Salam Kamunting,
Bahagian ketiga
Setelah anda memahami bagaimana Pas berjaya meyakinkan ahli dan penyokongnya dengan dua hukum yang telah disebutkan di atas, iaitu kewajiban memilih Islam di dalam politik kenegaraan dan kewajiban menyertai pilihan raya untuk memilih kerajaan, maka Pas dengan penuh optimis menggerakkan segala kekuatannya untuk meledakkan satu hukum penyudah di dalam perjuangannya di arena politik Islam di dalam negara demokrasi sekular Malaysia ini iaitu kewajiban mengundi Pas di dalam pilihan raya demi memastikan kedaulatan dan ketuanan Islam sebagai rujukan utama perundangan negara. Hanya parti Pas yang secara jelas tanpa selimut menuntut pembentukan sebuah Negara Islam.
Bagaimanakah Pas menampilkan hujahnya di dalam misi mengambil alih pemerintahan negara bagi membenarkan keabsahan hukum dan fatwa tersebut seterusnya mengikat penyokongnya dengan kewajiban tersebut? Mari kita meneliti penghujahan berikut:
1 ) Pas satu - satunya gerakan Islam yang menyertai pilihan raya.
Adalah jelas sepanjang sejarah pilihan raya di Malaysia, Pas kekal sebagai satu - satunya parti politik Islam yang berterusan menyertai pilihan raya untuk mendaulatkan Islam dalam negara. Walaupun tidak dinafikan kewujudan beberapa gerakan dan kumpulan Islam yang berjuang untuk menegakkan ketuanan Islam dalam negara, tetapi parti Paslah menjadi satu - satunya gerakan Islam yang menyertai pilihan raya secara langsung.
Dengan medan yang kosong dan bebas daripada kekeliruan sesama sendiri, adalah jelas umat Islam yang diwajibkan menerima sistem dan perundangan Islam dalam politik kenegaraan tiada lagi pilihan dan hak selain menyokong dan mengundi Pas dalam pilihan raya yang menjadi satu -satunya cara yang aman dan dibenarkan dalam sistem demokrasi hari ini.
2 ) Pas satu - satunya parti politik yang bercita - cita menegakkan negara Islam.
Selain bebasnya medan pilihan raya daripada kekalutan kekeliruan sesama gerakan Islam, ia juga menonjolkan Pas sebagai satu - satunya parti politik yang menjadikan pensyariatan Islam sebagai matlamat dan agenda utama politiknya. Apabila Pas bersendirian di medah siasah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup, adalah jelas sokongan umat Islam mestilah diberikan kepada Pas demi memastikan kejayaannya di dalam pilihan raya, seterusnya menguasai tampuk pemerintahan dengan keadilan dan kesejagatan Islam.
Tidak mengundi bererti mengekalkan pemerintahan sekular sedia ada untuk terus mengekalkan penolakan terhadap Islam. Mengundi selain Pas yang sememangnya berjuang bukan untuk Islam pula juga memberi erti yang sama selain secara terbuka menolak sebuah gerakan yang tanpa syak berjuang untuk Islam.
Justeru mengundi Pas adalah menjadi kewajiban ugama yang tidak dapat ditolak lagi oleh isu - isu kecil seperti hak kebebasan memilih dalam pilihan raya, kecondongan kepada individu tertentu dan sebagainya.
3 ) Pas adalah sebuah parti dan gerakan Islam yang menyeru kepada kesyumulan Islam.
Syarat utama sebuah gerakan Islam ialah seruannya mestilah kepada Islam yang syumul dan menyeluruh. Memecahkan Islam kepada juzuk - juzuk kecil adalah satu jenayah agama. Memfokuskan amal Islami kepada aspek - aspek tertentu dengan mengabaikan hak dan tuntutan aspek - aspek baki adalah satu kepincangan dan kekurangan yang boleh mencetus fitnah dalam memahami Islam yang sebenar.
Pas melepasi garisan ini. Ia adalah sebuah gerakan yang menyeru kepada Islam yang sempurna dan menyeluruh. Apabila ia bergerak cergas di dalam politik negara, ia turut campur tangan dan memiliki sentuhan Islami dalam segala aspek kehidupan. Apabila Pas, samada menyeru, menilai, mengukur atau memberi pandangan, maka ia mengambil kira semua aspek ugama tanpa mencacatkan wajah Islam dengan pandangan yang tempang.
Pas memiliki individu yang pakar dan sepenuh masa di dalam dakwah ibadah dan masjid, ekonomi dan kewangan, sosial dan kebajikan marhaen, kehakiman dan perundangan, pendidikan dan motivasi, kesihatan dan kesejahteraan, budaya dan bahasa sebagaimana ia memiliki kepakaran sepenuhnya dalam gelanggang politik negara dan antarabangsa.
Justeru memilih Pas dalam pilihan raya adalah wajib kerana dakwahnya kepada Islam yang menyeluruh. Lawan Pas dalam pilihan raya, Umno pula bukan hanya sempit pandangannya terhadap Islam, malah telah bermain - main dan mempersendakan Islam dengan nama Islam Hadhari yang penuh fitnah dan kekeliruan kepada masyarakat.
4 ) Umno adalah parti kebangsaan sekular yang menolak Islam sebagai sumber hukum.
Lawan Pas dalam pilihan raya adalah Umno, sebuah parti yang ditubuhkan dengan bertunjang, bersandar dan berpayungkan dasar kebangsaan kemelayuan sekular yang menyimpang daripada tuntutan syara’. Sekularisme adalah musuh utama Islam selepas syaitan dan iblis. Sebagaimana dasar sekular yang memisahkan ugama daripada negara ditolak mentah oleh Islam, begitulah jua dasar nasionalisme yang menjadi kembarnya.
Adalah diketahui secara mudah dalam pengajaran ugama Islam bahawa berbangsa - bangsa adalah ciptaan Allah dengan tujuan saling mengenal dengan keistimewaan masing - masing dan saling menghormati demi kewajiban bersatu di bawah Islam sebagai wadah dan cara hidup. Berbangsa - bangsa adalah keindahan dan keunikan yang membibit rasa hormat dan kasih sayang demi sebuah penyatuan padu umat manusia.
Apabila Umno menjadikannya sebagai satu ideologi yang mengurung dan memisahkan antara bangsa - bangsa yang telah diikat teguh dengan kesatuan ugama dan kesemula jadian tadi, maka Umno dengan jelas bergerak menyimpang daripada tuntutan syara’. Tambahan pula, ideologi kebangsaan yang diagungkan itu adalah ciptaan barat yang dibawa ke dunia Islam demi memecahkan kesatuan yang telah lama dibina oleh kerajaan khilafah suatu masa dahulu. Kebangsaan adalah terlalu asing dan tertolak dalam sejarah Islam. Umno menerimanya daripada barat yang memusuhi Islam.
Inilah lawan Pas sepanjang pertembungan dalam pilihan raya. Ia adalah dua buah parti politik melayu Islam yang cukup berbeza dan bertentangan. Ia berlaku secara terpaksa atas sebab keingkaran satu kumpulan untuk menerima Islam, bahkan berkeras, malah berbangga dengan ideologi nasionalisme tersebut.
Justeru mengundi Pas adalah kewajiban ugama yang mesti ditunaikan. Mengundi Umno sebaliknya akan melangsungkan kesinambungan umat Islam hidup bernaung dalam dunia sekular terlarang.

62 comments
Comments feed for this article
November 6, 2007 pada 3:24 pm
rangiku
pas hanya bercita-cita mendirikan negara islam…
siap cakap berkokok je ayam selepas mereka menang pilihanraya mereka akan mendirikan negara islam…
noh nape lepas pilihanraya 1999 pas menang di kelantan dan terangganu, PAS tidak mendirikan negeri islam…
parti pas hanya pandai cakap tapi tak pandai buat…
poraaah
November 6, 2007 pada 3:48 pm
rangiku
jgn padam ye komen saya…
hahahahahaha
biasanya penganut pas akan padam komen saya sbb tak sehaluan…
biasa laa budaya pas..
November 6, 2007 pada 7:07 pm
GuBeduh
Saya setuju tu napa tak buat ya…
Tapi rangiku, Jenis makhluk pelupa..
Pindaan undang-undang tubuh dah dibuat (Undang2 syariah) tapi Dr. M telah menghalang melalui kuasa Kerajaan Persekutuan. kaedah fekah dari hilang semua, baik boleh laksana mana yang boleh. Antaranya premis judi tidak dibenarkan (TOTO, 4 nombor ekor) penjualan arak disusun semula, premis diberi berasaskan kepada peratus penduduk Kelantan yang non Muslim.. dan ada macam-macam lagi,
jumpa lagi nak mengorib dah.
November 7, 2007 pada 8:11 am
Affuan
Aku nampak rangiku yang pengecut buat komen anonymous. Kalo nak komen gaduh2 dan tak membina gitu la gayanya. Jangan email admin minta komen didelete ye nanti. Ekeke.
November 7, 2007 pada 10:50 am
ilmto
macam mane ko nak bangunkan negara, kalau rakyat ko miskin. musuh islam musnah kan orang muslim gunakan meterial . so bagaimana nak menentang ? tentulah dengan perpaduan dan ilmu antara semua islam .menyokong mane2 parti bukan jalan penyelesaiannya, malah akan melemahkan umat islam sendiri. hakikatnya manusia itu ade kelebihan dan kelemahan .apa lagi ciptaan manusia. yang penting bersatu kawan… bersatu..
November 7, 2007 pada 11:26 am
rangiku
bila masa aku buat komen anonymous…
kan nama aku ade tue…
jgn la fitnah aku…
hahahahahaha
nie budaya puak2 PAS…
skrg pas yang kata akan mendirikan negara islam…
tapi bila nak berkerjasama dengan DAP…
pas sanggup mengugurkan negara islam dalam pakatan dengan DAP…
kenapa jadi mcm tue????
adakah pas hanya omong kosong sahaja???
nak tadbir negara???
kelantan pun tak tertadbir…
dah laaa..
hentikan jelah..
November 7, 2007 pada 5:34 pm
Chempaka
Rangiku yang tak ranggi,
Style komen engkau ni dah banyak sangat aku baca dilaman-laman lain terutamanya Malaysia Today… engkau ni bawa isu sama aje saja nak cari pasal, nak wujudkan suasana sumpah seranah.. dan menimbulkan kemarahan, manusia jenis apa engkau ni. kalau engkau dibandingkan dengan batu pelapik kaki kat dalam bilik air lagi baik batu tu ada juga faedahnya
Mungkin engkau ni memang orang yang sama dalam laman-laman lain. sudahlah tu… bertobatlah! Dah jangan layan sama dia.
November 7, 2007 pada 8:00 pm
nikabduh
Salam Kamunting,
Rangiku, ilmto,
Teruskan menjengok laman ini. Ada baiknya untuk anda berdua dan yang lain. Yang menarik mengenai Pas ialah sepertiga ahlinya (pada pandangan saya) adalah bekas ahli - ahli Umno yang kembali. Ratusan ribu. Yang menarik mengenai Pas ialah ramai pemimpin2 dalam masyarakat Islam akhirnya memilih untuk aktif dalam Pas untuk Islam.
Pas kelebihannya pada daya penyatuannya. Saya doakan untuk anda dan semua.
Chempaka,
Dah tahu, kenapa terikut -ikut rentak..
