Salam Kamunting,
Dah baca cerita Musharraf membunuh rakyatnya di Pakistan? Apa yang anda rumuskan?
Semalam akhbar Utusan siar gambar tentera Amerika ( 20an ) yang hangus lebih 90% tubuhnya akibat serangan bom di Iraq. Apa yang anda rumuskan?
Dunia keliru.. Untuk apa semua ini?
Katakanlah, Allah mengizinkan keadilan di dunia walau di negara kekufuran. Tetapi Allah tidak mengizinkan keadilan di bumi muslimin yang menolak Al Quran!
Negara barat mengecapi keadilan yang kita tagihkan untuk kita di dunia muslim. Lihat pencapaian mereka dan lihat kejelikan dunia kita..
Musharraf bongkak. Payah sangatkah pemerintah negara besar itu nak selesaikan isu di sebuah masjid? Golongan ulama bersatu nak tolong beliau selesaikan isu dengan aman. Mereka lebih arif sebab pemberontak adalah daripada kalangan mereka, ulama juga. Musharraf menolak kecuali kekerasan.
Berlaku pembunuhan. Hasilnya, berlaku pembunuhan berterusan.. dan sampai bila?
Penyelesaian bodoh daripada ketua negara yang zalim. Negara barat ketawa sebab seronok melihat kita terus diperintah pemerintah yang zalim lagi bodoh.
Kita dihina bila kita tolak Al Quran. Allah lempar kita ke sudut itu. Pilih samada kamu kufur terus atau terima Islam 100%.
Tiada peluang bagi kita memperohi keadilan selagi ketua kita adalah MUNAFIK.
Amerika adalah syurga dunia kekufuran. Rakyatnya dan blok Eropah mengecapi keadilan dan keselesaan yang tiada di tempat lain termasuk di negara muslimin. Dulu mereka gelap kerana mereka tidak berilmu sebagaimana kerajaan Islam Andalus yang hebat itu. Hari ini mereka berilmu dan ilmu telah memandu mereka kepada keadilan yang sememangnya hak kita.
Kita pula menyembah Allah dalam jahil, bahkan bongkak.
Baki lagi, Amerika dan sekutunya hilang suatu yang besar. Mereka hilang Allah yang memandu dan menunjuki. Ilmu tanpa Allah hanya memandu di dunia, sedang Allah yang memberi ilmu itu memandu kita sampai akhirat.
Maka, Amerika adalah dunia matlamat hidupnya. Mereka hidup untuk dunia. Merancang untuk dunia dan hidup mati untuk dunia yang penuh keliru ini. Hasilnya, rakyatnya terpaksa mengecap pahit manis hidup di dunia. Satu pihak berseronok dengan harta bertimbun – timbun ( Pak Lah tidak cari harta bertimbun – timbun… ), satu pihak dihempap harta yang ditimbun.
Salah seorangnya adalah tentera muda Amerika itulah.. dia hanya boleh bertanya, mengapa aku jadi mangsa? Itulah kegelapan yang tiada lampu suluhnya. Mereka tiada Allah yang menyuluh.
Musharraf memerangi Allah. Allah berkata ( Hadis Qudsi ): ” Barang siapa memerangi waliku, maka Aku laungkan peperangan ke atasnya.”
Di Malaysia, siapa memerangi Ustaz Ibrahim Libya sehingga sejarahnya itu berulang kembali di Masjid Merah di Pakistan itu. Masjid itu adalah sejarah Memali lepas. Siapa memerangi Allah?
Kita menuntut Pak Lah menyatakan kekesalan dan kesilapan tindakan kerajaan di Memali. Jika tidak, Umno akan terus hitam sejarahnya dengan para ulama.
Tiada ulama yang mendukung Umno kecuali ulama yang jahat.
Selamat menonton kezaliman Umno di bumi bertuah ini. Atau, selamat berjuang menolak kepimpinan zalim ini. Pilihlah, semoga Allah menunjuki..


5 comments
Comments feed for this article
Julai 18, 2007 pada 3:30 pm
Tazkirah Ringkas: Siapa memerangi Allah? « Kecek-kecek Tok Mudin
[...] Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz [...]
Julai 19, 2007 pada 8:44 pm
Dinpas
bagaimana pula dgn Hizbut Tahrir yg mengatakan dirinya parti politik Islam tp tak mau demokrasi (x syarie katanya)…Dlm masa yg sama mereka seolah2 tdk bersetuju kpd PAS…Pelik lah..ramai yg tanya tapi ramai pulak yg xleh nak jwb…makna yg yg x tahu apa itu Jemaah Islam yg sebnrnya…mohon penjelasan..tima kasih pd jwpn2 lepas & jwpn2 akan datang…
Julai 19, 2007 pada 10:20 pm
nikabduh
Dinpas,
banyak pula soalan anta ni. soal yang berat2 tu, nantilah kalau ada kesempatan.
Saya sedikit ( banyak2 ) berhati – hati untuk menjawab yang telah timbulkan kekalutan sesama sendiri. Tak elok jika jawaban saya memanaskan, tapi tak masak pun.. hizbu tahrir, syiah dan mungkin apa2 lagi lepas ni.
Cuba buka zaharuddin.net. ada kejelasan sikit pasal sidang fiqh tu. beliau hadir, katanya.
Jawaban saya tu bukan fakta, ya. itu panduan mudah. Saya tulis dalam keadaan tak tahu isinya, kehadirannya siapa, penganjurnya dan … Tujuan saya, memandu untuk menjawab. Tulisan Zaharuddin membenarkan apa yang saya kata.
1) TIDAK MUNGKIN ULAMA BERSATU ATAS PERKARA YANG BATIL.
2) KKNYA UMUM. MAKA SETENGAH ULAMA MENERIMANYA SECARA UMUM.BUKANKAH ISLAM HADHARI ITU UMUMNYA NAMPAK COMEL?
TUJUANNYA, MENIPU!
Julai 20, 2007 pada 11:14 pm
Dinpas
tanya sy bkan apa ustz…sy ingat dan masih segar dlm minda sy ni suatu ketika dulu,semasa di kelantan..ayahanda tn.guru ada menyebut peristiwa malaikat Jibril yg bertanya tentang ISLAM, IMAN & IHSAN…TAPI kdg kala soalan sy tu benar2 sy xtahu…sbg contoh soalan dl iaitu ttg quwwah & amanah..satu lg,nak tsiqah pd ilmu seseorg ni susah ustz..sebab tu byk persoalan sy asyik tujukan pd ustz(tsiqah pd ilmu & pendirian ustz..hrp maaf kalo byak soalan sgt..apapun,tima kasih byk.
Julai 20, 2007 pada 11:19 pm
Dinpas
sape2 yg tak faham lg ttg islam hadhari,rajin2 lah buka buku…contoh,sejarah penaklukan tentera mongol(tartar) ke atas baghdad, sejarah Deen Ilahi oleh the great akbar (tgk jug buku sej.1 tingktn 6.ayat quran…wallazinattakhozumasjidan diraran wakufran watafrikon…hingga akhir ayat…lepas ada byk lg soalan.hrp ALLAH bg kemudahan pd ustz nak jwb soalan drp para penanya…