Salam Kamunting,

Masuk dunia internet ni, bagi saya lebih bagai seekor tupai berbanding seekor burung. Sekali lompat kita hinggap di KL. Lompat lagi, masuk dunia EPL ( kenapa la Micheal Owen asyik cedera? ). Lompat lagi, jumpa Syeikh Qardhawi kat Doha sana. Tersalah stunt, masuk kawasan hitam. Aduh..  Nak relaks – relaks, loncat saja ke laman nasyid Islami, us tantawi, us zaharudin, muhtar suhaili, waejo, roslan sms, albazrah, binti muhammad, kaset79 dan..

Jika nak buat adjustment, kecek kecek la dengan Tok Mudin.. :)

Jika berani sangat, lompat la dengan Pembebel ke Taiwan! Mana ‘Namewee’? Aku nak makannn..

Agaknya, kerana asyik lompat – lompat ni lah, Cincai terjunam lalu terpaut laman saya ni.. nikabduh.wordpress.com. Cincai asyik sangat bermain di julai atas, tiba – tiba di sentap pembebel agaknya, terus terpelanting menjunam. Bila kejap berpaut di laman jalan yang lurus ni, dia buka mata.. Hah, semua melalak! Gwen Stefani melalak! Namewee melalak! Pas kadang – kadang melalak juga!  

( Aduh, kerana ku kata Gwen melalak, Cincai kata ayahandaku pun melalak juga! aduhai berdosakah aku? )

Assalamu alaikum CINCAI!

Saya seronok sekali anda membaca dan memberi komen. Sup gear box lagi untuk kali ke dua. 2 bulan lepas ada yang minta saya letak jawatan semua jawatan parti di Kelantan. kronisme katanya. Itu sup gearbox pertama. 

Saya tidaklah mahu bersegera menjawab komen anda itu. Hanya jikalah anda tahu beza di antara dua neraca, pasti anda tidak menyamakan di antara keduanya.

Cuba – cubalah berjalan di jalan yang lurus ini, kerana anda juga sukakan jalan yang lurus seperti saya. Saya seperti anda. Lurus adalah pada Al Quran. Lurus adalah pada sirah Nabi sallallahu alaihi wasallam. Sesiapapun berhak.

Al Quran berkata:  “… Dan sesiapa yang membersihkan dirinya, maka ia melakukan pembersihan untuk dirinya sendiri. Dan kepada Allah jualah tempat kembali. Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang celik. dan tidaklah sama gelap gelita dengan cahaya yang terang benderang. Dan tidaklah sama suasana teduh dengan panas yang teramat. Dan ( demikianlah juga ) tidaklah sama orang – orang yang hidup dengan orang – orang yang mati.. “  Fathir: 18 – 22

Moga CINCAI datang lagi. Tempat jatuh lagi dikenang…