Salam Kamunting dan salam Ramadhan,
Kekanda saya, Nik Adli bebas daripada kongkongan ISA, akta bawaan otak bawah tempurung pemimpin Umno yang menjarah negara dengan buas dan menjengkilkan. Terbanglah engkau kekandaku bagai burung yang dilepaskan dari sangkarnya yang menjerat. Allah membebaskan kau dan rakan – rakan selepas 6 tahun dicakar kuku besi pemerintah zalim yang memusuhi tuhannya sendiri. Firaun adalah pusaka syaitan untuk manusia syaitan!
Nikmatilah rasa cakaran itu. Ia adalah nikmat senang selepas susah, luas selepas sempit dan bahagia selepas derita. Ia nikmat duniawi sebelum engkau menuntutnya seegomu di akhirat nanti daripada penjarah yang menjarahmu. Aku bangga menjadi adindamu dan rakan kepada rakan – rakanmu. Engkau betul – betul anak ayah!
Beliau mengkhabarkan berita gembira ini semasa saya di katil di hospital 10 hari lepas. Ah, susah senang beriringan! Selambanya wajah beliau dan tanpa riak dendam yang berkesumat. Itulah Nik Adli jika anda bertanya, siapa Nik Adli? ISA tanpa parut yang ditakuti, bahkan menjadi kebanggaan yang sukar diterjemahkan kecuali melalui pancaran iman yang sungguh jernih kilasannya.
Pergi mampus ISA dengan noda dan dosa yang membusuk bersama Umno dan penghuninya! Aku mendoakan dan seluruh manusia yang bukan Umno mendoakan kesejahteraan untuk mangsa tahanan ISA yang masih merengkok mendekam di sebalik jeriji kezaliman thaghut. Semoga Allah membahagiakan kalian dengan iman dan taqwa yang terbekal dalam dulang emas buat kalian.
Tuhanku, gantikan suami yang terkurung, bapa yang tergari dengan Engkaulah sebagai Wali isteri dan anak – anak yang menanti di pagi Syawwal. Bahagiakan mereka dengan janjimu untuk suami dan mereka sendiri. Hodohkan wajah mereka yang menyokong ISA walaupun mereka bergelar ulama yang meleret – leret bintang dan pangkat duniawinya. Merekalah seburuk – buruk wajah yang layak dipandang seburuknya. Merekalah fitnah sebelum datang fitnah dajjal!
Anda tahukah betapa ISA memunahkan ceria hidup sebuah kebebasan pemberian Allah untuk manusia di bumi Malaysia ini? Anda tahukah betapa ISA menjahanamkan rasa bahagia dan sukacita kurniaan tuhan terhadap insan yang memilih untuk menjunjung perjuangan menegakkan kebenaran? Anda tahukah betapa ISA menghiris dan merentap hati seluruh keluarga mangsa yang dipisahkan sehinanya lewat jeriji besi kesombongan dan takabbur yang melampau daripada suami dan bapa yang mendekam lama membilang hari perhitungan? Anda tahukah betapa ISA membunuh izzah dan jati diri umat Islam seluruhnya? Anda tahukah betapa ISA memburukkan nama agama Islam di mata masyarakat bukan Islam? Anda tahukah betapa meredhai akta zalim ini adalah kecelakaan bertimpa – timpa ke atas negara tercinta ini?
Apa anda tahu tentang ISA jika anda masih rasa segar dan tiada rasa simpati jika disebut rasa gundah dan rasa belas terhadap si ibu yang menyambut lembaran Syawwal sedang si anak menarik baju si ibu bertanyakan, “Ummi, bila abi mahu pulang? Mengapa abi dipenjarakan?” Lalu si ibu dalam gerimis air mata mengusap kepala anak dan terus menipu dan menipu demi mencurah secangkir rasa syahdu dan ceria di wajah permata suaminya di pagi raya yang tempang.
Bergalaklah kamu wahai Pak Lah dan kuncu – kuncumu yang keras mengering jiwa dan hati mereka dan bergelak ketawalah di pagi rayamu dengan juadah yang kosong daripada keberkatan dan kebaikan. Allah dan para malaikatnya mendodoikan kalimat – kalimat kesejahteraan buat hambanya yang teraniaya. Teraniaya oleh keegoanmu yang terlarang dan terlaknat!
Pada bulan yang mulia ini, muliakan diri kita dengan menjadi pejuang yang menjeritkan kalimah – kalimah yang mengecam ISA dan mencacinya. Laungkan kebencian terhadap ISA di mana – mana sampai si pekak badak menjadi sembuh dek mendengarnya dengan kejelasan buat pertama kali.
Khabarkan isteri anda saat anda bersenggama di katil empuk tenggelam dalam dunia keseronokan bahawa ISA akan menjahanamkan senggama kita. Biar senggama kalian menjadi sejuk dan beku dihujani tempias kebencian yang meluap terhadap ISA. Ceritakan pada anak – anak anda bahawa ISA akan menghalang mereka menaiki kereta bersama ayah dan ibu untuk sebuah riang ria cuti – cuti Malaysia. Biar meluap -meluap kemarahan dan ketakutan mereka.
Ajarkan mereka membenci Umno sebagaimana bencinya mereka dicampak ke dalam api yang panas. Kemudian suruh mereka khabarkan kepada kawan – kawan mereka akan kejahatan dan kezaliman ISA dan Umno. Suruh anak - anak menyuruh kawan - kawan mereka memberitahu ayah – ayah mereka kejahatan ISA sampai malu ayah – ayah mereka yang masih ceria dan bahagia di sebalik kesempitan hidup keluaraga mangsa ISA.
