan peribadi lawan bicara.
Wallahualam, namun itulah secara jujurnya.
Diharapkan rakan-rakan sekelian tidak membuat kesimpulan tanpa fakta yg sebenarnya.
Adapun golongan fasik dan munafik yg menjadi duri dalam daging dalam tubuh ummat, ianya telah wujud sejak permulaan kemunculan Islam. Tapi ingatlah, bangkai yg busuk tetap berbau.
Selagi kita berpegang teguh kpd al Quran dan Sunnah, ikhlas mencari kebenaran Islam, PASTI kita tidak akan tersesat.
Andai ada org luar ingin mengetahui dan memahami perjuangan dan pemikiran PAS, sumber yg terbaik adalah merujuk lansung kepada PAS, pemimpinnya, ahlinya mahupun kitab-kitab yg PAS. Adalah tidak rasional jika org berkenaan merujuk kpd UMNO utk memahami pemikiran dan perjuangan PAS. Begitulah perumpamaannya .
Akhirkata, jangan lupa untuk membaca buletin Sautun Nahdhah setiap Jumaat. Tulisannya sarat dgn fikrah politik Islam. kalau tak dapat yg ori, boleh download di mykhilafah.com.
Salam hormat,
moontime
Januari 31, 2008 pada 12:49 am
memincikun
Wa’alaikumusalam warahmatullah,
Ustaz, ana mohon laluan untuk menjawab sedikit sahaja penulisan bulanmasa.
Saudara, saya menyebut HT di sini kerana sebab tertentu dan bukan semata rekaan sahaja. Tapi yelah, saya akui bahawa saya tidak mengenali HT sepenuhnya. Namun apa yang telah saya ketahui menyebabkan saya marah, jika bukan kepada HT, maka kepada pengikutnya.
Untuk pengetahuan saudara, saya bergerak melalui alam maya, yakni pelbgai mailing list yang ada. Lazimnya saya melihat apabila ada aktivis PAS menghantar berita perjuangan, ada sahaja golongan dari HT yang menidakkan dan juga yang mengeluarkan kata kata kesat sehingga meloyakan. Pelbagai tohmahan yang diluahkan oleh golongan itu memburukkan PAS. Tapi yang menghairankan pula, tidak sepatah pula mereka menyatakan tentang kezaliman umno-bn – bagaimana?
Untuk pengetahuan saudara, saya lebih mengenali HT terlebih dahulu sebelum kenal dengan PAS. Ketika itu, saya amat tertarik dengan HT apabila membaca mengenai pergerakkan mereka di pulau Jawa, Indonesia. Yang menarik hati saya kerana dalam lapuran dalam majalah TIMES awal tahun 90han di mana diceritakan mengenai seorang anggota HT telah mendirikan surau di satu daerah yang ramainya penduduk di situ merupakan wanita yang bekerja dalam industri maksia – jika bukan sebagai pelayang tetamu di lounge tertentu, maka sebagai pelacur (mohon maaf jika bahasa ana kasar). Tapi ya, cerita yang telah dipaparkan dalam sebuah tayangan gambar beberapa ketika dahulu berkemungkinan berdasarkan pada cerita ini. Tapi mengapa saya tidak menjadi HT?
Bila terjadinya peristiwa DSAI. maka saya teringat sepotong ayat AlQuran: “Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesuatu kaum itu, walaupun kamu tidak menyukai mereka.” Tapi di mana HT ketika itu? Di mana HT ketika ini sewaktu ramai rakyat memerlukan bantahan terhadap kekejaman yang berlaku? Jawapan nya ada! Tapi mereka membantah perjuangan Islam PAS dan bukannya menentang kekejaman umno-bn yang menindas Islam.
Ada pula satu ketika tidak lama dahulu, saya terserempak seorang anggota HT di sebuah jabatan kerajaan, beliau menjauhkan diri daripada saya apabila mengetahui saya seorang aktivis PAS. Hinakah saya di pandangan mata dia? Hinakah PAS di pandangan mata dia?
Secara benar saya berkata, seandainya hari ini HT sanggup memberi sokongan kepada PAS, maka saya akan menyambut mereka dengan hati yang penuh gembira. Namun, pada setiap tolehan pandangan saya, merekalah yang seperti memusuhi PAS melebihi umno itu sendiri.
Dan dari saya membaca berita di tempat lain, adalah lebih baik saya menumpukan perhatian kepada berita perjuangan PAS!
Saya memohon maaf jika bahasa saya kasar.
Januari 31, 2008 pada 1:03 am
dhuat79
Buat renungan bersama.
Sokonglah sampan yang besar.(PAS di Malaysia)
Haraki Ulamak tertua di Malaysia.
Bantulah kenderaan itu dan dan elakkan buat sampan yang baru, sekiranya tak puas hati dengan sampan yang tertua ini.
Bantu.
Tak bantu dari dekat, bantu dari jauh pun tidak mengapa.
Fahamilah akan tahaluf siasi.
