Salam Kamunting,
Ingatkan Mawi yang mendahului, rupanya Amy Search dulu yang dapat saya kenali dan jumpa secara dekat. Ingatkan Mawi yang mendahului, rupanya Amy Search dulu yang lebih bersedia untuk mengubah cara hidup dunia seorang artis. Ingatkan Siti, isteri Amy Search dulu yang dah tetap kenakan tudung muslimat yang menambah kecantikan diri.
Haa, kira tersengih juga saya dapat beraya di rumah Amy Search di kediaman mewahnya di Damansara kali ini. Isk, glamour juga rasanya dapat bersalam dengan artis tersohor sampai nak juga bersohor dalam blog ni.. Sebab pun budak - budak remaja terlompat - lompat bila dapat jumpa dan bersalam dengan artis kesayangan mereka. Sesetengahnya terkinja - kinja macam beruk kena belacan. Seronok sangat rupa - rupanya..
Saya yang taklah minat Amy Search pun jadi seronok juga dapat bersalam dengan artis. Kalaulah aku ni artis, mesti melompat - lompat orang nak bersalam dengan aku.. he he
Selepas mesyuarat Dewan Pemuda Pas Pusat minggu lepas, kawan saya, Ustaz Norazli Musa Taliban mengajak saya untuk beraya di rumah Amy pada petang itu. Katanya, Amy dah dua kali sms supaya datang ke rumahnya. Bukan main eksen lagi beliau tunjukkan sms tu pada saya sambil mengusap - ngusap janggutnya yang panjang sampai ke bawah pusat itu. Hah, perasan lebih - lebih pula ustaz Taliban Qandahari Afghani ni.. Ingatkan saya, dia dulu yang perasan rupa - rupanya.
Kebetulan Ustaz Riduan Mohd Nor, AJK DPP Pusat juga buat rumah terbuka di rumahnya di Kampung Padang Balang, Gombak, kami dan sahabat yang lain ke rumah beliau dulu. Rupa - rupanya beliau pun berhajat untuk turut beraya di rumah Amy. Dia juga dapat sms selamat hari raya, siap dengan tazkirah versi sms pula daripada Amy. Tunjuk eksen, dia bacakan pula sms Amy pada murid - muridnya di St Victoria School. Terkejut beruklah mereka, ustaz kaki ceramah, kaki demontrasi dan kaki sup kaki ni pun boleh terima sms daripada artis pujaan mereka?!
Jadi, kami, juga saudara Khairul Faizi ( http://minda-kembara.blogspot.com - untuk gambar, sila ke laman beliau) dan saudara Suhaizan Kayat ( Ketua Penerangan DPPP ) pun bersama - sama ke rumah Amy. Jumpa Amy di rumahnya mengembirakan semua. Dia yang dah kenal awal Ustaz Norazli dan Ustaz Riduan yang pernah menziarahinya sebelum ini menyambut kami dengan ramah sekali. Kebetulan kumpulan Rabbani sedang menyempurnakan bacaan tahlil dan sekumpulan anak - anak dari asrama anak yatim juga turut hadir. Ramai juga rakan - rakan artisnya turut hadir walaupun dah lewat petang. Kami sempat berbual dan berkenalan walaupun tidak lama kerana kesibukannya melayan tetamu yang lain.Amy, seperti dilaporkan sebelum ini telah turut mengikut jejak sebahagian rakan artisnya yang telah kembali memilih jalan yang lurus. Jalan sebenar kembali kepada Allah, tuhan yang menganugerahkan segala bakat dan kebolehan kepada hambanya untuk memilih cara hidup masing - masing di muka bumi. Apabila hambanya tahu berterima kasih, sudah pasti dia akan memilih jalan yang lurus untuk bersyukur dan kembali kepada tuhannya. Jika tidak, digunakan bakat dan kebolehannya pada jalan kemurkaanNya.Kerana rahmatNya, peristiwa kembali dan taubat terus menyuburkan kehidupan manusia di bumi. Ada yang menemui setelah lama bergelap pekat dalam kehidupan tanpa syahadah. Ada yang kembali setelah lama hanyut terbuai mimpi. Ada yang kembali setelah lama bertangguh dan menanti - nanti. Semuanya kerana rahmat dan kasih sayangNya terhadap hamba - hambanNya.