Semoga Allah melipat gandakan amalan mereka yang dizalimi. Bersamalah membela mangsa kezaliman dan berbahagialah kerana menjadi pejuang menentang kezaliman. Allah bersama pejuang.


3 comments
Comments feed for this article
Oktober 6, 2007 pada 12:06 pm
shahrir
Allah Akbar!
ISA dan akta OSA, keduanya memang kejam!
Mohon izin Ustaz untuk menghebahkan tulisan Ustaz.
Oktober 11, 2007 pada 2:40 am
nikabduh
shahrir,
terima kasih kerana berusaha menghebahkan. allah menggandakan pahala di bullan ini. selamat hari raya
Ogos 21, 2009 pada 12:59 pm
Abu Hasan Chan
SOKONG UMNO MASUK NERAKA
Ini sekadar hujjah saya …..saya bersetuju dengan apa kata Nik Aziz bahawa siapa yang sokong UMNO masuk neraka. Nama saya ialah Abu Hasan Chan , seorang Muslim berketuranan Cina yang tinggal di Malaysia. Saya belajar darihal Islam sudah lebih daripada 30 tahun. Ini bukan soal politik tetapi perkara aqidah untuk selamatkan diri , kenapa saya tidak akan sokong UMNO.
1) Berdasarkan ayat Al-Qur’an yang bermaksud , “Wahai orang-orang beriman janganlah kamu cenderung kepada orang-orang dzalim yang mana kamu akan disentuh oleh api neraka”.
[Surah Hud 11:113].
2) Antara kedzaliman UMNO ialah menggunakan ISA untuk menangkap orang and mengurung mereka tanpa dibicara yang mana salah seorangnya ialah Nik Adli , anak kepada Nik Aziz yang dituduh menjalankan kegiatan keganasan tanpa ada sebarang bukti. Dia dikurung selama 5 tahun oleh pihak UMNO tidak boleh bertemu anak dan isteri.
3) Anak dan isteri Nik Adli sentiasa berdoa terhadap orang-orang yang dzalim dan doa-doa mereka itu tidak ada hijab antara mereka dan Allah. Ini salah satu hujjah UMNO yang dzalim itu akan masuk neraka.
4) Perbuatan memisahkan antara suami-isteri itu yang mana si isteri menderita siksa batin bertahun-tahun lamanya adalah perbuatan yang amat dzalim , sama seperti mana yang disebut dalam ayat Al-Qu’an ada persamaan dengan perbuatan Yahudi menggunakan ilmu sihir untuk memisahkan perbubungan antara suami dan isteri yang bermaksud …”…yang ilmu sihir itu mereka akan dapat menceraikan antara suami dengan isterinya…” [Al-Baqarah 2:102]
5) Oleh sebab pemimpin-pemimpin UMNO suka mengeluarkan kata-kata kufur yang mereka tidak pernah bertaubat secara terbuka terutama sekali berkaitan hukum tutup aurat sebagai contoh , termasuk Dr Mahathir , Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak , perbuatan mereka tidak menyuruh isteri-isteri mereka pakai tudung di khalayak ramai seolah-olah hukum tutup aurat itu perkara remeh. Mahyuddin Yassin yang menyuruh Nik Aziz bertaubat kononnya Nik Aziz mempersenda hukum Islam , yang Mahyuddin Yassin sendiri pernah menyifatkan hukum tutup aurat bagi atlit-atlit berugama islam adalah ajaran sesat katanya.
6) Tentang UMNO yang suka mengunakan istilah “perkara remeh” disanggah oleh ayat Al-Qur’an sendiri yang bermaksud, “ ..dan kamu menganggap perkara itu remeh , tetapi di sisi Allah perkara itu adalah berat..” [An-Nur 24:15]
7) Perbuatan bersandar pada akal dan memperkecilkan hukum-hukum Islam terdapat satu teguran dalam Al-Qur’an sendiri …”Wahai orang-orang beriman , janganlah kamu mendahului Allah dan dan RasulNya …yang amalan-amalan kamu akan terbatal sedangkan kamu tidak menyedarinya..” [Al-Hujurat 49:1-2]
9) Kesimpulan kepada bebrapa hujjah di atas , ulama-ulama Islam membuat kesimpulan bahawa …..kata-kata yang ditujukan kepada pemerintah yang dzalim untuk membawa mudharat kepada orang Islam , amalan-amalannya akan terbatal (menjadi kufur) sepertimana sebaliknya kata-kata yang dituju kepada pemerintah demi menegakkan urusan kebenaran dan penyokongnya , maka akan masuk syurga. [ Huraian daripada kitab “Minhajul Ad-Dakwah Al-Islamiyah” susunan Dr Muhammad Amin Al-Ansori, pada muka surat 297, cetakan Maktabah Al-Ansori]
10) Dalam erti lain kalau kita menyokong puak atau parti yang ada sifat-sifat kedzaliman , maka kita dikira sebagai penyokong yang akan masuk neraka. Sebaliknya pula kalau kita menyokong puak atau parti yang menentang kedzaliman , maka kita mendapat syurga. Ertinya juga jika kita mengundi UMNO akan masuk neraka dan jika kita menggundi PAS akan masuk syurga. Yang lebih afdal lagi kita berbuat sesuatu adalah dengan tujuan menghapuskan kejahilan , kemungkaran dan kedzaliam …maka kita memilih jalan ke syurga.