November 8, 2007 pada 5:55 pm
Chempaka
Minta maaf ustaz Nik (KP), saya cuma pernah mendengar perumpamaan yang diberikan oleh seorang guru pondok tentang berfaedahnya sesuatu perkara itu walaupun kecil tugasnya. Berbanding dengan besar, cerdik dan kuat orang itu tetapi kosong dan suka membuat perpecahan.
Terima kasih diatas ingatan yang diberikan
November 9, 2007 pada 12:23 am
GuBeduh
Buat adikku Rangiku,
Kelantan pun tak tertadbir….??.
Awak dah ada atas bumi ini atau tidak??
Tak perasan ke?? pusingan pertama 1959 - 1978 PAS memerintah Kelantan dengan 3 orang Menteri Besar (Dato’ Asri, Dato’ Ishak Lotfi dan Dato’ Mohamad nasir) 18 tahun.
1974 UMNO bersama MCA dan MIC jemput PAS untuk bentuk BN. Yang joint BN pada masa tu ialah PERIKATAN (UMNO, MCA DAN MIC) PAS, GERAKAN, PPP & SNAP. Idea Tun Razak bagi membantu Melayu setelah berlakunya tragedi 13 Mei 1969.
Ringkas cerita, 1977 PAS ditendang keluar dari BN semasa Tun Husin Onn jadi PM. Mageran dikenakan kepada rakyat Kelantan. 1978 di adakan pilihanraya kecil. PAS jatuh. UMNO memerintah Kelantan mulai 1978-1990 selama 12 tahun. MBnya Dato’ Moahamad Yakob.
Kini pusingan kedua 1990 - 2008 selama 18 tahun pulok doh, PAS memerintah Kelantan dengan seorang MB. Tok Guru hok jadi ayahda Nik Abduh tu laa. Aku kata 2008 sebab, aku jangka Pilihanraya pada tahun depan 2008. Selepas 2008 mungkin MB lain, sebab ramai lagi tokoh yang ada dalam PAS.
Sepanjang 18+18 tahun tu tiada seorang pun pemimpin PAS didakwa kerana rasuah. Tetapi sepanjang 20 tahun Perikatan dan BN menjajah Malaysia dah ramai pemimpin UMNO/BN di tuduh di mahkamah.
Tak reti lagi… atau memang makhluk yang mempunyai ’satu masaalah’ hang ni. Sebab kalu yang banyak masaalah adalah orang macam kita ramai-ramai, normal. Kalau yang tiada masaalah diatas dunia, orang mati.
November 9, 2007 pada 12:25 am
GuBeduh
RALAT,
BN/UMNO menjajah Malaysia 50 tahun, bukan 20 tahun. Harap maaf deh.
November 9, 2007 pada 6:12 pm
avercine
salam…hahah…lawak betoi la si rangiku tuh…buta mata kot + buta sejarah
November 12, 2007 pada 2:51 pm
ilmto
aku x faham kenapa manusia terlalu taksub dengan sesebuah kumpulan . apa yang ko mahu buktikan . kutuk sana kutuk sini . apa yang ko dapat . dapatkah kutukkan itu menbina tamadun . tak ada satu ilmu po . apa yang aku tahu ko dapat DOSA dan musuh orang islam makin kuat dan kuat. sesiapa yang terrer yang dapat beritahu aku ape kebaikan pas dan umno sampai menjadi taksub sangat.
November 16, 2007 pada 4:57 pm
nikabduh
Salam Kamunting,
Ilmto,
Harap saya tidak salah mengira anda ikhlas dalam mengkritik Pas sebagai parti yang memecah belahkan. Apabila anda menyebut bahawa anda tak faham, jelas anda masih keliru, mungkin kerana kurang perbincangan berat - berat pasal politik, khususnya politik Islam.
Semoga Allah membuka jalan. Ingat, antara tanda kepalsuan beragama ialah ketakutan untuk berdepan dan terbuka. Sebab itu ajaran2 sesat biasanya terkhusus untuk ahli mereka dan tidak bersedia berhujah secara aman. Umno sehingga kini takut berhujah dengan Pas secara terbuka di hadapan rakyat, di kaca TV. Kenapa?
Saya berharap mampu menulis lagi untuk meleraikan kepayahan anda memahami Pas, insya Allah.
Apapun, ambil ini dulu..
1) Bersatu adalah atas Islam. Itu tuntutan ugama yang mesti. Umno parti sekular yang dilarang ugama. Kerana itu Pas menolak bersatu dengan Umno sehinggalah mereka kembali. Pas bubar selepas Umno menerima Islam. Di mana salah pendirian Pas?
2) Apa bukti Umno berjaya menyatukan umat Islam atau Melayu. Sesama sendiri mereka berbalahan dan saling menjatuhkan. Apa diharap mereka akan berlaku adil kepada rakyat yang mendorong penyatuan?
3) Dengan segala gejala keruntuhan moral di kalangan pemimpin (rasuah, nepotisme dll) dan rakyat ( dadah, murtad dll) selepas 50 tahun merdeka, apakah kerana Pas yang terus menolak, atau kerana Umno yang terlalu berpenyakit dan kurang daya tahan untuk melorong umat kepada kekuatan?
4) PAs tidak taksub kepada kumpulan. Pas disayang kerana Islam yang dibawa. Jika PAs meninggalkan ISlam, PAs dibenci ahli sendiri. Mana bukti Pas berjalan tanpa Islam?
5) Kutuk? Adakah mencela kejahatan adalah kejahatan? Jika begitu, bagaimana cara menghilangkan mereka yang terus degil melakukan kejahatan. Samada dengan mulut atau senjata. Selesaikah kutuk dalam hati? Ia adalah keberanian menentang kemungkaran. Jka anda menelaah Al Quran, tiada salahnya mengutuk kezaliman.
Negara kita, pemerintahnya zalim terhadap Islam dan ummatnya. Siapakah yang akan mempertahankan Islam selain umatnya yang berani?
Saya doakan anada terus berani menelusuri jejak perjuangan Pas. Anda akan temui sinarnya dengan hidayat Tuhan. Amin.
IbnuAhmad,
Selamat jadi blogger. Semoga diberkati..
November 21, 2007 pada 12:25 pm
ichiro
Salam,
saya amat cetek ilmu dalam bidang politik ini. Apa yang saya nak tahu adalah adakah dengan menyokong PAS nanti kita dapat memastikan Malaysia lebih makmur? Dari apa yang saya perhatikan di Kota Bahru, tak ada bezanya dengan keadaan kebebasan kehidupan di Kuala Lumpur jadi sila lah berikan saya pengertian tentang perjuangan PAS.
Persoalan saya;
1) Tak kiralah anda penyokong PAS atau UMNO tetapi anda masih bebas untuk mengerjakan suruhan ugama. sila tunjukkan pada saya di manakah dalam Malaysia ni kita di larang ke masjid atau sebagainya.
2) Berjayakah PAS menegakkan pegangan agama di kalangan penduduk Kelantan,negeri naungan PAS? saya rasa TIDAK kerana sila lah ke bandar KB dan anda dapat melihat apa yang ada di Kuala Lumpur pasti ada di Kota Bahru. Jadi,di manakah keberkesanan PAS?
3) Last skali,kenapa kita perlu membezakan diri kita dengan hanya kerana kita berbeza pendapat tentang pilihan team politik? adakah nanti di ‘padang masyar’ kita akan di tanya apakah pegangan politik kamu???
harap adalah yang sudi beri pendapat…
Ilmu untuk di kongsi…
wassalam
November 25, 2007 pada 2:52 pm
nikabduh
Salam Kamunting,
Ichiro,
Terima kasih kerana menjengok laman saya ini walaupun anda bukanlah peminat politik. Betullah, setiap yang kurang menekuni politik akan merasa keliru dan bosan dengan perihal politik apatah orang - orangnya. Penuh perbalahan dan perseteruan atau setidak - tidaknya salah - menyalah dan sindir - menyindir, sepertilah apa yang anda rasa melalui tulisan saya di atas dan siri - sirinya yang berkaitan.
Tetapi siapa pun tak mampu menafikan bahawa politik adalah unsur terbesar kehidupan ini. Tanpanya manusia hidup tanpa tamadun. Politik menentukan kelangsungan pembudayaan dan praktik ilmu dalam kehidupan. Politik seperti unsur air bagi kehidupan. Tanpanya kehidupan jadi kusam tanpa maya dan seri.
Lihat timbunan ilmu yang karam di khazanah menara gading dek polisi politik pemerintah yang memusuhi ilmu yang mereka jelikkan, sedang ia adalah kemuliaan. Lihat sampah sarap lampias nafsu kebinatangan yang membuntuti kehidupan manusia berlonggokan tanpa penyucian angkara dunia politik yang merelakannya. Pergaulan bebas, riba, rasuah, nepotism dan sebagainya adalah sampah yang membusuki kita, tetapi di mana kuasa untuk membantu kita?
Inilah kekejian politik yang sentiasa keji di sisi penjanggal politik seperti anda juga.
Ichiro,
Adapun kami, kami tidak keliru kerana kami hidup dengan memahami politik dan kami telah memilih sesuatu yang pasti dan haq dalam politik kehidupan. Jika anda memerhatikan, saya melalui tulisan saya di atas, saya sedang memisahkan antara politik Islam yang benar daripada politik Islam yang palsu yang berlambakan di dunia Islam yang tenggelam dan kelam hari ini. Anda tekuninya, anda akan memperolehi kejelasan pemisahan itu selepas anda keliru di awalnya seperti kandungan soalan - soalan anda itu.
Saya akan menjawab dalam kemudahan yang saya cuba semoga anda dan para pembaca mudah memahaminya, insya Allah.
Sebelum menjawab ketiga - tiga soalan anda, mari kita berkongsi perkara berikut.
1) Tiada yang lebih berharga di dunia ini selain memiliki hati yang bersih. Bersih hati bermula dengan mengenal Allah, tuhan pencipta. Tiada yang memperkenal Allah kepada manusia kecuali RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.
2) Mengenali Allah melorong kepada tunduk dan cinta kepadaNya. Maka terjadilah ibadah dan ketaatan sepenuhnya. Menjadi hamba sepenuhnya kepadaNya tanpa syirik dan sekutu.
3) Mengingkari perintahNya adalah lorong menuju kehancuran. Kehidupan di bayangi kepalsuan dan penipuan. manusia tertipu dalam sepanjang tempoh hidupnya kecuali yang beriman dan menurut kehendakNya.
Sekarang saya menjawab soalan anda:
1) Ya, kita bebas beribadat. Tetapi adakah anda bersetuju bahawa selepas bebas beribadah, maka kita juga bebas melaksanakan segala kewajiban suruhan dan laranganNya di negara kita ini? Bagaimana kewajiban lain dalam kehidupan? Kewajiban berhukum dengan hudud dalam jenayah? Kewajiaban bermuamalah tanpa riba? Kewajiban hijab dalam percampuran lelaki dan perempuan? Kewajiban ilmu agama di tempat pertama dalam dasar pendidikan negara?
Pas bukan berbeza dalam soal kebebasan beribadat, tetapi berbeza pada memahami Islam yang menyeluruh. Cinta dan Ketundukan yang total kepada kehendak dan hukum Allah di dalam Al Quran. Umno membelah - belahkan Islam mengikut nafsu tanpa panduan yang benar dari Al Quran.
Jika anda melihat Islam itu hanya pada rukunnya yang lima itu, maka salahnya pada anda sendiri kerana anda mengenali Islam yang tidak benar dan palsu. Islam adalah cara hidup. Cara hidupnya adalah isi Al Quran dan Al Hadis. Ia di masjid dan ia juga di parlimen.