Punchline:
PAS tidak akan hadir di Turki, Mesir, Palestin, Indonesia dan dimana-mana dimuka dunia sekalipun untuk membawa gagasan perjuangannya. Bagi PAS, HAMAS adalah PAS di Palestin dan PAS adalah HAMAS di Malaysia. Bagi PAS, IKHWANUL MUSLIMIN adalah PAS di Mesir dan PAS adalah IKHWANUL MUSLIMIN di Malaysia. Bagi PAS, HEZBOLLAH adalah PAS di Syria dan PAS adalah HEZBOLLAH di Malaysia. Kita adalah keluarga besar perjuangan Islam yang saling bahu membahu untuk menegakkan khilafah dimuka bumi ini. Ini adalah kesungguhan yang telah PAS tunjukkan.
Wallahhuaklam
p/s:Punchline dicupik dari internet, yang saya lupa alamatnya pada suatu masa dahulu.
Januari 31, 2008 pada 9:38 am
bulanmasa
Barangkali memincikun boleh melayari mykhilafah.com dan baca Sautun Nahdhah, suara resmi HT di Malaysia yg dikeluarkan setiap mingguan, dari situ boleh dilihat samada HT talibarut UMNO atau “pure” gerakan Islam.
Minggu lepas contohnya, HT mengkritik ucapan TPM di UIA dgn nada yg tegas dan tajam.
Saya mengenali PAS sebelum mengenali HT. Di kampus, saya bergerak sbg aktivis PAS kampus. Tapi, sejak bbp tahun lalu memilih bersama HT krn saya melihat HT lebih siap dari segi fikrah. Disamping itu, HT bergerak secara global sebagai satu organisasi.
Namun, bila saya joint HT, tidak bermakna saya membenci PAS. Saya dan rakan2 dlm HT berpegang dgn pendirian bahawa PAS adlh parti Islam. Cuma, semua ini tidaklah menghalang saya dan rakan2 utk saling memuhasabah sesama muslim.
Namun saya akui, syabab HT juga manusia biasa, tak dpt lari dari kesilapan. Saya dan rakan2 juga perlu sering memuhasabah diri sendiri.
Januari 31, 2008 pada 12:23 pm
aye83
Saya mengenali PAS sebelum mengenali HT. Di kampus, saya bergerak sbg aktivis PAS kampus. Tapi, sejak bbp tahun lalu memilih bersama HT krn saya melihat HT lebih siap dari segi fikrah. Disamping itu, HT bergerak secara global sebagai satu organisasi.
P/S… Siap ketua HT malaysia?? siapa ketua HT selangor?? Siapa ketua HT Serdang?? Siapa ketua HT Taman Sri Serdang??
yelah nak bina bumbung rumah mesti bmula dgn satu kepingan atap…
Februari 1, 2008 pada 12:21 am
bulanmasa
Bila nak bina bangunan, contohnya nak buat KLCC, kita bermula dengan proposal. Nak buat projek mega dgn modal yg mega, proposal kenalah juga mega @ mantap.
Lalu kita yakinkan semua pihak, projek kita tu bagus dan baik utk semua. Mungkin akan ada org kata tak bagus, tak setuju, pandai cakap je dsbgnya, tapi kita kena konsisten menyampaikan kebenaran tsbt.
Lepas org setuju,bagi modal, barulah kita boleh mula projek. Tapi jgn buat atap dulu, buat fondasi dulu, rangka dan seterusnya. Kalau tak camna nak letak atap
Jadi, sebelum nak letak atap yg pertama tu, jauh dibelakang masih byk benda yg perlu diusahakan.
Februari 1, 2008 pada 10:59 am
ahmadfadhli
buang masa je ustaz layan slasher ni..
Februari 2, 2008 pada 12:24 am
bulanmasa
Memilih yg lebih baik antara 2 keburukan.
Siapa yg kata keburukan yg satu lagi lebih baik ?
Allah dan Rasul atau sekadar logik akal ?
Manakah yg lebih baik antara orang yg suka berzina dgn pelacur dgn melakukan sumbang mahram ?
Bolehkan seorg yg ketagih arak minta minum hanya sekali seminggu dibanding kebiasaan tiap-tiap hari minum dgn alasan, seminggu sekali lebih kecil mudaratnya ?
Jawapannya, semua pilihan di atas adalah HARAM. Semuanya buruk. Kenapa, syaraklah yg mengatakan semua perbuatan di atas buruk @ haram.
Tiada siapa yg berhak mengatakan suatu keharaman lebih kecil mudaratnya dibanding keharaman yg lain.
Akal manusia tidak layak utk memutuskan baik-buruk. Semuanya dikembalikan kpd Allah.
Jadi kalau demokrasi haram, maka ianya selamanya haram dan pasti buruk & memudaratkan.
Dalam surah ali imran, Allah swt menetapkan, barangsiapa yg mencari selain daripada Islam sbg cara hidup (din), maka tertolak.
Wallahulam.
Februari 2, 2008 pada 2:47 am
ibnmunzir
internet tu banyak mudarat ke banayak kebaikan?. kalau akal manusia yang berpandukan wahyu tidak layak utk memutuskan baik-buruk, maka manusia perlu menunggu wahyu turun dari langit untuk mengetahui internet ini baik ke buruk?.
kalau nas kata, talak seorang wanita 3 quruk, apakah maksud 3 quruk itu kalau yang layak memutuskan hanya Allah?.