Dulu tersohor kerana dijulang - julang iblis dan syaitan. Bila kembali, jadi tersohor juga dijulang para malaikat Allah.
Taubat artis cukup mengembirakan semua. Mereka adalah idola dalam masyarakat, terutama golongan remaja yang hidup alpa dan lalai. Artis, kebanyakannya memimpin mereka ke lembah yang lebih gelap. Apabila mereka bertaubat, sudah pasti mereka akan bersungguh - sungguh menyempurnakan taubat mereka dengan kembali berdakwah di jalan Allah bersama para pendakwah yang lain.
Sudah pasti mereka lebih pakar untuk menguasai remaja yang begitu menggilai dan memuja mereka. Dunia dakwah menjadi semakin meriah.
Macamlah pemimpin Umno masuk Pas. Kebanyakannya kerana taubat yang benar. Macam Ustaz Hamid Derani di Kelantan yang telah masuk Pas beberapa bulan lepas. Hari ini beliau adalah penceramah top lepas Tok Guru. Katanya, beliau akan terus berceramah di tempat mana beliau berceramah masa dalam Umno dulu demi menyelamatkan orang yang disesatkannya dulu.
Kita doakan istiqamah untuk Amy Search dan kita jua. Menukar cara hidup memerlukan istiqamah dan keikhlasan yang tinggi. Ilmu adalah pemyelamat.
Saya sempat bersalam dengannya sebelum pulang. Beliau nampak seronok jumpa saya sebagaimana saya juga. Saya jemputnya ke rumah jika beliau ke Kelantan nanti. Beliau berbesar hati sangat untuk jumpa ayahanda Tuan Guru. Katanya, isterinya juga sering menyebut - nyebut untuk jumpa ayahanda.
Saya terserempak pula dengan Ustaz Badrul Amin, mentor taubatnya di Mekah yang kebetulan baru sampai. Ini pun ustaz reformasi yang hebat!
Jangan terkejut jumpa saya di Dataran Merdeka nanti dengan Amy di kanan saya dan Isabelllla di sebelah kiri!! Jom, reformasi bersama Amy Search!!

44 comments
Comments feed for this article
November 1, 2007 pada 7:34 pm
dhuat79
saya pun artis juga (perasan)
November 2, 2007 pada 2:02 am
CEKVO
ALHAMDULILLAH…….!!!!!!Semoga Allah memberi hidayah yg berkekalan pd AMY SEKELUARGA(aku pun fanatik gak dulu dgn ’search’ni gila abiss……………BULAN madu di awan BIRU…….(FANTASIA BULAN MADU kita jadikan FANTASIA BULAN PURNAMA…TAQBIRR
November 2, 2007 pada 8:35 am
Life Of AKU The Episode
salam alaik, sebelum ni saya ada membaca satu artikel, pasal amy mengerjakan umrah, ye waktu itu saya terharu, dan kini juga selamanya, mudah2han amy istiqomah dengan keadaan sepertimana yg diceritakan …
November 2, 2007 pada 9:41 am
bejurus
CEKVO..
JANGAN SEKALI² JADIKAN ‘FANTASIA’
USAHAKAN JADI SATU ‘REALITI’
AYUH .. KITA KE DATARAN MERDEKA
TENGOK KONSERT … 100,000 UMAT
TUNTUT HAK ..!!
November 2, 2007 pada 9:51 am
Rizwan
Wahh..!!! aku pun suka Amy..
Pheewwwiiittttt……!!!
November 2, 2007 pada 11:54 am
Zaharah
[Saya : Tak terkata! :D]
Utk pengetahuan ustaz,
Ramadhan lepas, Tok Guru dtg ke majlis berbuka di kg saya yg memang terkenal dgn kubu kuat ‘lawan’ pas. Nak sebut perkataan pas pun, tak boleh cakap waktu siang. Org kampung saya memang TAKUT sesangat dgn perkataan pas.
Dalam hujan renyai2 menjelang maghrib petang itu, ramai yg datang secara senyap-senyap sembunyi2 sorok2. Mereka semua terlongo! Nak kerdipkan mata pun mcm rasa rugi. Mungkin ini kali pertama mereka tengok Tok Guru secara dekat. Maklumlah, org kampung saya ni, taat sangat dengan kerajaan pusat. Mungkin nak jaga periuk nasi dan kuali ikan. Entah, saya tidak pasti.