Maksud firmanNya: ” Dan Dialah di langit adalah tuhan dan di bumi juga adalah tuhan.” Maka ke mana Umno mahu tuju selepas langit dan bumi?
Jika anda memahami Islam sebagaimana asalnya, maka kesilapan anda adalah pada melihat perselisihan Umno - Pas adalah pada lingkungan masjid dan pemakmurannya. Ini silap dan anda perlu terus menekuni dunia politik sebaiknya.
2) KL - KB sama? Begini, saya dan anda tak sama, tetapi saya dan anda juga adalah sama. Betulkan? Begitulah KL - KB. Biarkan yang sama kerana kesamaan bukan perbahasan di sini. Anda mahukan perbezaan yang membuktikan keberkesanan Pas.
Pertama, Pas mendakwa kesungguhannya mengamalkan Islam yang benar. Kewajiban pertama pemerintah ( sebagai mana dalam Al Quran ) adalah menyuruh rakyatnya solat lima waktu.
Anda pergi ke Masjid Muhammadi Kota Bharu? Saya hanya ingin memberitahu betapa orang dari luar Kelantan terpesona dengan jumlah ramai yang berjamaah di Masjid Muhammadi ( ah, pergilah ke masjid - masjid besar yang ramai penduduk sekitarnya di Kota Bharu ) hatta solat subh sekalipun.
Ini tidak berlaku di KL. Kemudian, risiklah jika anda mahu, anda akan mendapati mereka, majoritinya adalah penyokong dan pendukung Pas. kecintaan pada solat adalah lambang cinta pada Allah.
Ini indahnya Pas. Berpolitik demi mengajak manusia cinta pada Allah, bukan pada harta dan pangkat. Ini bukti dan Umno tidak mampu merampasnya. Rampaslah jika boleh dan jika mahu.. Mahukah Umno?
Juga, bandingkan kajian solat lima waktu di antara pelajar menengah di bawah sistem pendidikan pusat dan pelajar menengah di bawah Yayasan Islam Kelantan. Jawabannya, Umno malu untuk membandingkannya apatah mengisytiharkannya. Tidakkah dunia remaja kita hari ini parah kerana mereka tidak lagi tahu untuk solat lima waktu? Inilah kesan dasar pendidikan sekular negara yang meminggiri ilmu ugama yang menjadi cahaya penyuluh kehidupan.
Adakah anda yakin wanita muslimah di Kota Bharu pakaiannya sama dengan wanita muslimah di KL? Jika ya, sila bandingkan sekali lagi dan sekali lagi. Anda menyalahi tanggapan umum ( termasuk pelancong asing ) bahawa bandar Kota Bharu adalah bandar wanita yang bertudung. Nak pakai saudara atau masyarakat umum?
Anda melihat wanita dan lelaki yang pakaiannya menjolok mata? Ya, ia ada di Kota Bharu, tetapi;
1- Adakah ia suatu trend remaja Kota Bharu? Tidak!
2- Adakah ia hasil seruan Pas? tidak!
3- Adakah Majlis perbandaran MPKB-BRI tidak menanganinya? Tidak!
Mereka adalah mangsa dasar sosial negara ciptaan Umno yang buruk dan tanpa panduan Allah. Lihatlah apa yang Pas buat untuk memastikan mereka kembali kepada Islam.
Adakah pub dan pusat hiburan siang dan malam di KB sebagaimana ianya di KL? Adakah pusat judi yang berlesen di KB sebagai mana ianya di KL? Adakah berlambakan kedai - kedai menjual arak di KB sebagaimana ianya tanpa kawalan di KL? Namakan pusat pelacuran di KB sebagaimana ianya ditrade mark di KL? Adakah pesta - pesta hiburan melampau wujud di KB sebagaimana ianya galak di KL?
Anda harus tahu, inilah erti politikIslam yang diajar Allah dan RasulNya.
Ia membimbing sebagaimana ia memerintah ke jalan Allah.
Ingat juga, kuasa negeri jauh lebih kecil daripada kuasa pusat. Pas bergerak dalam kuasanya yang terhad.
3) Ya, ya, ya, kita akan disoal Allah perihal pegangan politik apa kita di dunia ini. Kita akan ditanya undi apa yang kita berikan pada setiap kali pilihan raya diadakan. Ditanya anda mengundi atau tidak. Ditanya anda benci atau suka pada kemaksiatan yang berleluasa. Ditanya apa peranan kita. Di tanya, ditanya dan ditanya.
Anda seperti lupa bahawa di akhirat nanti semua perkara di soal daripada sekecil - kecil sehinggalah sebesar besarnya. Semuanya diikuti pembalasan dan ganjaran. Semuanya demi keadilan dan kebenaran?Adakah anda lupa?
Itulah seburuk - buruk kelupaan!
Umno dan Pas adalah cerita besar! Cerita kebenaran dan kepalsuan. Apabila saya menulis di atas, saya hanya mahu meyakinkan betapa besarnya dosa memilih Umno yang menipu, menipu dan menipu demi survival untuk terus memerintah demi impian duniawi yang penuh kepalsuan.
Islam Hadhari adalah seburuk - buruk tawaran untuk rakyat anuti di Malaysia. Siapa pejuang yang berani menentangnya sebagai mana beraninya Pas?
Allah menunjuki kita semua ke jalanNya yang lurus. Amin.
November 29, 2007 pada 6:05 pm
Mehmet Fateh Thani
Buat Rangiku,
Cakap ntah apa-apa,
orang mane ko yek,pi la melawat kelate…
Cakap tak pakai hujah-hujah yang bernas langsung…
Bagi saya jawapan bagi luahan anda yang dankal tersebut termuat dalam berlambak-lambak web.
Carilah dari sumber Fikah,Tauhid,Semasa.
Kekawan orang macam ini ,biasanya dia mai laman-laman , baca sesikit fikir sejengkal pas tu buat konklusi dan kritikan macam budak sekolah rendah…
Hei…bagi dalil dan hujah kau jangan cakap macam budak ulu…tak dapat informasi…Buta akal…Buta hati…
Hang sembangla dengan Akhi Nik Abduh lagi baguih…
Kengkawan doakanla dia ni agar terbuka hatinya dengan perkara yang benar
Kesian saya pada orang macam ni,bersepah-sepah kat kampung-kampung,ulu-ulu tak ikut perkembangan semasa dan baca media UMYES sahaja…
Hiii!Tak taula saya…
Wassalam
November 29, 2007 pada 6:10 pm
Mehmet Fateh Thani
Kalau nak lihat keupayaan sebenar kami bagi kami kuasa sepenuhnya untuk memerintah,menggubal syariah bukan bagi menang satu dua negeri lepas tu suruh buat macam-macam…kami tak melakukannya memandangkan kuasa yang terhad…
COBA DULU BARU TAU!!!
Disember 2, 2007 pada 8:39 pm
ibnuahmad
ketahui sejarah serangan tragedi memali di kedah dgn fakta! lawat http://syafiqthink.blogspot.com. ana tahu ust dh tahu cuma kite same2 kita saling igt mengingati..
Disember 13, 2007 pada 12:15 pm
ilmto
kepada ibnuahmad,
Mane bukti yang mengatakan ada penghapuskan kat memali tu , setakat tulisan tidak membuktikan ape2. buktikan secara zahir . andai kata pembongkaran itu adalah bersulamankan kebenaran anda akan dapat PAHALA ,tapi jika tidak anda akan menangung DOSA . tahukah, anda FITNAH itu lebih besar dosanya dari berzina. tidak takutkah anda akan seksa Allah taala jika tulisan itu bersulamkan penipuan ,pembelitan,segala kekejian . kenapa tidak anda mendengar kedua-dua pihak . buat kajian sedalam-dalamnya hingga berjumpa puncanya . semoga anda sihat sentiasa .
Disember 13, 2007 pada 12:37 pm
ilmto
kepada nikabduh,
berikan masa saya untuk membuat sedikit kajian tentang apa yang telah disampaikan
Disember 13, 2007 pada 12:47 pm
ilmto
kepada nikabduh,
Adakah anda mahu menerangkan kepada Ichiro bahawa betapa bodoh parti politik umno tidak mengamalkan hukum Allah iaitu hukum hudud. hukum ini menarik untuk dibincangkan .
Disember 15, 2007 pada 10:57 pm
nikabduh
Salam Kamunting,
ilmto,
Terima kasih atas kesungguhan saudara untuk melakukan kajian. Kenali Umno dan kenali Pas. Atau, kenalilah Islam selumatnya. Sebagaimana saudara, saya juga terus mengkaji dan mencari..
Ya, betapa bodohnya UMNO. Tetapi saya lebih bermaksud.. betapa zalimnya UMNO meninggalkan hukum Allah yang pasti/qat’ie. Allah menamakan peninggal hukumnya dengan kalimah zalim, fasiq dan kafir. Lihat al Maidah ayat 44,45, 47. Hukum selain Islam adalah jahiliyah/kebodohan. Lihat al Maidah ayat 50.
Disember 18, 2007 pada 10:57 am
ilmto
kepada nikabduh,
Anda mengatakan kepada saya pada comment yang lepas di perenggan 5 “Jka anda menelaah Al Quran, tiada salahnya mengutuk kezaliman”.
berikan saya sepotong ayat al quran tentang ‘mengutuk kezaliman’ seperti yang anda berikan saya diatas.
Disember 18, 2007 pada 6:23 pm
suara
Minta ustaz nik jwb cabaran di sini
Disember 20, 2007 pada 9:27 pm
nikabduh
Salam Kamunting,
ilmto,
Tunggu. Saya panjangkan dalam entry saya nanti. Ia bermanfaat, insya Allah.
suara,
Rasanya artikel itu belum habis. Adabnya, biar dihabiskan dulu. Menarik tulisan SS Dr MAZA itu. Umumnya saya setuju. Mungkin saya menjawabnya dalam konteks PAS. Kerja saya menghilang kekeliruan, bukan menambah ‘ceroi’ atau sengketa.
Disember 21, 2007 pada 8:06 pm
Xx-Dervish-xX
marilah kita berbincang tanpa melibatkan emosi.
gunakan akal dan adab islam.
untuk tidak mengatakan tiada nombor ekor dan arak tidak dijual secara bebas adalah tidak betul….
mari kita menjegah ke kelate
*inginkan pelacur? pergi sahaja di jln hamzah ataupun hotel yg berada dekat dgn Mydin.
*inginkan arak dan nombor ekor di pasir mas sahaja lebih daripada 4 buah kedai. tidak termasuk “ulat” melayu yang menjual nombor. tanya sahaja penjaja @ atau pak guard mereka tahu sape mereka?
*tuak masam pergi sahaja di tumpat atau di kelar (pasir mas)
*penyalahgunaan dadah atau pengedar masuk sahaja di kg2 dan tanya pemuda di sana.
*karoke, kedai pelayan umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
pandai cakap boleh la bawak balik pelayan kat umah. setakat raba biasa.
byk lagi perkara yg saudara nik abduh x terlihat di kelantan mungkin mata saudara terlindung oleh BULAN hinggakan nampak kesalahan dacing sahaja.
tapi saya x mengutuk pemerintah apatah lagi tuan guru nik aziz di atas perkara yg berlaku, tapi melaknat maksiat itu.
tentang skuad AMRU yang hanya pandai mengintip org khalwat sahaja bukannya mencegah tapi membiarkan mereka berkhalwat dahulu baru ditanggkap. itukah kehendak ISLAM? bukanya mencegah!!!