Apakah perlu perkataan demokrasi dalam nas, maka demokrasi itu dobit dari Islam?.
Saya merasakan bahawa, buku kedoktoran, tubuhan, matematik,dll perlu diberi penerangan, apakah kitab dari Allah tidak perlu penerangan dari ahlinya?.
Februari 2, 2008 pada 10:30 am
agendapemuda2008
Ana nak copykan tulisan ustaz nik ni yg menjawab ttg persoalan penyertaan dlm demokrasi dlm ukhwah.com. Htee cuba menguasai Portal Ukhwah.com (www.ukhwah.com) dengan hujah-hujahnya yang mengatakan penyertaan PAS dalam demokrasi adalah batil.
Februari 2, 2008 pada 4:35 pm
chempaka
Demi tuhan, sayalah yang tidak ceria ayahanda terus memegang jawatan MB. Jika tidak kerana keyakinannya bahawa jawatan itu masih tetap amanah yang terbeban ke atasnya, pasti dia menerima pandangan saya untuk berhenti daripada jadi MB Kelantan.
Assalamualaikum KP
Lama sungguh saya menunggu tulisan KP yang sebegini,
selalunya saya jengok saje tapi kali ni rasa nak ‘berkarya’ pulak..
Sememangya TG Nik Aziz adalah orang yang tinggi ilmunya, kalau kat India TG ni dah tahap paling tinggi rasanya.. dan sememangnya kalau TG hanya mengajar di Malaysia (Pulau Melaka) sepenuh masa rasanya ramai tak terkira anak muridnya.. dan rasanya akan lahir terlalu ramai ilmuan-ilmuan hasil daripada ilmu TG ini… tetapi apakan daya seruan jemaah adalah mengatasi segalanya, mungkin kalau TG tak masuk politik, tak jadi MB UMNO dan BN masih menguasai Kelantan.
Adakah salah bagi seorang anak menumpang populariti ayahnya , orang kenal kita kerana gelaran kepada ayah kita cth: Said anok Pok Loh, maka samalah Nik Abduh anak Nik Aziz siapa?, Tok Guru, siapa?, Menteri Besar, siapa? Ulamak tersohor, siapa? siapa? dan siapa? lama-lama orang akan berkata.. ooo anak Nik Aziz Menteri Besar, ooo anak Tok Guru…. jadi sepadanlah orang ramai dan pengikut Tok Guru menghormati akan keluarga dan kaum kerabat Tok Guru.. dan terkenal dan naiknya si anak pula kerana kreadibilitinya sendiri, karismanya sendiri… bukan semata kerana ayahnya (itu adalah bonus kepadanya) ramai dikalangan kita anak orang tersohor tidak menonjol kerana diri dia sendiri hanya orang kenal kerana ayahnya…. Tapi jangan pula samakan dengan anak menantu Pak Lah siKhairi itu yang naiknya semata kerana si ayahnnya berbanding ilmu, kreadibiliti, akhlaknya yang mana haprak semata…
Minta maaf KP ana ni kelas tak reti mengarang, harap faham maksudnya…
Februari 4, 2008 pada 1:32 pm
nikabduh
Salam Kamunting,
Anakkawi,
Terima kasih atas pandangan. Kewajiban jika hanya wajib kepada ahli PAS sahaja, maka tak perlulah PAS berceramah dan berdepan pemerintah yang zalim di luar. Tak perlulah juga UMNO berbodohan memerangi PAS sehabisnya. Cukup mereka berkata, PAS hanya wajib untuk ahlinya sahaja. Undi PAS sunat sahaja kepada rakyat. Tak undi tak apa.
Jika begitu, PAS sampai bila pun takkan menang hatta di Kelantan.
Hukum pilihan anda itu adalah tambah nilai untuk perjuangan UMNO.
Wajib undi PAS adalah untuk semua. Jika ada selain PAS daripada jamaah Islam yang masuk pilihan raya dengan tujuan yang satu ( menegakkan ugama ), barulah hukum itu ditarik semula sebab wujud kesamaran dan pertembungan.
PAS bersendirian di medan pilihan raya untuk Islam. Undi PAS adalah untuk Islam, bukan untuk PAS semata – mata.
Di Kelantan, bila PAS menang, semua jamaah muslimah mendapat manfaat buat kerja Islam tanpa halangan dan penuh kemudahan. Tanya ABIM, JIM, Tabligh dan lain – lain. Kerajaan PAS membuka untuk semua berperanan.
Sebab itu, Islam lebih cemerlang di Kelantan. Bukti mata ini cukup tegar untuk menolak kesangsian kepada kebenaran PAS untuk melaksanakan Islam.
PAS menang di Kelantan kerana rakyatnya memahami bahawa hukum ini wajib ke atas semua rakyat muslim. Selagi mana hukum ini dihayati dan difahami, selama itulah PAS akan semakin kuat berperanan melorong kepada kemenangan Islam.
Anda kata ini ekstrim?
