Salam Kamunting,
Kiranya genaplah sebulan saya menulis di blog ini. Hah, jadi satu kerja pulak. Tak nak tulis, nak tulis. Tak tulis, kena tulis. Nak tulis, letih..
Saya dah lama tak menulis. Lama sangat. Dulu, masa di menengah Maahad Muhammadi, saya acap juga menulis. Saya masa tu jadi ketua lajnah penerbitan badan dakwah. Kami buat majalah bulanan yang seadanya saja. Bila kawan – kawan puji tulisan saya, saya lagi naik angin nak menulis. Kena make ko pong, kata orang Kelantan. Maksudnya, macam belon bila dipam. Bila dipuji – puji, kembang terangkat hidung jadinya. Di makan perasan.
( Ini penyakit jiwa. Pejuang Islam yang asyik seronok dipuji, biasanya akan lupa hakikat kelemahan diri. Akhirnya dia kecewa jika ditegur, luntur bila dibelasah, panas bila dinasihati. Jadi, jaga – jagalah diri bila dipuji. Ada tiga rangkap doa Nabi SallaLlahu alaihi wa sallam untuk menghindar penyakit ini. Tuan Guru Hj Abdul Hadi pernah baca doa ini dalam satu muktamar dulu ( 10 tahun? ) sambil menyebut, “Ini doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz minta saya baca dan sebut dalam muktamar ini sebagai ingatan bersama.” )
Saya menaip kadang – kadang sampai jam 3 pagi. Seronok campur ikhlas campur perasan. Akhirnya saya terganggu dalam tidur saya. Makhluk jin datang mengganggu. Tak boleh lelap kadang – kadang sehingga menjelang subuh. Bertarung dengan jin. Macam cerita Tamar Jalis jadinya, kalau saudara yang sezaman saya boleh ingat!
Saya menjadi tak keruan. Takut dan keliru. Macam – macam fatwa daripada orang yang saya tanya. Jin nak berkawanlah. Anta bakal jadi tok bomohlah. Akhirnya saya mengadu kepada ayahanda. Dia diam lama juga. Kemudian dia kata, tak cukup tidur agaknya. Jawaban itu manalah memuaskan hati saya.. Tak thrill langsung!
Itu sehinggalah ilmu membuka hakikat kebenaran. Tubuh yang lemah akan diserang dari luar dan dalam. Dari luar makhluk halus bernama kuman dan bakteria menyerang. Dari dalam makhluk halus bernama jin menyerang. Semuanya mengambil peranan bila tubuh letih, apatah apabila akal dan emosi turut terganggu.
Akal yang sihat adalah pada tubuh yang sihat.
Rupa – rupanya tidur itu sejenis ubat pada tubuh. Masing – masing kita perlu menjadualkan keperluan tubuh untuk tidur. Di medan Badar, Allah mengurniakan mengantuk dan tidur sebelum para pejuang Islam memulakan peperangan yang dahsyat menentang tentera kufur. Mereka bangkit dengan tubuh yang sihat dan semangat yang hebat, lalu mereka memperohi kemenangan gemilang.
Walaupun saya agak lama menerima gangguan itu ( hatta di India pun ) sehingga saya dah jadi tak takut lagi, ia memberi ilmu yang berguna mengenai hakikat kewujudan makhluk itu. Ramai sahabat saya daripada kalangan ustaz yang dah jadi bomoh jin. Saya tidak dan tak berminat lagi.
Dikatakan jin di Malaysia amat mengenali dua orang. Paling ditakuti oleh mereka ialah Dato Dr Harun Din. Paling dihormati oleh mereka ialah Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz. Sebut nama yang pertama, menggigil para jin. Sebut nama yang kedua, lemah gemalai pula jadinya.. Dikatakan..
Cuma ada sekumpulan jin yang tak reti takut dan tak reti hormat. Namanya jin Umno.. Bukan saja manusia, golongan jin juga berlindung diri daripada kejahatan mereka. WaLlahu a’lam.
Pengundi hantu tu kah? Atau penajanya?