Adakah anda yakin wanita muslimah di Kota Bharu pakaiannya sama dengan wanita muslimah di KL? Jika ya, sila bandingkan sekali lagi dan sekali lagi. Anda menyalahi tanggapan umum ( termasuk pelancong asing ) bahawa bandar Kota Bharu adalah bandar wanita yang bertudung. Nak pakai saudara atau masyarakat umum?
tentang ini adakah saudara yakin muslimah yg dianggap oleh saudara semuanya berpakaian menutuop aurat?
jgn membutakan mata saudara kerana taksub atau terlindung dek bayangan bulan.
bersambung xP
Disember 21, 2007 pada 8:26 pm
Xx-Dervish-xX
Islam Hadhari adalah seburuk - buruk tawaran untuk rakyat anuti di Malaysia. Siapa pejuang yang berani menentangnya sebagai mana beraninya Pas?
apa salah islam hadhari? jgn asyik membangkang sahaja.
tentang perlaksanaan hukum hudud yang digembar-gemburkan oleh pihak saudara dan jawapan utuk GuBeduh. kenapa perlu takutkan kerajaan PUSAT bukankah didalam ceramah PAS selalu berkata kita mestilah takut kepada ALLAH. mana pergi semangat tersebut adakah hanya gah di pentas ceramah tapi layu di dunia reality?
islam bukan sahaja HUDUD wahai saudara sekalian byk lagi perkara yang terkandung dlm Islam. Malaysia tidak dianggap negara islam oleh kerana tidak melaksanakan hukum hudud. tapi saudara jika orang tidak menunaikan haji adahkan dia bukan ISLAM kerana menunaikan haji adalah rukun ISLAM.
islam adalah agama pemaaf wahai saudara sekalian
mengenai ketaksuban lihatlah calon parlimen rantau panjang pas saudara daeng yg diimport entah dari mana tapi masih menanag. maka keluarlah kata2 “Pas hanya perlu meletak kopiah pun akan menang di kelantan”. itu dahulu tapi cubalah sekarang ? mungkin menang lagi?
“Akan ada para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar tersebut) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak selagi mana mereka bersolat” (Riwayat Muslim).
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lembut, mudah-mudahan dia beringat atau takut”.( Taha: 43-44
cukuplah sekadar ini untuk sekarang. sedia berkongsi pendapat dengan semua saudara sekalian dgn hati yg berlapang dada!!!!!
Disember 23, 2007 pada 12:32 pm
amrishah
Betul apa yang saudara Dervish kata,
Pelacur di jalan Hamzah, no. ekor di Pasir Mas ada 4, Tanah merah pun ada, Kota Bharu Lagi lah ada, Tuak masam ada di Kelar Pasir Mas, Tumpat, Kedai Pelayan berlambak, pandak bodek bagi umpan dapat bawak balik, gosok-gosok tu biasa,
Betul sekali apa yang dervish kata.
Member saya yang biasa saya minum kopi bersama pun bersepakat dengan dervish. Di Kelantan anak dara mudah dibawa kemana sahaja, bini prang pun mudah, apa lagi janda. Semua member saya berpendapat begitu. Lebih kurang 10 orang member saya bersuara, mereka pun pernah cuba, tiap hari tikam nombor ekor, judi ewak jarang-jarang tempat laga ayam, anak dara amat disukai, jandapun lagi baik sebab pandai simpan, filem blue tersimpan dalam setiap handphone, masjid jarang-jarang, solat jemaah takut. mereka semua sependapat dengan Dervish. Sebab Mereka ORANG UMNO. tapi dervish mungkin ORANG CINA kalau ikut nama.
Betul sekali pada yang Dervish kata,
Sebab dia pernah mencuba SEMUANYA, dicari oleh orang-orang UMNO setiap malam, semakin kuat sokong UMNO semakin kuat orang itu mencari benda-benda yang jijik itu. Dalam 10 orang member saya cuma seorang sahaja yang juga UMNO tapi tak buat perkara-perkara terkutuk kecuali tengok blue, katanya dosa kecik sahaja.
Disember 24, 2007 pada 9:08 pm
nikabduh
Salam Kamunting,
xx-dervish-xx
Arak dilesenkan secara terhad kepada pekedai bukan Islam. Islam tidak melarang mereka. PAS ikut Islam. Beza PAS-Umno, Umno membenarkan untuk semua. UMNO ikut Islamkah begitu?
7 eleven di Kelantan tanpa arak sebab ia akses umat Islam juga. Saya sering dengar keluhan rakan semasa menyampaikan kuliah ugama di luar Kelantan betapa 7 eleven menjadi pemangkin gejala munkar dalam masyarakat Islam kerana arak dan kondom dijual secara terbuka.
Kaki arak Melayu mencuri - curi beli di kedai Cina. Jika dibuktikan, tindakan diambil ke atas pekedai itu. Saya sebagai ahli majlis MPKB-BRI cukup mengetahuinya. Bulan memberi saya sinar untuk melihat itu, bukan menutupi.
Adakah kami dipertanggung jawabkan oleh Allah pada perkara di luar kawalan dan kuasa? Adakah anda yakin UMNO seperti PAS dalam hal ini?
Pelacuran diharamkan. Punca - puncanya ditutup dengan kuasa yang ada. Pencegahan terus menerus dilakukan. Ingat, pelacur tetap ada selagi syaitan tak mati.. Islam, dengan kuasa yang diberi, mewajibkan pencegahan dan hukuman.
Adakah anda fikir, jika ianya sebuah negeri/negara Islam, pelacur jadi tiada? Sekali lagi, adakah anda fikir begitu?
Anda lemah sekali berhujah. Fahamilah dengan baik, Dalam negara Islam, maksiat bergerak dalam ketakutan diburu. Di negara bukan Islam seperti Malaysia kita, maksiat seseronok UMNO. Mereka bergandingan tangan bantu - membantu.
Samakah PAS-UMNO?
Tanya pelacur (jika anda kenali mereka) atau tanya pelanggannya ( jika anda sebaliknya), senangkah melacur secara terbuka di Kota Bharu? Atau mana senang antara KL-KB-Kuantan-JB dan lain - lain?
Tanya pihak hotel di KB, adakah mereka suka dikenali sebagai hotel pembekal pelacur seperti di KL? Atau mereka takut, walaupun mereka membekalkannya.
Kadang - kadang saya kecewa dengan penghujahan orang jahil hukum Islam seperti anda, tetapi berlagak tahu dan tahu. Ingat, tiada pahala pada berhujah secar jahil..
Anda seolah - olah ingin membenarkan UMNO dan maksiatnya dengan berkata PAS-UMNO sama saja!
Umat Islam Di Malaysia hanya ada dua pilihan dalam pemerintahan, UMNO atau PAS. Jika Tabligh ( saya misalkan dengan penuh mulia hati) lebih baik dari Pas untuk Islam, silalah minta kuasa melalui pilihan raya. Saya berikan undi untuk mereka.
Jangan minta kuasa cara Arqam. Makan diri pada langkah pertama lagi.. Terima hakikat kita hidup dalam sistem bukan Islam. Sistem demokrasi barat ala Malaysia yang korup sekali demokrasinya.
Atau sila anda beritahu saya, siapa lebih baik? UMNO lagi? Anda undi apa? Jika anda tidak mengundi, bagaimana anda boleh hidup dalam dunia kritik, kritik, kritik?
Begitulah dalam hal nombor ekor, pelayan wanita tak senonoh, karaoke dan lain - lain yang anda sebut dan tak sebut daripada unsur - unsur maksiat. Fahamilah tuntutan kuasa, hadnya, penguat kuasaannya dan komitmen selepas anda memahami hasrat dan dasar.
Perihal muslimah KB menutup aurat, adakah anda fahami tulisan saya mengatakan semua muslimah tutup aurat? Tidak. Jangan gelojoh menikam pada bayang - bayang di kepala sendiri. Saya kata bandar KB lebih baik. Kesannya adalah dakwah Islam oleh pendakwah yang disokong sepenuhnya oleh kerajaan Kelantan. Samakah dengan KL?
Tidakkah saya telah memperakui kewujudan muslimah yang memakai cara menjolok mata? Bacalah dengan insaf, bukan secara kasyaf syok sendiri semata mata untuk menghujah saya.
Perihal skuad samada daripada Jabatan Ugama atau MPKB-BRI, saya hanya ingin bertanya, anda yakinkah jika ianya betul seperti dakwaan itu, maka itulah arahan yang diberikan? Ingat, pencegahan maksiat penuh prosedur yang dibincang lama oleh pegawai ugama/pihak berkuasa. Janganlah tuduhan melulu di kedai - kedai kopi dipetik di sini untuk penghujahan yang memesongkan kebaikan dan keberkesanan skuad itu. Kuatkan hujah dengan fakta. Jika tidak, saya dan yang lain merasa bodoh sahaja untuk menjawabnya.
Saya cukup tahu, kita di Kelantan lebih berkesan tindakan kita berbanding negeri lain. Sebabnya, Kerajaan sendiri menggerakkannya tanpa halangan dan arahan menghadang perjalanan..
Perihal Islam Hadhari, anda ketinggalan. Anda kata apa salahnya? Saya jawab, dah salah, salahlah. Jika anda betul - betul nak tahu, bacalah penghakiman yang telah dihurai dan ditulis mengenainya. Jangan fahami dan menghukum daripada satu pihak jika ianya satu perselisihan. Sekadar berkata apa salahnya(?), seronokkah anda hidup kehairanan begitu?
Hujahan lawan hujahan. Bukankah Islam Hadhari telah 5 tahun dijaja Pak Lah? Bukankah 5 tahun juga hujahan menentangnya wujud? Di mana anda sejak 5 tahun itu?
Perihal hudud, perhatikan hujah anda. Sekali lagi, anda perhatilah hujah anda itu. Mengesahkan anda tak tahu apa - apa perihal undang - undang Islam. Allah mewajibkan hudud ke atas penguasa. Kerajaan Kelantan tiada kuasa. Kuasanya terhad. Zaid Ibrahim pun tahu, anda boleh tak tahu?Teruk. Belajarlah, semoga umur anda diberkati Allah.
Perihal ayat dan hadis yang anda kemukakan, saya sedih hati penghujahan ber-NAS-kan itu dibawa secara rawak tidak pada tempatnya.
Tak apalah, untuk manfaat anda khususnya, saya jawab..
Maksud perangi itu adalah dengan senjata. Ini pendapat penuh ulama. Adakah PAS lawan UMNO dengan senjata??????? Fahami hadis nabi baik - baik jika anda ingin berhujah dengannya.. Jika tidak, anda yakin dapat pahalakah dalam dunia jahil itu?
Ayat itu, ya. Kata - kata yang lembut adalah hikmah dalam dakwah. Tiada khilaf pada benarnya. Tapi, fahami juga maksud ‘ asyidda u ‘alal kuffar’ dalam ayat yang lain. Ingat, HIKMAH agung adalah sunnah dan sirah rasuluLLah.
Jika anda ingin berhikmah, jangan berhujjah dengan satu dua ayat. Perhatikan nas - nas lain, pelaksanaannya oleh Rasul, sahabat dan para ulama…
Lembut adalah asas hikmah. Tetapi ia tidak menafikan peranan lawannya, keras. Yang penting, kata - kata itu sampai ke lubuk hati, sehingga sang ‘munafik’ sedar. Anda cari ayat itu dalam surah An Nisa’. Cari, jangan tak cari.
xx-dervish-xx,
Saya cuba menjawab hujahan anda sebaiknya. Harapan saya, susun kemaskan aturan hujahan anda sehingga saya dan pembaca seronok menelitinya. Jika tidak, saya mungkin menarik diri daripada menjawabnya, walaupun saya akan terus benarkan penyiaran tulisan anda seperti mana yang lain. Begini untuk anda, begini jugalah harapan saya terhadap yang lain.