Saya perasan, ekspresi muka mereka semacam menunjukkan perasaan teruja tapi takut, bangga tapi takut, gembira tapi takut dll. Saya bermonolog mcm2 dlm hati. Kesian ; rupanya itulah ekspresi muka rakyat yang takut untuk berjumpa dengan MB mereka.
Ayah saya sendiri, suatu ketika dulu yg pernah jatuh demam 24 jam ketika pilihanraya 99 apabila mendapat tahu saya ponteng kelas balik kerja utk PRU, tetiba petang itu begitu teruja sampaikan berjam-jam membelek kain pelekat dlm almari utk buat samping. Mcm nak pergi nikah le pulak.
Kesimpulannya : Inilah kami pertama saya melihat ekspresi teruja yang aneh dan berlainan. Amat jauh sekali utk dibandingkan dengan ekspresi teruja ketika bertemu artis pujaan. Rasanyalah….
November 2, 2007 pada 2:29 pm
nuriman
Salam …alhamdulillah Allah telah berikan dia hidayah…cuma sy tertanya-tanya juga mek siti yg duk kata nak pakai tudung selepas nikah tak pakai2 pun..tup2 norzie pak wan chek yg tak kata apa2 bertudung lak lepas dari menunaikan haji……..
kalu dulu org kg sy amat tak suka amy dgn rambutnya macam hantu dan suaranya melalak macam apa kata depa…tetapi alhamdulillah Allah memilih dia untuk di beri hidayah…tak mustahil satu masa nanti ramai yg mengikut jejaknya suami isteri…….alhamdulillah……
November 2, 2007 pada 2:35 pm
CAHAYA PETUNJUK
Alhamdulilah, moga lebih ramai yg mendapat taufik dan hidayah dariNYA. Doakan agar semunya selamat dalam perhimpunan kuning -10/11/07…
November 2, 2007 pada 3:21 pm
skamal
Syukur Alhamdulillah, Allah SWT bisa mengubahnya….kun fayaa kun Moga ia istiqomah dijalan yang lurus.Siru’ala barokatillah.
November 2, 2007 pada 4:03 pm
muhammadridwanto
Alhamdulillah…semoga Allah beri hidayah buat kita semua
November 2, 2007 pada 5:25 pm
jeff
teringat lagu Search berjudul ‘Mat Rock’
” aku tak peduli aku akan rock sampai tua !”
.. alhamdulillahhhhh, bersyukur dan bangga melihat perubahan Amy
November 2, 2007 pada 5:39 pm
Raya ke rumah Amy Search « hidup ini nostalgia dan nostalgia itu hidup
[...] yang beraya ke rumah otai rock ni. Saya cuma ingin berkongsi kisah blogger ini yang berkesempatan beraya ke rumah Amy Search. Kisahnya [...]
November 2, 2007 pada 6:19 pm
hayad
alaaa..xde ke gamboa2 amy sekitar majlis tu?
November 2, 2007 pada 8:22 pm
raduan
Betul juge kata hayad, kalo ada gamboa lagi ngam..baki kata perpatah cina ’sekeping gambar lebih bermakna dari seribu perkataan’
November 2, 2007 pada 10:08 pm
AIMAN BATU BALAI
KAWE NK GI..NK G..NK G………..
November 3, 2007 pada 7:56 am
Senario Islam dan Umat Islam di Korea Selatan « Muhtar Suhaili As-Sarawaki
[...] 1. Raya di Rumah Amy Search [...]
November 3, 2007 pada 8:05 am
affa
semoga Amy sekeluarga istiqamah memilih jalan yg lurus.sejuk mata tgk gambar Amy sekeluarga jd cover majalah Anis (kalo x silap bulan Okt/Sept).
iyalah…kalo ada gambar rasanya lebih ngam.
** jom ! kita gi perhimpunan KUNING**
November 3, 2007 pada 10:03 am
yanti
assalamualaikum semua,
bagi yang ingin mendapat bantuan membersihkan minda, jiwa dan fisikal serta mengeluarkan nilai-nilai jati diri, sila ikuti ESQ Training - combines Intellectual, Emotional dan Spiritual Quotients. tidak menyesal
http://www.esq.com.my
November 3, 2007 pada 3:58 pm
Alfian
Wah, alhamdulillah Amy dah taubat.