Panjang pula cerita jin nih. Itulah saatnya saya terlalu aktif menulis. Saya berhenti menulis bila belajar di India. Saya banyak membaca dan tiada dorongan menulis. Kami pelajar Malaysia tak sampai 50 orang. Siapalah nak baca tulisan saya. Adalah satu dua artikel yang saya hantar ke majalah Muslimah di Malaysia masa tu.
Bila dah berhenti, payahnya nak mula. Mampukah blog ini mengasah kembali senjata yang dah tumpul berkarat ini?
Terima kasih saya ucapkan pada sahabat – sahabat lama dan baru yang memperkenalkan blog saya ini melalui pautan di blog masing – masing. Terima kasih jiwokelate ( jange dok bejiwo sangat lawe umno deh..), penarik beca ( acap -acaplah tarik beca dekat parlimen nuh, biar umno serabut ), Dhuat79 ( menarik juga blog hero tamil ni..
), mudin001 ( nama ke betul – betul tok mudin ni?), zamri – indhibat.net ( bila boleh jumpa ya? ) dan lain – lain yang banyak membantu melariskan ‘ masanya memilih jalan yang lurus’ ini.
Juga pada komentar sahabat dan kenalan yang dekat dan jauh. Murid – muridku yang kembali berhubung. Moga kalian diberi kekuatan merentas perjalanan yang jauh dan beronak ini.
Akhirnya, khas buat saudara Dinsman yang begitu positif terhadap sanggahan keras saya terhadap tulisannya pasal lakonan watak RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Ingatkan dia nak bagi penumbuk, rupa – rupanya perangsang yang menyeronokkan dan menyegarkan untuk saya kembali menulis.
Selamat buat semua. Moga Allah menyusun kita di safNya.
Lawan Umno sampai orang tahu kita lawan Umno.
Lawan Islam Hadhari sampai malaikat tahu kita lawan Islam Hadhari.
Lawan Munafiqin sampai mereka tahu kita lawan mereka.
Lawan, lawan dan lawan sampai tuhan tahu kita lawan, lawan dan lawan.


19 comments
Comments feed for this article
Julai 12, 2007 pada 11:40 pm
zamri
Assalamualaikum, ustaz
kita pernah berjumpa cuma tidak pernah berbicara
ana dok muncul juga kadang2 dalam demo, TM(sebelum pejabat berpindah)
apapun,teruskan usaha,ustaz
Moga diberkati ALLAH
Julai 12, 2007 pada 11:45 pm
zamri
ustaz, boleh tolong diskusi buku “Rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah” karangan Us. Fathi Yakan dalam blog ustaz ni dak?
Julai 13, 2007 pada 11:04 am
adilah
assalamualaikum….tulisan yang menarik dan santai….teruskan perjuangan
doakan moga kita sentiasa istiqamah dalam perjuangan ini….
Julai 13, 2007 pada 11:36 am
kaset79
Teruskan menulis sehingga titisan darah yang terakhir.
Julai 13, 2007 pada 2:31 pm
hannah
Ustaz,
Boleh tolong hurai masalah sunni-syiah ni? Dalam temuramah dgn TGNA & Harakah yang lalu macam nak cari perdamaian. Tetapi ramai di kalangan syadid2 sunni marahkan PAS kononnya PAS melindungan orang syiah. Cuba ustaz rujuk http://www.pasitusyiah.blogspot.com.
Tak faham saya, dan betulkah dalam PAS ada org syiah? Dan macamana kita nak berperanan?
Julai 14, 2007 pada 11:47 pm
nikabduh
hannah,
hajat di hati tak nak sentuh hal hal balah ni.. cubalah tanya orang lain dulu..
nak kena jawab ke? kenapalah kamu tanya saya?
nantilah, nak kena baca blog tu dulu.. dia kata apa?
alahai, tak nak tulis, nak tulis. tak tulis, kena tulis. nak tulis, letihhhh…
Julai 14, 2007 pada 11:52 pm
nikabduh
zamri,
1) buku apa tu? arabnya tajuk apa? yg dia sebut musuh mukmin yang 5 golongan tukah?