Ruang komen saya harapnya bersifat celoteh ilmiah yang bagus - bagus. Baru ummp khalayak membacanya. Saya doakan anda terus menerus membaca, memerhati dan komenlah juga. Terima kasih..
Amrisyah,
Cara anda ni berhikmahkah? Saya fikir xx-dervish-xx tak selesa cara ini. Fikir - fikirkan
Disember 26, 2007 pada 2:33 am
Xx-Dervish-xX
ada jugak yg nak berkongsi pendapat. untuk amrishah ini jawapanya.
“Betul sekali pada yang Dervish kata,
Sebab dia pernah mencuba SEMUANYA,”
saudara apabila kita bercakap tentang syurga & neraka adakah saudara pernah merasa atau pergi ke neraka atau syurga? cepat sekali anda menghukum orang. jgn terlalu taksub. pemikiran yg taksub & cepat menghukum inilah yg merosakkn Islam. jgn cepat menghukum kerana taksub dan kejahilan. kalau nak menghukum pun hukumlah dgn keluasan islam bukan kerana sentimen!
seperti yg saya cakapkan saya melaknat perbuatan maksiat tapi tidak melaknat kerajaan negeri!!
kalau saudara membuat maksiat diantara anda dgn Allah tak kiralah dosa besar atau kecil tak perlu nak diceritakan keranaa maksiat itupun dah ditutupi oleh Allah dgn tabir2nya. hanya anda dgn Allah sahaja mengetahuinya!!.
tapi dervish mungkin ORANG CINA kalau ikut nama.
nampaknya saudara perlu mencari makna DERVISH terlebih dahulu!!
mungkin pemikiran macam saudara lah yg memaksa saudara baru menukar nama bapa mereka dgn Abdullah!!!
saudara cari dahulu maksud tersebut sebelum main hentam sesuka hati!
akhir kata bukanlah minda saudara dan gunakan akal yg Allah berikan terangilah hati dan pemikiran saudara jgn dibiar GERHANA sepanjang masa!!!
terima kasih!!!
Disember 26, 2007 pada 4:02 am
Xx-Dervish-xX
terima kasih saudara nik abduh menghurai dengan begitu panjang sekali. saya ingin tegaskan disini saya bukan bercakap diatas kepartian atau kejumudan!! bukan juga nak mencari sape yang lebih maksiatnya seperti yg dicanag oleh pihak saudara.
”
PAS ikut Islam. Beza PAS-Umno, Umno membenarkan untuk semua. UMNO ikut Islamkah begitu?”
UMNO juga tidak membenarkan untuk semua!! seperti yang saudara sendiri cakapkan~Kaki arak Melayu mencuri - curi beli di kedai. tapi tidak pulak saya tahu kondom tidak boleh dijual secara terbuka di kelantan
“Bulan memberi saya sinar untuk melihat itu, bukan menutupi.
Adakah kami dipertanggung jawabkan oleh Allah pada perkara di luar kawalan dan kuasa? Adakah anda yakin UMNO seperti PAS dalam hal ini?”
tapi saudara lupa dari mana “SINARAN” bulan tersebut :)!! perkara yg diluar kawalan seperti jugaklah UMNO- diluar kawalan. ingin memeluk gunung tapi tangan tak sampai :)- Allah maha mengetahui & maha adil
“Di negara bukan Islam seperti Malaysia kita, maksiat seseronok UMNO. Mereka bergandingan tangan bantu - membantu.”
seseronok saudara yg menghentam
seperti yg saudara terangkan diluar kawalan :)- walaupun dah mencuba mencegah semampu yg boleh
sesiapa pun tidak mahu dicap sebagai pembekal pelacur saudara. ;}
“Kadang - kadang saya kecewa dengan penghujahan orang jahil hukum Islam seperti anda, tetapi berlagak tahu dan tahu. Ingat, tiada pahala pada berhujah secar jahil..”
- iya saya masih lagi jahil sebab itulah saya dituntut menuntut ilmu sampai ke liang lahad.
“Sistem demokrasi barat ala Malaysia yang korup sekali demokrasinya.
Atau sila anda beritahu saya, siapa lebih baik? UMNO lagi? Anda undi apa? Jika anda tidak mengundi, bagaimana anda boleh hidup dalam dunia kritik, kritik, kritik?”
sistem ini lah yang diaggap barat dan korup inilah yang memenagkan anda di kelantan
saya bukanya hakim yg menetukan yg mana lebih baik @ atau tidak kerana manusia tidak maksum dari melakukan kesalahan walaupun “mereka” dah cuba dgn sedaya yg mungkin utk mengelak kesahalan tersebut. Berpolitik tapi jgn jadi hamba politik hinggakan sentiasa berada dalam gerhana
dan membiarkan matlamat meghalakan cara dan melahirkan “Robin Hood”
tentang skuad tersebut bukanlah cerita melulu saudara mungin ini diluar kawalan saudara :)- mereka memerhati dahulu pasangan tersebut melakukan maksiat barulah ditangkap mungkin seronok agaknya menagkap daripada mencegah
tentang islam hadhari tidak perlulah saya terangkan panjang lebar kepada saudara kerana ada pihak saudara sendiri mengatakan elok Islam hadhari kalau dilaksanakan.
tentang hudud bukanlah tidak mahu melaksanakan- UMNO bukan “keseorangan” dlm kerajaan. kerajaan sendiri melaksanakan ape yg termampu kerana islam juga ade takzir.
kalau M’sia bukan negara Islam kerana tak termampu melaksanakan maka bukanlah negara islam?
jikalu begitu sesiapa yg tidak menunaikan haji maka bukanlah orang Islam!
mengenai hadis tersebut bukanlah saya mengatakan PAS melawan dgn senjata tapi hanya berpesan pada saya dan saudara sekalian jgnlah nak berperang sesama sendiri hinggakan sanggup mengelar meraka munafik kufur setan dan sanggup memancung kepala mereka yg tidak sefahaman dgn mereka.
saudara nik abduh saya telah cuba menjawap dan juga cuba untuk menyusun dan mengemaskan comment saya dgn sebaik mungkin walaupun tidak lah sebaik saudara kerana saya bukanlah org yg berkepentingaan dlm “politik”
saya memberi comment bukan hendak meencari sape yg salah sape yg menang sekadar bertukar fikiran dan menggunakan akal sahaja.
Begini untuk anda, begini jugalah harapan saya terhadap yang lain.
tentang amrisyah tidaklah saya terkejut kerana ada dianatara mereka yg mengunakan emosi dan nafsu mereka kedepan
mungkin mereka menjdikan nafsu sebagai tuhan mereka. cari jgn x cari
akhir kata- BULAN MEMANG INDAH DARI JAUH TAPI APABILA MENDEKATINYA MAKA TAHULAH BULAN PENUH DENGAN LUBANG-LUBANG
Surah al-Maidah: 8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
TERIMA KASIH
Disember 27, 2007 pada 10:29 am
qalbi
assalamualikum..
saya begitu tertarik dengan comment Dervish yang tidak putus². apabila membacanya, seolah-olah berada dalam keadaan yang benar. sejak bangkitnya nabi SAW sehingga kini, penentangn terhadap Islam tidak pernah putus². sama ada musuh dalam liptan mahupun tidak. saya tidak mengatakan Dervish ini musuh, bahkan saya menganggap Dervish sebagai lawan yang berada dalam seangkatan.” ingin hidup bersama ISLAM”. para sahabat juga bertentangan pendangan, apatah lagi kita ini di zaman tersebarnya fitnah dan zaman lemahnya Islam. apabila menyebut POLITIK maka terpancul di kepala kita CACI-MAKI dan FITNAH².
Pemerintah di Malaysia adalah hasil dari majoriti pemilihan rakyat. parti yang banyak undian di dalam pilihanraya, maka parti itu akan memerintah. tiada sistem yang lain untuk memerintah melainkan melalui parti-parti di Malaysia. maka PAS adalah satu-satunya parti yang berdaftar untuk memerintah di Malaysia. Di dalam perjuangan PAS, apa² yang bertentangn dengan Quran dan sunnah SAW, adalah terbatal. berbanding dengan parti lain, perjuangn mereka tidak dibatasi dengan sesuatu yang jelas. siapa sahaja boleh mengkaji Quran dan sunnah SAW, dan apabila PAS bertentangan dengan dua sumber tersebut maka PAS sama seperti parti² lain cuma bertopengkan nama islam. **saya akan jelaskan lebih lanjut lagi mengenai : apabila PAS membuat kesalahan… berdasarkan permintaan ramai. insyallah, jika ada kelapangn…
apabila ada yang bertanya: PAS berkompromi@bersatu dengan parti bukan Islam.
saya mengandaikan@memisalkan PAS adalah seorang manusia yang beragama Islam dan beriman. Adakah seorang yang beragama Islam dan beriman itu tidak akan melakukan kesalahan?. jawapannya pasti pernah dan begitu juga PAS. bagaimanakah orang Islam dan beriman itu berada dalam jalan yang benar?. melalui Quran dan sunnah SAW dan begitu juga PAS. bagaimana kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam dan beriman tersebut?. jawapan melalui perbuatan tangan, telinga, mulut, mata dll dan begitu juga PAS melalui anggota partinya.(saya rasa mungkin dah terjawab serba sedikit persoaln “apabila PAS membuat kesalahan”).
mengenai PAS bersatu berkompromi dengan parti bukan Islam. jawapannya adalah: adakah orang Islam dan beriman itu boleh berkawan dengan orang bukan Islam?. Adakah orang bukan Islam tidak boleh dibawa berjalan, atau berbincang, atau berniaga sesama mereka atau belajar bersama mereka?.
khulasahnya@kesimpulannya: muktazilah, khawarij, murjiah dll merupakan angkatan yang terbanyak pengikutnya berugama Islam, tetapi sebenarnya pemimpinya menentang Islam dengan bertopengkan Islam.
Disember 27, 2007 pada 2:54 pm
ilmto
Anda mengatakan saya keliru politik . bagi anda yang faham APA ITU POLITIK?,
apa ia ,
Hanya satu pendapat , politik adalah satu penguasaan perasaan . siapa yang menguasai dan siapa dikuasai . kuasai tentulah peminpin dan dikuasai ialah pengikut. Ia juga boleh dikatakan kepercayaan rakyat kepada peminpin. Apa yang diperjuangkan oleh ahli
politik ‘Idealisme’ Idealisme termasuklah idea mempertahankan hak satu-satu kaum., seperti hak beragama
Apa pula makna politik islam , hanya satu pendapat : ia adalah perlakuan yang berlandaskan Al quran dan sunnah . Berasaskan iman dan takwa . Adil dan kejam
Orang cerdik pandai yahudi mengatakan politik itu
‘Hak’, HAK adalah suatu idea yang abstrak dan tidak dapat dibuktikan . Perkataan tersebut tidak lebih hanyalah sekadar memberi maksud :- berikan apa yang saya inginkan supaya dengan itu saya dapat membuktikan bahawa saya lebih kuat daripada anda . Hanya seorang yang dilatih semenjak kecil lagi untuk pemerintahan yang merdeka dapat memahami perkataan politik
Zahrin Zahran (Menulis untuk blog Black@Amin Iskandar)
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
Saudara nikabduh mengatakan kepada saudara ichiro:
Politik adalah unsur terbesar kehidupan ini. Tanpanya manusia hidup tanpa tamadun. Politik menentukan kelangsungan pembudayaan dan praktik ilmu dalam kehidupan. Politik seperti unsur air bagi kehidupan. Tanpanya kehidupan jadi kusam tanpa maya dan seri.