Tapi kalau masih undi UMNO lagi, belum sah lagi taubatnya. Bukankah mengundi PAS itu wajib. Jadi bersama-sama kita mengIslamkan Amy dengan membimbing beliau agar mengundiPAS.
Jika tidak, tiada erti taubat beliau.
Allah Akbar!!!
Alfian al-Bakistani
November 3, 2007 pada 5:35 pm
Admin
peeeeeeewwwwiiiiiiiiiiittttttttttttttttt…………..
November 3, 2007 pada 7:05 pm
GuBeduh
Agak-agaknya kita boleh buat konsert Amy di Kota Bharu??. Konsert Ustaz Rok bersama AMY dan Aki Hayy.
Mawi dan Aisah pun dah buat konsert di KB.
Ustaz setuju ke??. Tapi kalau abang Yar tentu setuju punya.
November 4, 2007 pada 1:35 am
Azis
ade gambar x?
ade kawan x percaya la..
kasi tgk sikit…
November 4, 2007 pada 2:30 am
CEKVO
Bejurus……
yalah,kalau betul2 reality tkpa takut dok fantasia pah ceroh…tak rock la,
mudah-mudahan ianya memberi hidayah yg berkekalan buat Amy skeluarga…….
GuBeduh………
buleh jgk kalu buat konsert nga akil-hay…lagi gempaq satu melaya..!!!
kalu Abe yar gak,stuju BDO’OH Laaaaa…………
AYUH SEMUA KITA BERKONSERT DI DATARAN MERDEKA..!!!!10 NOV..
‘PAKAT-PAKAT GI RRAMAI WEHHHH..!!!!!’
November 4, 2007 pada 2:36 am
wae lagend
semoga berjaya PAS…kita berjumpa di sana….takbir!!!
November 4, 2007 pada 3:20 am
idham
Ambo humbled by the news…Maha besar Allah!
abe idhae
November 4, 2007 pada 5:32 am
nikabduh
Salam Kamunting,
AlhamduliLlah, dah dapat gambarnya. Untuk melihat gambar - gambar kami beraya tu, sila ke blog sahabat saya, Khairul Faizi yang turut bersama. http://minda-kembara.blogspot.com
November 4, 2007 pada 6:59 am
nikabduh
Salam Kamunting,
Dhuat79,
artiskah kamu? tak masuk URTV pun?
zaharah,
Anti betul. Ekspresi yang lahir dari iman mana nak sama dengan ekspresi yang lahir dari nafsu. Cerita anti menarik tuu.. ish, ada lagi ke kampung macam ni kat Kelate?
Hayad, raduan, azis..
Tengok gambar tu kenyang ke? sedap kueh raya rumah Amy tu, siap kambing golek lagi.. kenyang! Untuk gambar, sila ke alaamat di atas. Ya, lebih jelas, lihat majalah Anis Sept/Okt? Cover suami isteri.
Gubeduh, cekwo,
Suruh Abe Yarr sponsorlah gituh.. tp okk la dulu. Doa ko Amy sudahlah..
cinta klasik kot..
Masa dok India dulu, saya masih ingat lagu Isabella meletup! lagu lain tak tahu.. Ayahanda tok guru ingat n minat lagu bunga tanjung..
Para remaja,
Seronok tengok perbincangan kamu pasal Amy di ruang forum cari.com?
Moga kalian terbimbing oleh cerita - cerita yang menyejukkan jiwa..
Semua,
Doakanlah untuk Amy sekeluarga. Sokongan kita akan menguatkan azam untuk istiqamah dan bersama di jalan lurus, insya Allah.
November 4, 2007 pada 10:17 am
Chempaka
Sesungguhnya hidayah itu adalah anugerah Ilahi kepada yang dikehendaki sahaja dan yang sangat berhajat kepadanya.
Tetapi kebanyakannya yang kaki rock dan brutal aje yang kembali ke jalan begini dulu Akhil Hai sekarang Amy Seach, walaupun dulu ada Rahimah, Sarimah, Azmi Mustafa dan baru ni Ogy Ahmad Daud (yang ni style Hadari).