2) nak diskusi mcmana dlm blog ni? nak kena tulis ke?..
aduh, tak nak tulis,……..nak tulis, letih!!
Julai 15, 2007 pada 3:13 am
zamri
Ya ustaz,buku tu la….
kalau ustaz ada masa lapang la…
dulukan yang mana penting dulu
Julai 15, 2007 pada 4:08 pm
DrNorlida
Ustaz,
Ustaz sebagai permata yang bakal menyinar di persada perjuangan PAS.Sebagai orang muda, berpendidikan saya harap ustaz menjadi pelita yang akan menerangi perjalanan pemuda-pemuda PAS seluruh malaysia.
Teruskan memandu pena-pena untuk menyebarkan fikrah islamiiah yang soheh, manhaj yang asolah( Asli ) berpandukan perjalanan ulama salaf seperti Ibu Taimiyah dalam bab jihad bukan menyibar pendapat-pendapat fikhiah yang memecah belah umat yang kalut dengan panahan islam hadari yang terpesong.
Ustaz,
Ulamak-ulamak yang silam, dahulu kala, kita kenali dengan kitab-kitab penulisan yang mereka tinggalkan.
Rugilah orang-orang yang pandai bertutur, berceramah tetapi tidak membukukan ceramahnya..sebab hidupnya generasi akan datang , adalah dari bekalan peninggalan generasi sebelum..putus sanadnya…
Wahai pemuda-pemuda,
Saya telah mengkaji dan bertanya teman-teman yang rapat dengan ustaz tentang perjalanan menuntut ilmu oleh ustaz nik mohd abduh. Beliau bermula di sekolah mahaad muhammadi,belajar di India di Lucknow dengan Maulana Abu Hasan Ali Annadwi,
Kemudian beliau ke Deoband, menghafal al quran, belajar ilmu hadis sunnah sittah dengan Maulana yang tersohor di India ..Berangkat ke Mesir untuk menyambung di Universiti Alazhar…
Kalau di lihat perjalanan ilmu beliau, sama dengan perjalanan pembelajaran ayahnya Dato. Menteri Besar.
Ustaz adalah bakal pemimpin pemuda-pemuda harapan bangsa.Usah hiraukan duri-duri yang berada di perjalanan yang iri hati dengan penonjolan ustaz.
TERUSKAN MENULIS …MAUDUDI DIKENALI DENGAN BUKUNYA..
Julai 15, 2007 pada 9:24 pm
Dinpas
Pada 9-13/7/07 telah diadakan Persidangan Fiqh Sedunia kali yg ke-18.Terdapat 10 perkara yg dibincangkan dlm persidangan tersebut. Antara yg trt dibincangkan ialah Islam Hadhari iaitu pd 10/7/07 jam 9.00pg-11.00pg.(pembentangnya ialah-prof dr.shukor-Malaysia, Prof.Dr Qutob Sano-UIA, Prof Dr.Abd. Latif Al-Farfur-Syria, Prof.Dr. Abd Majid Al-Najar dan Dr. Muhammad Sharif….Dikatakan ramai dikalangan ulama bersetuju dgn Islam Hadhari, cuma nama je xsesuai dan pelbagai pndangan lg…Justeru, sy mohon penjelasan & komentar drp yg berbahagia ustz ttg kekeliruan sy yg dhaif ini.didahulukan dgn tq byk2.
Julai 16, 2007 pada 10:30 am
hannah
Ustaz,
Biasanya saya ada juga jumpa Ustaz Nasa, tapi sampai sekarang tak berkesempatan lagi nak jumpa dia utk apa2 diskusi. Alang2 dah ustaz ada blog ni, ustaz tulis la sikit.
Julai 16, 2007 pada 6:49 pm
kaset79
Tulis taknak tulis tulis taknak tulis tulis….
tulislah…
Sekadar berkongsi entry blog saya.
-copy bermula-
Pedoman Pak Shukor
Tulislah dalam apa genre sekalipun, namun seorang penulis mestilah mempunyai misi yang tertentu dan berfungsi:
1.Menjadi jurubicara hati nurani masyarakat pada zamannya.