Saidina Umar bin al-khattab mengatakan :
Bagi rakyat , pemerintah ialah satu kesempatan , tetapi bagi umar ialah satu bebanan. Bagi rakyat, pemerintahan ialah kuasa , tetapi bagi umar ialah tanggungjawab.bagi rakyat ,kuasa ialah kekuatan ,bagi umar ialah amanah. Bagi rakyat, kelemahan ialah keperluan , bagi umar ialah perhitungan . bagi rakyat, perhitungan ialah ketaksuban , bagi umar ialah keruntuhan . bagi rakyat, keruntuhan ialah luaran , bagi umar ialah dalaman , bagi rakyat dalaman ialah hasil pengumpulan yang diagih-agihkan, bagi umar ialah kejujuran dan kebersihan yang harus diperketatkan
SUDUT PANDANGAN HIDUP
Bagi memahami politik dalam kontek Malaysia mari kita mengkaji tiga parti melayu yang berpecah iaitu PAS,UMNO,PKR dari sudut pandangan hidup masing-masing .ini juga hanya satu pendapat yang boleh difikirkan bersama .
Sebelum saya mengkaji lebih mendalam kita perlu faham apa itu Pandangan Hidup. Setiap manusia berfikir dan bertindak berdasarkan keadaan yang telah dilihat , diperhati dan dirumus didasarkan persekitaran sekeliling .
Ambil sebagai contoh, pergeseran pendapat tentang moral orang kelantan yang dibincangkan oleh saudara xx-dervish-xx dengan saudara nikabduh. Antara kedua-dua pendapat mana yang betul dan mana yang salah . jawapan yang seimbang adalah adalah dua-dua adalah betul, kenapa ? sebab ia melihat dari sudut prospek yang berlainan walaupun dalam negeri yang sama. Atau contoh yang paling mudah, cerita 3 orang buta menilai rupa seekor gajah yang sama, anda pun boleh tahu apa yang terjadi cerita seterusnya…
Orang bijaksana mengatakan
Henry ford : sama ada anda berfikir yang anda akan berjaya atau gagal – anda adalah benar
Buddha : kita hari ini adalah hasil dari apa yang kita fikirkan dahulu
Bible/Injil : apa yang anda fikir , adalah anda
Bagi sudut politik ia adalah, apa yang difikirkan oleh peminpin , dan kenapa rakyat mengikut pandangan peminpin tersebut .
UMNO
Pada pandangan peminpin umno, politik yang di bawa oleh parti umno mencakupi hak beragama dan meterialistik, atau boleh dikatakan parti yang sederhana. Agama dijadikan panduan , meterialistik dijadikan tindakan . peminpin umno juga berpendapat untuk meningkatkan taraf hidup dan membawa agama islam ke arah kegemilangan adalah pendidikan yang sistematik. Selain itu umno telah membuktikan dengan meningkatkan taraf hidup rakyat seluruh kaum secara kasar.
Pada pandangan orang umno kenapa mahu mengubah keadaan , negara ini telah ditakbir orang yang layak mentadbir , biarkan begitu , mengubahnya akan mewujudkan ketidakstabilan. Pada pandangan orang umno mana bukti pihak lain memperjuangkan islam dan umat melayu secara terang-terangan
PAS
Setelah saya meneliti tulisan saudara, boleh saya katakan anda menentang umno kerana pada pandangan anda tentang adalah umno HANYA mementingkan keduniaan semata-mata.
Pada pandangan peminpin pas , keimanan dan ketakwaan terhadap Allah taala adalah kunci manusia itu berjaya . Sehubungan dengan itu dua sifat mesti di serapkan setiap orang pas . Peminpin pas berpandangan islam adalah suci , ia tidak boleh di ubah-ubah , mesti dalam bentuk yang sama . Terkeluar dari lunas islam adalah di larang sama sekali., dan di katakan kafir
Pada pandangan orang pas , politik yang di bawa oleh parti pas adalah Islam yang satu , islam yang suci ,. Setiap yang di fikir , bertindak, amalan berlandaskan islam. Jika anda mengikut amalan islam anda pasti berjaya didunia dan akhirat pada pandangan orang pas
PKR
Pada pandangan orang pkr, keadilan adalah sejahteraan dalam hidup. Tanpa keadilan akan berlaku banyak penyelewegan. Reformasi dijadikan satu tindakan pengerak ketidakpuashatian terhadap satu-satu perkara. Satu cara untuk membakar semangat terhadap ketidakadilan , seperti hang jebat yang bencikan ketidakadilan rajanya (raja adil raja disembah , raja zalim raja disanggah)
Pada pandangan peminpin pkr untuk menwujudkan negara yang baik , segala unsur negatif mesti di hapuskan dulu, seperti rasuah , pemerintah yang zalim . Reformasi secara aman dijadikan pengerak untuk meruntuhkan negara . Tujuan reformasi adalah untuk membina negara yang BERSIH dari ketidakadilan , kerana unsur yang tidak adil terhadap negara akan meruntuhkan negara dengan sendiri.
Inilah pendapat saya, terhadap sudut pandangan hidup ketiga-tiga parti politik dimalaysia. walaupun pada hakikatnya masih banyak benda yang perlu dibangkitkan dan banyak persoalan yang belum terjawab berdasarkan pernyataan saya di atas
Secara jujur saya tidak menyuruh mempercayai setiap apa yang di tulis , tapi mengalakkan berfikir terhadap isu yang besar ini. Mungkin setengah perkara atau semua perkara tidak dipersetujui oleh ahli parti yang terbabit.. itu tidak mengapa. Berikan pendapat anda , saya akan mendengarnya . mengkaji sedalamnya.
BERSATU
Surah asy-syuura
Ayat : 13
Yang bermaksud , Dia telah mengaturkan agama bagimu , sebagaimana telah di wasiatkannya kepada Nuh, dan yang kami wahyukan kepadamu , dan yang kami wasiatkankepada Ibrahim,Musa dan Isa , iaitu : hendaklah kamu dirikan agama dan janganlah kamu berpecah-belah dalam beragama . Berat bagi orang-orang musyrik (menerima) apa yang yang engkau serukan kepada mereka (iaitu mengesakan Allah ) . Allah memilih kepadaNya siapa yang dikehendakiNya dan menunjuki siapa yang kembali kepadaNya
Bagi anda yang bertanya kenapa saya membahagikan kepada ketiga pandangan iaitu UMNO, PAS,PKR. Jawapannya adalah BERSATU . KENAPA,MENGAPA ,BAGAIMANA ,APAKAH yang menyebabkan umat melayu berpecah kepada 3 kesatuan , mana silapnya . Itu persoalan yang besar yang mesti orang melayu menjawab . salah satu saya telah jawab satu daripada iaitu sudut pandangan hidup yang berbeza, jadi apa lagi . Persoalan ini diberi kepada orang melayu yang mahu berfikir , memahami,mengambil tindakan ke atas apa yang berlaku.
Kesimpulan
Dari apa yang saya tulis ini pasti banyak menimbulkan persoalan lain, contoh kenapa politik islam adil dan kejam ,penulis sesat kah ? dan kenapa wujud pandangan hidup setiap parti , kenapa turunkan satu surah , tapi tidak memberikan kefahaman kepada surah itu. Saya tidak kata separuh atau semua betul , semua itu masih lagi dalam penelitian dan pasti mengambil masa yang lama , mungkin bertahun . Anggap tulisan saya ini adalah ilmu kesejahteraan,jika ia fitnah , buang ia kerana akan merosakkan umat dan mendatangkan dosa, saya takut DOSA dan seksaan Allah Taala . Dan jika teori saya itu adalah salah , saya pasti menentang sekeras-kerasnya .Semua itu pasti saya akan jawab dalam blog ilmto, hanya masa menentukannya.
sekian
Rujukan
Prof.Dr.h.Mahmud Yunus (1957), Tafsir Quran Karim, P.T.Hidakarya Agung
Mahmud Awad (2002),Ahli politik sepanjang zaman & pemerintahan paling bersih,Pustaka syuhada
Frank Tibolt (1996) Sentuhan Kejayaan,Thinker’s Library
Victor E.Marsden (1999),Protokol-protokol mesyuarat para peminpin ilmuan zionis dengan prakata dan nota-nota penjelasan, Thinker’s Library
Zahrin Zahran(November 28,2007),Politik Gangsterisma,blog Amin Iskandar @ Black
Sang Tempur, S. S. Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Negeri Perlis ( Disember 2007) Pemberontakan Kuasa: Antara Emosi Dan Penilaian Seimbang,Blog Sahabat Mantap
TULISAN TIDAK DIBENARKAN DI TERJEMAH DALAM BAHASA LAIN TERUTAMA BAHASA INGGERIS. HANYA UNTUK BAHASA MELAYU DAN ORANG MELAYU
Kerana ada protokol.
BAHASA ITU BUDAYA
BAHASA ITU ILMU
BAHASA ITU KEWUJUDAN
Disember 28, 2007 pada 2:02 am
Xx-Dervish-xX
waalaikumussalam……….
terima kasih kepada saudara qalbi yg sanggup berkongsi pendapat.
saya bukanlah “lawan” seperi mana yg difahami oleh saudara. :)]
tapi cuma untuk mengajak berfikir
Surah Saba ayat 46: Katakanlah: “Aku hanyalah menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu mengadap Allah (bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah), sama ada dengan cara berdua, atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikirlah (untuk mengetahui salah benarnya) sebenarnya tidak ada pada sahabat kamu ( Nabi Muhammad) sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia hanyalah seorang pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat)”
saya mengandaikan@memisalkan PAS adalah seorang manusia yang beragama Islam dan beriman. Adakah seorang yang beragama Islam dan beriman itu tidak akan melakukan kesalahan?. jawapannya pasti pernah dan begitu juga PAS. bagaimanakah orang Islam dan beriman itu berada dalam jalan yang benar?. melalui Quran dan sunnah SAW dan begitu juga PAS. bagaimana kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam dan beriman tersebut?. jawapan melalui perbuatan tangan, telinga, mulut, mata dll dan begitu juga PAS melalui anggota partinya.(saya rasa mungkin dah terjawab serba sedikit persoaln “apabila PAS membuat kesalahan”).
baguslah kalau saudara qalbi tahu kenapa UMNO melakukan kesalahan kerana jawapannya sudah ada pada saudara.
tentang keimanam dan perjuangan- kerana faktor inilah Islam berpecah kerana mereka terlalu cepat mengandaikan mereka beriman dan berada di landasan perjuangan yg sebenar. maka berlakulah tuduh menuduh sesat menyesat dan byk lagi
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yg berjihad diantaramu, dan belum nyata orang2 yg sabar. sesungguhnya kamu mengharapkan mati syahid sebelum kamu menghadapinya-Ali Imran 142-143
Disember 28, 2007 pada 2:20 am
Xx-Dervish-xX
kepada saudara ilmto masalah moral yg dikatakan oleh saya bukanlah untuk mewujudkan pengesaran tapi untuk memberitahu kepada saudara nik abduh supaya berada dalam “kawalan”. kenapa saudara nik abduh? kerana diantara ahli majlis perbandaran MPKB-BI, saya hanya mengetahui laman blog saudara nik abduh sahaja.
tentang perumpamaan 3orang buta dengan gajah tersebut adalah kurang tepat kenape? kerana ketiga-tiga mereka belum pun pernah melihat “gajah” tersebut maka lahirlah perbezaan pendapat yg hanya menurut nafsu dan berdasarkan kepentingan masing2. tetapi berbeza dengan saya, kerana telah melihat “gajah” tersebut. tidaklah pula mengetahui saudara nik abduh pernah melihat “gajah” tersebut
Anggap tulisan saya ini adalah ilmu kesejahteraan,jika ia fitnah , buang ia kerana akan merosakkan umat dan mendatangkan dosa, saya takut DOSA dan seksaan Allah Taala . Dan jika teori saya itu adalah salah , saya pasti menentang sekeras-kerasnya. inilah yg Islam mahukan
Disember 28, 2007 pada 4:18 am
Orang Asli (Tok Batin)
Mcm ni lah, pilihanraya nanti nak undi sape? UMNO @ PAS?
ntah2 kome sume ni orang ats pagar, hanya menyalak diluar pagar saja… hik hik hik
dey! sudah lah ! balik tido lagi baik!