1) Sampai bila anda akan terus termakan umpan sejagat musuh Islam menamakan gerakan Islam dan perjuangannya sebagai ekstrimis? Anda sebut sahaja PAS ekstrimis, musuh akan berkata, ” Bagus, dapat mangsa baru!” Janganlah anda daripada mangsa itu.
2) Hukum wajib itu memecah belahkan? Anda tersilap. Hukum wajib apabila disepakati, ia pasti menyatukan. Bila umat bersatu atas kewajiban solat, tidakkah solat menyatukan?
Bila kewajiban al Fatihah di belakang imam itu tidak disepakati, adakah ia memecahkan, lalu terbatal hukum itu? Tidak! Bahkan ia menyusun kelompok dalam toleransi kesatuan.
Hukum kewajiban mengundi PAS langsung tidak menjejaskan kesatuan umat yang ingin kembali. Ia jika difahami, kemudian diterima, pasti menyatukan saf jamaah Islam dalam satu barisan mengalahkan musuh.
Hukum ini jika diterima seluruh muslim pasti menjadi titik pertemuan yang menggusarkan musuh Islam. Hari ini mereka berusaha keras agar hukum ini tidak diterima pakai.
Kekuatan adalah pada penyatuan saf gerakan Islam, bukan dengan UMNO yang menggenggam bara kemurkaan Tuhan.
Bila kita bersengketa dengan UMNO, ia bererti kesungguhan kita menarik umat Islam daripada berteduh di bawah bahang kemurkaan Allah. Adakah itu haram dan memecahkan umat?
Memincikun,
Saya kurang mengenali ahli HT walupun tidaklah jahil benar mengenai HT. Pengalaman itu harus dikongsi dan diadun bersama agar kesimpulannya tepat.
Ya, antara faktor utama yang menyusahkan kesatuan ialah akhlak ahli jamaah. Jamaah yang berakhlak akan lebih insaf dan bergerak mendekatkan, tidak meruncingkan.
Kesemua kita yang insaf terpaksa mendepani kesukaran. Kesukaran itulah memberi markah yang banyak diperolehi di sisi Allah.
Saya rasa luahan anda berguna untuk Bulanmasa tahu.
Bulanmasa,
Saya rasa komen anda berguna untuk Meminciku tahu. Di luar sana pertembungan fikrah antara ahli PAS dan HT nampaknya hangat juga. Saya juga lihat pertembungan dihangatkan di dunia maya ini.
Jika ada kesabaran, adalah penyelesaian. Setiap kita mencintai kebenaran. Cuma ia perlukan masa untuk ditemui dan dikecapi.
Pencarian itu sendiri adalah suatu yang indah jika diuruskan dengan baik.
Nasihat saya untuk Memincikun dan Bulanmasa, jangan takut memburu kepastian.
HIJRAH itu sentiasa hebat dalam ugama Islam. Jadi, jangan takut berubah kepada cahaya.
Aye83,
Itulah hujah klasik!
Dhuat79,
Bantuan yang baik daripada anda. Terima kasih, semoga dimanfaatkan. Bolehkan hujah dilirikkan untuk jadi lagu?
Kucari al Ghazali, kutemu al Khairi..
Kucari al Syafi’ie, kutemu al Hadhari..
ahmadfadli,
Tidak buang masa. Saya menulis untuk semua, bukan hanya untuk Slasher. Slasher hanya menghampar laluan untuk memudahkan kefahaman. Dalam perjalanan, kadang – kadang emosi mengganggu, kadang – kadang membantu.
Ramai yang membaca jawaban ini. Slasher, saya tak tahu..
ibnumunzir,
4 perenggan 4 soalan. Penuh provokasi anda nih.. Gambar pengenalan diri pun provokasi..
agendapemuda,
Bagus tu. Nampak hangat juga laman di sana.
chempaka,
Pujian pujian adalah untuk Allah semutlaknya. MemujiNya adalah untuk kita semutlaknya. Memuji sesama kita ketikanya bagus, ketikanya tak bagus.
Kadang – kadang aku seronok dipuji, kadang – kadang aku menyampah dipuji. Kadang – kadang aku seronok memuji, kadang – kadang aku menyampah untuk memuji, lalu aku berdiam diri..
Tapi aku puji kamu sebab kamu puji aku.. he he
Februari 4, 2008 pada 5:50 pm
bulanmasa
Assalamualaikum,
Ibnmunzir,
Segala sesuatu yg asing dari peradaban org kafir, boleh dibahagi kpd 2 jenis ;
1. Hadharah
2. Madaniyyah
Ringkasnya, hadharah adalah pandangan manusia tentang kehidupan disekelilingnya dan ianya terkait dgn pandangan hidup. Berbagai agama, adat resam, kapitalisme (sekuler, pasaran bebas, demokrasi, sdn bhd dll.) , sosialisme-komunisme dan sebagainya adalah hadharah.
Oleh kerana hadharah terkait dgn pandangan hidup, maka ada hadharah Islam dan ada hadharah kufur.
Manakala madaniyah neutral, tidak terkait dgn pandangan hidup. Jadi tidak ada istilah Islam dan kufur. Contoh pemikiran madaniyyah adalah pemikiran ttg sains dan teknologi.