Walauapapun kita doakan mereka istiqamah dengan apa yang berlaku dan selepas ini kita harap Awie Wing dan kumpulan XPDC serta Jinbara pula bersama kita
Allahuakbar
November 5, 2007 pada 10:06 am
Kak Noor
Alhamdulillah, semoga perubahan dan hidayah ini akan terus berkekalan di jiwa Amy dan kelauarga
November 5, 2007 pada 3:56 pm
aye83
hmmm… alhamdulillah…. ingat aku pd lagu ‘tiada lagi’……
November 5, 2007 pada 9:44 pm
kalawangi
assalamualaikum wrwb…
moga2 Amy Search jadi pendakwah spt mana Ustaz Hj Akil Hayy dan moga2 Nabila anak sulungnya jadi Ustazah Nabilah…amin…takbir!!!!
November 6, 2007 pada 1:30 pm
naim
Alhamdulillah….akhirnyee…
kite tunggu awie plak pas ni, takpun man kidal ke??
November 6, 2007 pada 5:27 pm
Abah Muizz
Pernah beberapa kali terjumpa Amy dilapangan terbang. Cuma pada masa itu tidak ada rasa nak tegur, sebagaimana peminat menegur artis. Bukan kerana tak minat, minat juga, tapi bila lihatkan keadaan Amy waktu itu, rasa macam tawar hati. Tapi bila baca kisah2 Amy sekarang ini, termasuklah cerita disini, insyaAllah, kalau terjumpa Amy sekali lagi, saya akan tegur, tegur kerana minat. Minat pada Amy yang dah berusaha kembali kejalan yang sebenarnya. Alhamdulillah, Allahuakbar.
November 6, 2007 pada 8:41 pm
nuriman
Hmm….. sayapun sokong gak kalu Amy jadi seperti Akhil Hayy bukan saja pandai bernasyid atau bernyanyi..tetapi berceramah baik agama dan politik..segalanya mungkin..insyaallah..kalu Allah nak campakkan hidayah kepada sesiapa saja yg DIA pilih..berbahagialah wahai insan terpilih..ALLAH HU AKBAR
November 20, 2007 pada 8:35 pm
nanita06
Alhamdulillah, mudah2an kita terus beristiqamah dalam perjuangan hidup ini untuk kebaikan dunia akhirat
November 28, 2007 pada 7:54 pm
sham
tak jumpa plak gambo p raya rumah emi dlm blog dan wordpress….kat mana ya….
Januari 25, 2008 pada 8:38 pm
insan
peewwwwwittt…..
alhamdulillah ..pintu hatimu terbuka dengan ‘nur’ yg diberi olehNya..teruskan perjuanganmu bersama Islam.teruskan niat sucimu utk berhijrah ..insya allah besar pahalanya ..dan insya allah darjatmu akan lebih baik..aku memang minat giler ngan kau..dgar plak kau berhijrah..lagi bagus!..takbir!!
Februari 29, 2008 pada 10:18 pm
Beranikah Artis Pamer Sokongan Terbuka Kepada Pembangkang? « Dengan Izin…™
[...] oleh pimpinan pemuda PAS Pusat,sebagaimana yang saya baca di blog anak Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Nik Abduh. Tetapi bila dicium media, maka mulalah Melodi menghangatkan keadaan dengan menghantar Michelle [...]
Mac 3, 2008 pada 2:46 am
abdi
saya penggemar amy dari indonesia mau bertanya bagaimana bisa mendapatkan cd lagu search yang sekarang sudah jarang beredar di sini?
Mac 22, 2008 pada 10:32 am
Andi
Salam kenal buat Amy Search
April 10, 2008 pada 7:08 pm
budok qlate
cayalah…emy pun nampak dah berubah ke arah nasyid…
April 15, 2008 pada 4:42 pm
Muhtar Suhaili
Sungguh Alam Telah Meyakinkan… Kau Mesti Kembali!:
http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2008/04/13/sungguh-alam-telah-meyakinkan-kau-mesti-pergi/
April 17, 2008 pada 6:44 pm
zaini_jb
Salam…moga kita semua di dalam petunjuknya =)
http://usrahkini.blogspot.com
Mei 6, 2008 pada 11:00 am
Dua Sifu « Azrul’s Site
[...] beberapa entri seperti dari Muhtar Suhaili dan Ust Nik Abduh bercerita tentang Sifu Rockers ni. Masakan tidak, saya pun minat lagu-lagu beliau seperti Isabela [...]