Kita adalah
1)Hamba-untuk diri sendiri
2)Khalifah-untuk masyarakat
jika ambil salah satu dan mengabaikan yg satu lagi maka rongaklah ia…
kalo fokus pada “hamba” saja, boleh jadi seseorang tu xmo berpolitik (asyik menghina diri saja, tapi x delar sampai menafikan kelebihan yg tuhan beri, cuma maybe diorang akan jadi suke mengkritik tapi nak manage masyarakat jadi “x brape cerdik” skit kot)
kalo fokus pada “khalifah” saja, boleh jadi “takut” terlupa diri pulak. (biasalah lupa2 ni memang slalu manusia ni)
(00t)
nak tanye sikit lar… betul ke kalo org dah sampai maqam tinggi dan mengenal hakikat diri
1)boleh pilih nak pegi solat jumaat @ tidak tanpa ada apa2 keuzuran. (katenye org tu dah dpt “kunci”
2)kadang2 ade yg sesekali pakai seluar pendek (choice diri sendiri kot)
3)kadang2 layan ganja (logik diri sendiri kot)
*sumenye ikut hati je… hati ikhlas , beres (antara aku dan tuhan)
-mcmane kita bleh tahu seseorang wali allah bukankahkah hanya tuhan saja yg tahun kewalian seseorang?
-betul ke setiap tariqat “mesti ada conecction dgn nabi”? alar… name lainnyew yaqazah?
Back to basic (orang asli)
Disember 28, 2007 pada 4:32 am
Orang Asli (Tok Batin)
Orang UMNO kate diorang dakwah dari dalam
Orang PAS kate diorang nak ubah terus sbb UMNO tolak Islam
that right? hurm… ade 2 kumpulan dakwah nampaknya disini… satu didalam dan satu diluar.
Kalo disatukan mesti ramaikan? tapi dah berpecah 2 jadi skit plak…
(dah masing2 duk ikut hati/logik masing2)
Umat akhir zaman tetap akan menjadi rosak, so marilah kita “berjuang” supaya kita tidak tergolong dlm umat yg terus menerus menjadi “rosak”.
Tapi yg “rosak” nilah yg sebenarnya x banyak berpolitik, yg ade berpolitikpun sbb nak isi periuk nasi sendiri.
Kita yg pendakwah ni terkial-kial diperbodohkan mereka yg x ikhlas berjuang, xpe!xpe! KITA AKAN TERUS BERJUANG!
AYUH!MARI BERJUANG!
*tapi dengar kate umno bersekongkol dgn kongsi gelap? PENDAKWAH yg kat dalam tu buat ape?ingat jgn tutup mate!plak… xkan nak main kasar kot? x pe lar, kalo rase nak berdakwah care kasar, buatlah… ingat Allah maha adil!
link
http://antikhairy.blogspot.com/2007/09/budaya-politik-gengsterisme-yang-dibawa.html
Disember 30, 2007 pada 3:37 am
qalbi
Assalamualaikum..
comment saya adalah sambungan dari comment diatas.
“apabila pas membuat kesalahan”
terima kasih saudara DERVISH kerana membaca comment saya. Pertamanya, benar UMNO membuat kesalahan, PAS juga membuat kesalah. Tetapi diantara kesalahn antara parti tersebut mempunyai perbezaan yang besar.
Sebelum ini saya telah menulis bahawa, apa-apa yang bertentangan dengan Islam, PAS adalah terbatal(Di sini saya mengatakan PARTI PAS bukan AHLI PAS). Apabila PAS adalah parti Islam, maka Islam rujukannya adalah QURAN, SUNNAH SAW dan Ijma’ para ulama. Rujukan ini( Quran, Sunnah SAW, Ijma) sesiapa sahaja boleh mempelajari dan secara automatik boleh membandingkan keserasian antara PAS dan ISLAM.
Apabila saya menulis begitu, timbul pula persoalan: PAS adalah parti sedangkan Islam adalah agama…baiklah, lebih mudah saya mengandaikan PAS ini seorang Islam dan beriman. Saya ingin bertanya pula “”Adakah orang Islam dan beriman itu tidak mempunyai nama?”"contoh: Ahmad, Ibrahim. Ibrahim dan Ahmad beragama Islam. Ya, sudah pasti seseorang itu mempunyai nama tersendiri bukan?. Begitu juga dengan PAS, PAS adalah nama sedangkan Islam adalah anutannya.
Benar UMNO juga seperti PAS dan membuat kesalahan, tetapi ingat persoalannya ialah :apakah RUJUKAN dalam memperjuangkan parti UMNO?. Apakah memperjuangkan MELAYU bermakna memperjuangkan ISLAM. Melayu dikenali sebagai bangsa yang beragama Islam, maka memperjuangkan Melayu adalah memperjuangkan Islam?. Solagan² seperti HIDUP MELAYU selalu kedengaran di perhimpunan maka umno memperjuangkan Islam. Melayu dan Islam tidak dapt dipisahkan. Melayu Islam, Islam Melayu, sama sahaja.
Kalau berfikiran begitu, sebenarnya bangsa ARAB amat layak dikatakan BANGSA ISLAM, kerana Nabi SAW adalah berbangsa Arab, Quran diturunkan dalam bahasa ARAB.
Benar UMNO juga seperti PAS dan membuat kesalahan, tetapi ingat, Ibadah dalam Islam akan diterima apabila seseorang itu beragama Islam sahaja. Apabila beragama Islam, rujukannya seperti saya sebutkan di atas tadi. Agama selain Islam juga menganjurkan kebaikan, tetapi kerana pegangan ASAS(akidah) sudah salah, maka segala kebaikan tidak sah di sisi Islam. Bagaimanakah ingin HIDUP BERSAMA ISLAM, sedangkan asasnya sahaja sudah salah.
PAS telah menunjukkan pendirian bahawa akan BERGABUNG dengan UMNO apabila UMNO ingin menjalankan pemerintahan berdasarkan ISLAM. Apabila dikatakan Islam, rujukannya seperti saya sebutkan di atas tadi. Tetapi pendirian PAS ini tiada respon dari UMNO.
Begitu juga dengan perbincangan tentang hala tuju antara parti. PAS sudah menyatakan pendiriannya untuk DUDUK BERSAMA, dan membicangkan teori sebenar dalam memperjuangkan POLITIK ISLAM dan MEMERINTAH SECARA ISLAM. Pilihla tajuk yang berkaitan dengan rakyat dan berbincangan secara “live” agar rakyat mengetahui hakikat sebenar POLITIK ISLAM. tetapi pendirian ini juga didiamkan oleh UMNO.
setakat ini sahaja..
kesimpulan
Kamal Antartuk juga seorang Islam.
Januari 1, 2008 pada 3:34 am
saje2
kalau x silap la,,inchiro ni jinggo dlm blog prokhairy….hiiiii x abes2 budak hingusan ni…..kat blog tu pun kna hina….cian sungguh!!!
Januari 2, 2008 pada 4:01 pm
azlan
kepada Xx-Dervish-xX mari berdialog?
Januari 9, 2008 pada 11:30 pm
Xx-Dervish-xX
Salam Maal hijrah. Maaf kerana mengambil masa terlalu lama untuk memberi comment. sibuk menyudahkan ape yg x tersudah pade tahun lepas
saudara qalbi
melayu itu keturunanya UMNO tu namanya Islam itu agamanya.
sama seperti yg saudara terangkan- PAS itu namanya dan islam anutanya.
PAS telah menunjukkan pendirian bahawa akan BERGABUNG dengan UMNO apabila UMNO ingin menjalankan pemerintahan berdasarkan ISLAM. Apabila dikatakan Islam, rujukannya seperti saya sebutkan di atas tadi. Tetapi pendirian PAS ini tiada respon dari UMNO.
.
tetapi ade respon dari keadilan
Benar UMNO juga seperti PAS dan membuat kesalahan, tetapi ingat, Ibadah dalam Islam akan diterima apabila seseorang itu beragama Islam sahaja. Apabila beragama Islam, rujukannya seperti saya sebutkan di atas tadi. Agama selain Islam juga menganjurkan kebaikan, tetapi kerana pegangan ASAS(akidah) sudah salah, maka segala kebaikan tidak sah di sisi Islam. Bagaimanakah ingin HIDUP BERSAMA ISLAM, sedangkan asasnya sahaja sudah salah.
Perbezaan akidah dibangkitkan oleh saudara Qalbi adalh amat tidak wajar sekali. kerana tidak layak seorang muslim mengatakan kepada saudaranya berbeza akidah. mungkin benar apabila masuk politik kerana inginkan kuasa,kedudukan dan harta maka kita sanggup melakukan ape sahaja untuk mempertahankanya. Inikah Islam? lihat ape yang dikatakan oleh saidina Ali r.a apabila ditanya tentang orang yg menentangnya dalam Perang Jamal.
“adakah mereka itu telah kafir?” Ali r.a menjawab; mereka telah lari dari kekafiran.” ditanya lagi “adakah mereka itu munafik?” jawab Ali r.a; “orang-orang munafik jarang meningati Allah.” ditanya lagi, “siapakah mereka? jawab Ali r.a; “mereka adalah saudara-saudara kita yg telah melampaui batas ke atas kita.
mungkin kerana mereka lebih baik akidah daripada UMNO maka bolehlah bersama mereka untuk mewujudkan negara Islam seperti yg diingin -
Dr Lee Boon Chye.Dr Xavier Jayakumar, Low Chee Chong,William Leong
mungkin kalu kamal artantuk pun menetang UMNO bolehla juga diambil sebagai partner
ini kerana apa yg menguntungkan diri maka dibolehkan
kesimpulanya- Abdulah bin ubay juga Islam
Januari 9, 2008 pada 11:34 pm
Xx-Dervish-xX
ini mungkin juga bagus untuk minda
artikel dari saudara mfr.
http://mfrstudio.board-realtors.com/arkib-f22/ke-mana-akhirnya-politik-kita-t56.htm
Politik Penyatuan digagalkan
Ketika saya berada dihujung tahun di sekolah menengah di Taiping iaitu sebuah sekolah berasrama penuh, saya sekali lagi menerima jawatan pemimpin. Kali ini ia dalam bentuk pakej yang berbeza. Menjadi ketua badan dakwah sebuah sekolah berasrama penuh tanggungjawabnya lebih berat dari menjadi ketua murid kanak-kanak 5 tahun sebelum itu. Namun syukur, jawatan itu saya terima bukan dalam keadaan tanpa apa-apa asas,kerana ketika itu saya sudah punya cita-cita, jalan berfikir, dan prinsip diri yang dijana oleh Tengku Asmadi dalam 3 tahun sebelum itu.