Namun, adakalanya madaniyyah bersifat khas @ terkait dgn pandangan hidup. Contohnya kayu salib dan jubah sami / padri. Jubah dan kayu ini walaupun asalnya neutral, tetapi telah dipengaruhi pandangan hidup maka ianya merupakan madaniyyah khas.
Nas menyebut WAJIB kita berhukum dgn hukum yg datang dari sisi Allah semata-mata. Pada masa yg sama Allah kata HARAM kita berhukum/beramal/ beraktiviti dgn hukum kufur. Jadi, hadharah kufur adalah HARAM utk kita guna pakai.
Kaedah fikih menyebut HUKUM ASAL PERBUATAN TERIKAT DGN HUKUM SAYRAK.
Adapun berkaitan dgn madaniyyah, ringkasnya, kaedah fikih menyebut hukum HUKUM ASAL BENDA ADALAH MUBAH SELAGI TIADA DALIL YG MENGHARAMKANNYA. Jadi, selagi tiada dalil yg mengharamkannya, madaniyyah kita boleh gunakannya.
Manakala hukum madaniyyah khas, yg dipengaruhi aqidah kufur, adalah HARAM KITA AMBIL MANFAAT / GUNA. Sebab tu haram pakai salib atau jubah sami.
Perkara ni org UMNO susah nak reti, harap org PAS tidak spt org UMNO.
YA ALLAH
BERILAH AKU KEKUATAN
UNTUK BERKATA BENAR
BERRJUANG MENEGAKKAN KEBENARAN ISLAM
BERJUANG MENEGAKKAN KHILAFAH
…AGAR SYARIAH DAPAT DILAKSANAKAN.
bULAN MASA
Februari 5, 2008 pada 2:29 am
petunjuk
ustaz Nik, saya terasa sedih bila membaca kata2 ustaz
“Sebenarnya, dengan permintaan anda itu, saya jadi membenci diri saya sendiri. ”
ketahuilah ustaz, kalau boleh saya kepingin punya ayah yang alim seperti TGNik Abdul Aziz atau Allahyarham Dato Ishak Baharom. Tapi ayah saya pon baik juga;)
komen saya utk itu, saya merasakan slasher nih = orang yang suka slash = pembelasah (rasanya ini definasi bahasa melayu). lebih lanjut lagi dalam http://www.answers.com/slash&r=67 memberitahu shasher adalah a person who likes to criticize sharply. so tentunya dia critize ikut sedap dia dan ikut ilmu yg dia ada. sayangnya dia tak berani nak critize kezaliman puak barisan nasional. sesuatu yg sangat PELIK!!!
keduanya, saya rasa slasher jelus tahap gaban dengan ustaz, saya ingat dia jelus sbb ayah dia tak sealim TG nik aziz. haha
Februari 5, 2008 pada 7:36 am
ibnmunzir
Assalamualaikum..
bulanmasa,
“Akal manusia tidak layak utk memutuskan baik-buruk. Semuanya dikembalikan kpd Allah.
Jadi kalau demokrasi haram, maka ianya selamanya haram dan pasti buruk & memudaratkan.”
Tulisan saya sebelum ini adalah merujuk kepada tulisan anda.
YA ALLAH
BERILAH KAMI KEKUATAN
UNTUK BERKATA BENAR
BERRJUANG MENEGAKKAN ISLAM
DAN BERJUANG MENEGAKKAN SYARIAH ALLAH
…AGAR TERTEGAKNYA KHALIFAH
Februari 6, 2008 pada 9:38 am
bulanmasa
Ibn Munzir, betul, baik dan buruk, semuanya perlu dikembalikan kepada Allah. Bila Allah Swt tetapkan ianya tidak haram, maka kita boleh memanfaatkannya.
Komputer dan internet, ianya adalah benda, maka hukum asal benda adalah mubah. Sebab itu, hukum guna komputer dan internet adalah mubah sahaja.
Komputer berbeza dgn konsep ttg ekonomi yg dipakai kerajaan sekarang ini. Sistem ekonomi “pasaran bebas” merupakan suatu hadharah iaitu hadharah kapitalis. Jadi, sistem ekonomi yg diguna pakai oleh BN utk mengurus ekonomi kita hari ini hukumnya adalah haram.
Februari 10, 2008 pada 6:54 pm
Bulan Menerangi Kegelapan
http://www.risalahlangit.blogspot.com
Februari 14, 2008 pada 12:00 pm
abu ahmad
Saya menikmati kelicinan lengguk bahasa yang digunakan oleh Ustaz Nik Abduh, dan cara beliau membina hujjah serta kaedah beliau meruntuhkan hujjah orang lain.
Hanya saya terasa terkilan dalam 2-3 perkara, soalan kewajiban mengundi kita bincangkan selepas pilihanraya. Dalam komen ini saya ingin sekadar meminta penjelasan Ustaz dalam jawaban Ustaz, kerana ia walaupun pada awalnya hujjah Ustaz dirasai hebat, tetapi selepas diamati sedikit , jawaban Ustaz semakin jelas kecelaruan dan terbabas. Memang banyak yang boleh diberi tanda-tanya, tetapi posting ini memadailah dgn 1 perkara sahaja:
1-Bab at-Tasybih: atau perumpamaan dalam bahasa kita. Kita akui yang kita boleh umpamakan antara dua perkara kerana terdapat hanya ada satu sifat yang bersama.antara keduanya Tetapi hal ini benar dalam lingkup yang terhad. Membuat kaedah ini menjadi umum boleh menyesatkan, celaru . Perumpamaan dibuat kerana :
i) memang kedua perkara itu sama .
ii)menghina yang dikena umpamakan secara hyperbole seperti diumpamakan seorang dgn anjing, terompah tandas, barua, babi hutan dan lainnya.
iii)memuliakan/menaikkan taraf yang dikena umpamakan secara hyperbole, seperti diumpamakan seorang itu dengan cantik umpama bulan, baik umpama malaikat.
iv)harapan seseorang, yang melahirkan maksudnya walaupun disedari tiada kesampaian. Seperti ibu-bapa yang menasihati anaknya agar akan menjadi bijak umpama imam al-Ghazali, menjadi mujahid umpama Salahuddin al-Ayyubi, berdoa agar diberi nikmat umpama yang telah diberi kepada anbiya.
Dalam beberapa hal lain, perumpamaan dilarang walaupun terdapat bersamaan lafaz dan sifat. Seperti Allah menyebut “Tiada sesuatu yang menyerupai (mithal)-Nya, dan Dia bersifat Maha Pendengar dan Maha Melihat”. Ayat ini menjadi antara ayat-ayat asas dalam huraioan aqidah kita, walaupun Allah menyebut sifat-Nya yang dari segi lafaznya sama dgn sifat makhluk seperti ‘melihat’ dan ‘mendengar’, tetapi kita tidak boleh sekali-kali menyamakan sifat Allah dan sifat makhluk.
Kemudian, Allah mengingkari orang kafir yang menyamakan riba dgn jual beli (baqarah:270); walaupun pada zahirnya terdapat bersamaan . Allah mengingkari orang yang meyamai al-Quran dgn tulisan lain, (al-Isra 88), walaupun keduanya dibaca, dihafal dan dicetak oleh manusia. Allah menempelak orang kafir yang manyamakan rasul dgn manusia ramai pada banyak tempat di dalam al-Quran. Allah menegaskan tiada sama antara orang yang buta (hatinya) dgn yang melihat , antara cahaya dgn kegelapan (ar-Ra’du:16), Allah menegaskan tidak sama antar mukmin dn orang fasiq (as-Sajdah:18). Allah menegaskan tidak sama antara orang yang hidup dgn mati( al-Fatir:22), Allah menegaskan tidak sama antara ahli neraka dgn ahli syurga (al-Hasyr:20). Perkara-perkara yang ditegaskan Allah sebagai tidak sama itu, sudah tentu memiliki ciri-ciri persamaan, tetapi aspek perbezaan yang ditekankan, kerana nilai intrinsic-nya berbeza.
Allah mengajar kita adab dgn Rasulullah SAW agar kita tidak jadikan panggilan kepada Rasul SAW sama dgn panggilan kita sesama manusia biasa (an-Nur 63). Allah melarangkan kita menjadikan orang muslim (apa lagi Rasul!) sama dgn mujrimin (al-Qalam:36). maka perlulah kita sangat berhati-hati dalam menyamakan kasihnya seorang MB dan ahli keluarganya kepada seorang towkey balak dan anaknya, walaupun sememangnya towkey balak itu telah dituduh di mahkamah sanggup melakukan sesuatu yang orang lain tidak terlintas melakukannya.
Adapun ayat yang mengatakan, supaya Rasul berkata “aku adalah manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku”. kita fahami yang aspek manusia, yang sama dgn manusia lainnya yang ada pada rasul itu ialah aspek biologinya, dan aspek ruhhi-nya , baginda SAW telah dimetamorphose dgn ‘diwahyukan kepada aku’ ; maka aspek ruhhi-nya itu lah yang mendominasi kehidupan seorang rasul. yang dijagai Allah sebagaimana yang disebut dalam surah ad-Duha. Atau umpama graphite adalah karbon tulen, ianya lembut sehingga dijadikan mata pencil sedangkan berlian juga adalah karbon tulen, dan ianya adalah bahan yang terkeras yang manusia ketahui. Dari segi mineralnya graphite dan berlian adalah sama, tetapi metamorphose yang dialami oleh berlian menyebabkan hanya orang yang kurang aqal menyamakan dan memberi nilai yang serupa kepada kedua bahan ini.
komen yang lain akan menyusul…. semoga mendapat tunjuk ajar dan pengajaran dari Ustaz yang luas ilmunya.
Februari 15, 2008 pada 10:36 am
abu ahmad
Lanjutan daripada apa yang telah saya catitkan sebelum ini, saya juga terasa tidak ’sedap hati’ membaca justifikasi Ustaz Nik Abduh tentang perlantikan ahli keluarga YAB MB pada beberapa jawatan di negeri Kelantan yang disandarkan/ diserupakan kepada apa yang telah dilakukan oleh Saiyyidina Uthman RD.