Saya cuba memimpin dalam keadaan penuh perjuangan. Tahu matlamat, tahu objektif, namun sudah fitrah orang muda, kurang pengalaman, ada saja cacat cela di mana-mana. Tidak hairan orang tidak suka akan saya. Benci akan cara saya. Mungkin niat dan matlamatnya baik, namun caranya salah. Begitulah banyak respon yang saya terima. Hikmah.. itulah jalan yang diimpikan saya untuk membaiki keseluruhan perjuangan. Hikmah adalah jalan memahami, jalan yang adil, yang kena pada tempatnya, bila dibuat orang menjadi selesa, orang menyokong dan matlamat tercapai. Itulah jalan hikmah dalam perjuangan yang saya fahami. Benar, hikmah bukan diberi Allah buat semua orang. Sebagaimana hidayah, hikmah juga terpilih. Terpilih pada yang hanya sabar, istiqamah dan berdoa penuh pengharapan sahaja.
Apa yang ada dalam kotak fikiran saya pada awal menerima jawatan ketua dalam badan dakwah itu, adalah perlunya saya bertindak laksana seorang ulama. Perlu yakin dalam menghukum. Maka saya pilih untuk khatam kitab fiqh sayid sabiq. Di situ, saya berkeyakinan untuk menyatakan yang mana satu jalan yang tepat menurut sunnah, kerana saya yakin segalanya ada dalil, ada hadis menyokong. Dalam tidak sedar saya telah bertindak, menjadikan diri mujtahid dalam keadaan diri penuh jahil dengan disiplin ilmu dan selok belok hukum.
Dalam suatu keadaan saya shadid menyatakan haram dan bidaah. Pernah suatu ketika, saya beranggapan sesiapa yang tidak bersama-sama dengan jemaah pertama di surau dalam solat, maka mereka umpama musuh dan munafik yang sengaja ingkar pada kesatuan. Saya berpesan dengan keras, mengenakan pelbagai gelaran buat sesiapa yang tidak berusaha bersama-sama solat berjemaah dalam jemaah yang pertama. Apabila saya lihat ada junior-junior yang bertindak menubuhkan jemaah solat yang kedua maka saya merasakan mereka sengaja untuk tidak bersama kesatuan yang telah disepakati.
Bacaan alma’thurat yang dibaca secara berkumpulan telah saya bidaahkan. Saya sebut, perbuatan ini tidak ada dalam sunnah rasulullah. Membentuk halaqah dan membaca beramai-ramai al ma’thurat. Begitu juga dengan yasin setiap malam jumaat, saya telah memandang usaha bacaan yasin cuma iktikad yang salah, sehingga buat orang lain merasakan wajib membaca yasin. Ada juga saya ingin cadangkan malam jumaat itu dibaca surah yang lain, ustaz yang di sekolah juga tak melarang jika saya nak laksanakan. Namun, saya terfikir kembali, jika saya laksanakan satu majlis bacaan surah lain, pun tidak punya dalil dan mengikut sunnah Rasulullah. Bukankah saya akan mencipta bidaah baru selepas yasin.
Saya menjadi keliru. Walaupun hakikatnya saya telah bergelumang dengan jalan fikir ’salafi’ sebelum saya kenal ada gerakan ’salafi’ yang telah lama bergerak dan menjadi popular sewaktu ini. saya mula membongkar kitab-kitab karangan imam al ghazali. Cuma layak membaca terjemahan atas sebab saya langsung tiada asas bahasa arab. Saya mula tersentuh dan mula terfikir tentang jiwa dan erti hidup. Imam al ghazali merupakan ulama merupakan tokoh yang begitu mendalam pemahamannya mengenai hidup dan perjuangannya yang sebenar. Manusia sering membuang masa sibuk dalam matlamat yang tidak kekal. Untuk menang dalam debat, untuk menang dalam kemegahan. Beberapa tempoh akhir saya di sekolah itu, saya mula ingin menjadi zuhud sezuhud imam al ghazali. Saya mula tersentuh ketabahan imam hassan al banna dalam melaksanakan dakwah dan tarbiyah jiwa. Islah hati dan iman itu yang menjadi teras. Saya juga mahu uzlah, mahu berkelana seperti imam al ghazali. Itu hasrat saya apabila tamat SPM nanti.
Seperti sewaktu UPSR, keputusan SPM juga saya gagal mendapat straight A’s dan cuma sipi-sipi sahaja. Namun, keputusan itu tak lagi dipandang gagal olah ayah saya. Mungkin situasinya sudah berbeza. Sewaktu menjelang UPSR ayah saya bercanang-canang dengan yakin bahawa saya akan berjaya mendapat straight A’s, namun akhirnya hampa kerana saya gagal. Akan tetapi, menjelang SPM pula ayah saya sudah bercanang-canang, keputusan SPM saya akan teruk kecundang,maka keputusan sipi-sipi itu sudah cukup baik membuktikan saya tidak kecundang.
Zaman menunggu keputusan SPM merupakan zaman yang amat mencabar. Zaman itu saya mula memahami bukan sahaja politik samseng yang disertai oleh kaki carut dan marut sahaja pencetus sengketa dan pengotor medan politik, namun politik akhlak juga perlu menuju politik penyatuan, dan elemen menggagalkan politik penyatuan adalah apabila tafsiran agama disertai oleh nafsu kemegahan.
Di pihak UMNO, ada segelintir yakni pemain politik utama UMNO, cuba bertindak menafsirkan perjuangan agama mereka sebagai yang terbaik dan megah. Ini mendorong mereka memandang para mufti, ahli agama, dan ulama-ulama pondok sebagai individu-individu kolot agama. Mereka merasakan tafsiran agama mereka adalah tafsiran agama yang maju, moden, sesuai dengan zaman, hingga mengakibatkan mereka tidak malu untuk menghina orang-orang yang berilmu agama yang bercakap dalam keadaan penuh dalil dan jalan yang tepat atas ahlus sunnah wal jamaah. Walaupun kesepakatan para ulama malaysia mengeluarkan fatwa, tidak langsung diambil endah. Mereka cuma mengambil bahagian yang mereka senang, atau yang boleh dieksploitasi untuk menjatuhkan musuh politik mereka semata-mata.
Di pihak PAS, juga tafsiran agama diperkotak-katikkan. Mereka berpegang shadid untuk tidak beri muka kepada sebarang elemen yang bukan datang dari ajaran islam termasuklah unsur nasionalisme yang ada dalam UMNO. Lalu mereka mengharamkan UMNO. Mengkafirkan pertubuhan itu. Bergabung, bersatu mahupun bekerjasama adalah haram bagi mereka jika dengan UMNO. Namun lain pula apabila mereka terbuka dan longgar, tidak lagi shadid apabila berhadapan dengan PKR dan DAP yang terang-terang adalah pertubuhan dan parti yang mengangkat idealisme barat sosialis demokrasi, dan liberalis demokrasi.
Idea pendek beberapa pejuang politik kepartian mengenai istilah demokrasi, membuatkan mereka kurang berhati-hati apabila memperjuangkannya. Jika nasionalisme diharamkan, maka demokrasi merupakan teras lahirnya nasionalisme juga patut mendapat nasib yang sama. Apatah lagi jika idea sosialis dan liberalis mula menjadi pegangan. Maka tafsiran demokrasi sudah diperincikan, maka bahayanya lebih besar jika bersekongkol dengan agenda mereka.
Saya bukan penentang demokrasi. Namun istilah demokrasi itu langsung tiada piawai yang baik untuk dirujuk. Adakah perjuangan demokrasi awal menjadi rujukan? Bukankah di situ dapat dilihat pertumpahan darah dan keganasan mengambil tempat dalam memperjuangkan demokrasi yang membawa kepada revolusi perancis atau amerika. Atau perjuangan demokrasi yang kini dipimpin oleh Amerika perlu dirujuk sebagai perjuangan demokrasi? Demokrasi merupakan prinsip caca merba yang langsung tidak membawa kepada keadilan sejagat. oleh sebab itu, maka demokrasi akhirnya ditafsir pelbagai dari ideologi politik yang pelbagai. Kini kita boleh dengar Demokrasi sosialis, Demokrasi liberalis, Demokrasi anarkis, atau Demokrasi islamik? Mungkin tidak hairan jika komunis juga sudah ada demokrasi komunis.
Saya mengkaji dua forum politik UMNO dan PAS iaitu KMU dan TKO untuk mendapatkan kepastian mentaliti penyokong medan politik kepartian hari ini yang muncul sebagai watak-watak maya internet. Jika 5 tahun dulu, segala tinjauan saya melihat kepincangan dalam membawa politik akhlak dan politik penyatuan ke dalam politik malaysia, hari ini kepincangan itu masih belum berubah.
Di KMU mahupun di TKO, saya berjumpa dengan watak-watak hipokrit yang meraikan kemungkaran ahli-ahli sekepala atau se parti dengan mereka, dalam masa yang sama mereka memusnahkan apa saja teguran dan perjuangan pihak lain menjelaskan kepada saya politik kepartian masih belum lari dari niat kemegahan. maka benarlah, hanya yang faham tujuan dan matlamat hidup ini semata-mata mahu meraih redha Allah sahaja yang akan terbuka menerima dan memperjuangkan politik akhlak dan politik penyatuan.
Di KMU ada forumer yang begitu benci akan nik aziz kerana nik aziz menyebut Tuhan mencarut. Dalam masa yang sama, forumer itu menggunakan carutan sebagai zikir perjuangannya, malah sanggup memperkecil-kecilkan para ulama yang non partisan seperti mufti perak ustaz harussani dalam kancah kegelenyaran dan kebusukan najis perjuangan politik kepartian mereka.
Di TKo pula, muncul forumer yang terang-terang menyebut undi BN adalah haram atas dasar perlembagaan parti umno yang sekular yakni kafir. Namun boleh menghukumkan halal undi DAP dan PKR malah tidak segan menyebut undi DAP dan PKR menjadi halal kerana mereka menyokong perjuangan islam dan negara islam, padahal terang-terang dasar perjuangan DAP dan PKR adalah demokrasi sama rata yang tidak memberikan mana-mana agama mahupun kaum untuk menjadi istimewa atau memilik negara, dalam erti kata lain, perjuangan DAP dan PKR menuju sebuah sekular yang lebih nyata.
dari laman DAP:
http://www.dapmalaysia.org/english/2007/mar07/bul/bul3258.htm
Malaysia as a democratic, secular and multi-religious nation with Islam as the official religion but not an Islamic State
Januari 9, 2008 pada 11:38 pm
Xx-Dervish-xX
menteri kabinet bagi negara Islam yg diidamkan?
SENARAI BARISAN ANGGOTA JEMAAH MENTERI KABINET 2008-?
PERDANA MENTERI = DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM (Keadilan)
TIMBALAN PERDANA MENTERI = YB DATO’ HAJI ABDUL HADI AWANG (Pas)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat = DATIN SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL (Keadilan)
Menteri Pelajaran = PROF. DIRAJA DR. UNGKU AZIZ (Ahli akademik)
Menteri Penerangan = YB DATO HUSAM MUSA (Pas)
Menteri Luar