YAB MB memang mempunyai hak untuk memperkenan sesiapa sahaja untuk memegang apa-apa jawatan pada peringkat negeri, YAB MB memang berhak melantik pegawai daripada ahli keluarga sendiri walaupun mereka bukanlah orang yang terbaik untuk jawatan itu (sebagaimana yang diakui oleh Ustaz Nik Abduh), kerana jawatan2 lain pun bukanlah disandang oleh orang-orang yang paling layak.
Tetapi adalah ‘kurang adab’-nya untuk menegaskan “sekiranya sesiapa yang mempersoalkan atau menyalahkan YAB MB melantik ahli keluarganya
sendiri, maka maksudnya orang itu juga menyalah Saiyyidina Uthman yang telah melantik ahli keluarga baginda sendiri untuk jawatan dalam pentadbiran baginda”.
Sekiranya kita tolak sebelah riwayat-riwayat oleh golongan syiah atau yang bersumberkan perawi syiah (yang memang menolak kekhalifahan Saiyyidina Uthman RD), maka kita boleh bertanya secara objektif dan dgn perasaan tawaddu’ “berapa orangkah ahli keluarga Saiyyidina Uthman yang dilantik sendiri oleh baginda, yang bukan Saiyyidina Uthman sekadar meneruskan penjawatan yang telah dilakukan oleh Sayyidina Omar sebelumnya?.” Berapa orangkah yang dilantik oleh Saiyyidina Uthman yang dipersoalkan integriti mereka? . Imam Ibnu al-Arabi, mufassir telah menulis kitab yang dikira klasik “al-’Awasim mina al-Qawasim” yang telah menjawab tohmahan buruk terhadap peribadi mulia Saiyyidina Uthman dan beberapa sahabat yang lain. Agaknya kitab dikira baru yang menjawab sangkaan sebegini ialah tulisan Qadi Muhammad Yusuf an-Nabhani RH.
Dan seandainya kita bertanya Ustaz Nik Abduh secara jujur ‘adakah ayanda Ustaz ketika membuat keputusan memperkenankan ahli keluarga sendiri untuk beberapa jawatan, telah melakukan dgn penuh kesedaran yang YAB ingin mengikut sunnah salah seorang Khulafa ar-Rashidin?” Sekiranya sedemikian murni niat YAB MB, kita doakan semoga Allah memberi pahala yang banyak kepada YAB, dan membersihkan beliau daripada tohmahan yang jahat.
Saya bimbang kalaulah semudah itu disandarkan keputusan kita yang telah kita lakukkan (mungkin didorong oleh pertimbangan lain)kepada keputusan yang telah dilakukan oleh peribadi-peribadi agung di kalangan ummah ini, seorang daripada khulafa ar-Rashidin, seorang daripada 10 orang yang dijamin masuk syurga. seumpama Saiyyidina Uthman, maka tidak hairanlah nanti akan timbul pula justifikasi perlantikan keluarga terdekat sebagai penganti (walaupun tiada salahnya) kepada peribadi mulia Rasulullah SAW sendiri. Bukankah yang mengantikan baginda SAW adalah Sayyidina Abu Bakar (bapa mertua), kemudian Sayyidina Umar (bapa mertua), kemudian Sayyidina Uthman (menantu), kemudian Sayyidina ‘Ali (menantu). Sedangkan perlantikan khalifah yang 4 ini melambangkan kedudukan dan darjat kemuliaan mereka di sisi agama, sebagaimana yang dinyatakan dalam pendapat jumhur ahlu as-Sunnah.
Mungkin saya tersalah dalam mempersoalkan Ustaz dalam perkara ini, tetapi sebagai orang yang sangat daif ilmunya, dangkal fahamnya, hanya berbekalkan perasaan yang diasuh agar menghormati para sahabat Rasulullah SAW , saya memberanikan diri. Sekiranya saya tersasar faham, perbetulkanlah. Tidak sedikitpun terlintas di benak saya untuk memperkecikan YAB Menteri Besar atau mempersoalkan perkenan beliau terhadap perlantikan anak-beranak untuk apa-apa jawatan, tetapi untuk beranggapan “sekiranya tindakan beliau itu salah, maka salahlah Sayyidina Uthman “, bagi saya adalah kenyataan melampau dan kurang adab. Semoga mengampuni kita semua
Februari 19, 2008 pada 4:27 pm
abu ahmad
Ustaz menulis “Saya tanya, apakah hal-hal yang tiada kaitan dgn agama, setahu saya semuanya berkaitan dgn agama. babi, anjing, tahi Fira’aun, Namrud, nyamuk, saya, anda, ayahanda. Pak Lah dan semuanya ada kaitan dgn agama”
Sekadar untuk mendapat penjelasan daripada Ustaz , sekiranya fahaman saya tersalah, bukankah Rasululullah SAW sendiri yang menyebut perkara-perkara yang bukan daripada ajaran agama?. Antara hadith ini ialah hadith yang ke 5 dalam Kitab Hadith 40 Imam Nawawi RH . Rasulullah SAW antara lain menyebut “falaisa minhu”, yang mana ulama syarahkan sebagai perkara yang tiada terdapat dalam ajaran syara’ Rasulullah SAW. Sebagai contoh yang telah dibawa dalam syarah hadith ini ialah seorang telah menawarkan untuk membayar ganti hukuman had bagi zina dgn memberi sekian banyak unta, lalu Rasulullah SAW menuturkan hadith sebegini.
Dalam kisah masyhur yang lain, tentang proses pendebungaan tamar, sahabat memberitahu Rasulullah SAW yang hasil buahnya merosot kerana meninggalkan usaha pendebungaan, lalu Rasulullah SAW mengatakan ;”kamu lebih mengetahui urusan duniamu”. Ulama mensyarahkan peristiwa ini yang dalam soal-soal syariat, kita wajib patuh semampu mungkin kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, sementara dalam soal-soal teknikaliti yang tiada kaitan dgn ajaran agama yakni urusan kehidupan duniawi, kita mempunyai pilihan sendiri.
Begitu juga ulama kita, umpamanya Imam al-Mawardi RH dan Imam Abu Yu’la al-Hanbali RH menulis kitab yang dipanggil ‘Adubu al-Dunya wa ad-Din’. yang menghuraikan siyasah yang berpaksikan sya’riat serta pengkayaannya dari iktibaran ilmu siyasah ummat yang lain. Apa yang datang dari sisi syara’ itu adalah soal yang berkaitan ajaran agama. apa yang datang dari iktibaran ummat lain itu adalah hikmah.(walaupun ia tiada daripada agama). Hikmah pada zatnya bersifat neutral, tanpa mempunyai teras aqidah( bukan soal agama). Lihatlah dua ulama besar ini membahagi adab ‘ad-din’ dan ‘ad-dunya’.
Atau umpama dalam soal stering kereta, semada ianya berada di sebelah kanan atau kiri, atau mengukur suhu dalam ferenheit atau celcius, menggunakan sukatan metric atau empirical atau lain-lain pendekatan yang berbentuk teknikal dan huraian seni, agaknya kita boleh bermuafakat yang perkara-perkara sebegini tiada kaitan dgn ajaran Islam, walaupun paradigm kita sebagai muslim sentiasa menilai segala sesuatu dalam rangka hukum wajib, haram, sunnat, makruh dan harus; kebiasaannya pula penilaiannya itu terikat kepada qasad dan niat dalam kita memanafaat sesuatu yang mubah itu.
Sekiranya perkara itu menyentuh soal yang berhubung dgn syara, semada dalam soal ibadah atau muamalat, paradigma kita menilai semada perkara itu mempunyai anjuran daripada kitab dan sunnah atau ianya bid’ah . Dan sekiranya ianya bid’ah pula, adakah ianya bid’ah yang hasanah atau bid’ah yang dalalah.
Sudah tentu paradigma sebegini bukannya bertunjangkan fahaman secularism, bahkan inilah yang difahami daripada huraian ulama zaman berzaman. Ada perkara daripada ajaran agama Islam, dan ada perkara yang tiada ada kaitan dgn agama.
Sehinggalah seorang itu mencapai kesempurnaan jiwanya dalam bertawajjuh kepada Allah, dgn dia melakukan apa yang difardukan serta dikuti dgn amalan sunnat, lidahnya basah dgn zikir, hatinya melimpah-ruah dgn syukur dan musyahadah , atau dia seorang yang majzub, maka hanyalah ketika itu seluruh hidupnya, semada gerak atau diam, tidur atau bangun, zahir dan batin dalam anjuran agama sepenuhnya. Dia menyerahkan tadbirnya kepada tadbiran Allah. (Semoga Allah menganugerahi kita kemanisan bersimpuh menghadap-Nya). Sehingga ulama menyebut di dalam kitab usuluddin (Kitab sifat 20) yang Rasulullah SAW tiada melakukan sesuatu kecuali apa yang wajib dan sunnat bagi baginda SAW bagi tujuan tasyri’. (walaupun perkara itu mungkin harus bagi orang lain).
Insyaallah ada 2, 3 perkara lagi yang saya pohon penjelasan daripada Ustaz, memandangkan jawaban Ustaz sebelum ini berbentuk terlalu umum, sutuhhi dan mungkin sahaja mengelirukan. Semoga Ustaz sudi menurunkan sedikit taraf huraian Ustaz, agar ianya akan jela bagi kami orang-orang awam, yang tiada sempat banyak berguru sebagaimana Ustaz.
Ogos 22, 2008 pada 12:23 am
hilmi_unitamal
Soal politik,pemerintahan dan teguran kepada pemimpin yang zalim adalah jihad….ada hadis nabi SAW “seafdal jihad adalah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim”. Maknenyer membetulkan urusan pimpinan negara adalah kewajipan jihad…menaikkan Islam sebagai pemerintah berteraskan hukum Allah adalah kewajipan jihad….Allahuakbar!!! Sedih jugak membaca tulisan Ust nik abduh yang saya sayangi kali ini…Ya Allah berilah kesabaran kepada kami pejuang2 agama Engkau…amin…