2.Menjadi saksi dan pelaksana kepada perjuangan kebenaran dan keadilan.
3.Menjadi pemangkin kepada perjuangan kemanusiaan seluruhnya.
4.Menjadi perakam sejarah zamannya.
5.Menjadi jurutera kepada jiwa manusia.
6.Menjadi pembuka minda masyarakat untuk melihat dan menganalisis pelbagai kemungkinan masa depan dunia dan segala isinya yang akan berlaku.
7.Bersikap amanah terhadap profesionnya.
Pokoknya bertanggungjawab terhadap tulisannya.
Bertanggungjawab terhadap ummahnya.
Moga apa yang dikongsi ini bisa membuka lembaran baru bagi penulis sejati seperti anda.
-copy berakhir-
Julai 16, 2007 pada 7:56 pm
paksupas
ustaz kena tulis apa yang ustaz nik rasa nak tulis,
yang penting komputer tu dimanfaatkan,
paksupas nulis masa masuk cyber jer.
sekadar tengok-tengok semua blog dan webssait dan surat kobar internet sejam dua, paksu tubek puas hati tengok blog ustaz nik berubah.
paksupas nak nulis juga tapi laptop takdak, lepah tunya paksupas naip guna dua putong jari jah, lambat juga de se lagi nak nulih ni kena mikir juga.
harap kemaah jadinya paksu napak gayanya kena ambil bahagian baca saja lah.
Julai 17, 2007 pada 10:35 am
nikabduh
kaset79,
Ya. Terima kasih atas panduan itu. Bagus juga jika dapat bertemu penulis penulis veteran.
Dinpas,
Saya tak tahu isi persidangan itu kecuali sedikit yang disiar akhbar hari itu pasal rumusan menerima Islam Hadhari. Ambil ini:
1) Jika benar, usah keliru sebab sebagai mana kebenaran ada pendukungnya, begitulah kezaliman. Kematian Firaun ditangisi sebagaimana kematian Musa alaihis salam.
2) Jika benar, siapa mereka untuk kita menerima hujahan mereka sedangkan ulama lebih besar dan lebih ‘advance’ kelayakannya telah menolaknya. Yusuf Al Qardhawi enggan menerima Islam bid’ah ini. Juga keseluruhan pendakwah harakiyyah yang berjuang menegakkan Islam telah menelanjangkan faham faham jenis ini yang menyesatkan.
3) Saya yakin ada yang menentang yang disembunyikan maklumat mengenainya di dalam persidangan berkenaan. Umat Islam(ulama) tidak mungkin berkumpul di atas kesesatan. Itu jaminan abadi.
4) Jika tiada, saya yakin mereka adalah peserta yang yang telah ditapis fikrah mereka seribu kali tapis sebelum dijemput. Tidakkah ini kejadian biasa dan trend Umno sepanjang masa?
5) Lihat isi yang dibentangkan kepada peserta di dalam memperkenalkan Islam Hadhari itu. Kebiasaannya dibentang perkara – perkara pokok Islam yang diterima umum. Keadilan, keamanan, kemajuan dan sebagainya. Jika ini, apa peliknya jika ulama luar menerima Islam Hadhari. Bayangkan jika dipanjangkan pelaksanaannya seperti menghalalkan ISA, murtad yang dibiarkan, arak, judi, dan penzinaan yang dihalalkan dan … Adakah ulama ini akan terima juga. WaLlaahi.. La.. abadan..
Faham Dinpas?!
Julai 19, 2007 pada 12:24 pm
Keyman
Assalamualaikum Ustaz…..
Ana rasa ada satu jenis lagi jin yang yang tak berapa takutkan Allah ni…
Jins Samsuddin.
Wasalam
Julai 19, 2007 pada 8:34 pm
Dinpas
alhamdulillah…tima kasih byk2..i.allah nanti ada soalan sy tnya lg…tp ust,adakahtakde jwpn2 khusus kpd persidangan itu agar takde kekeliruan kpd masy yg terbuka hatinya…jwpn2 berdasarkan fakta…maklumlah,skrg ni masing2 manusia tak kan terima jika tak berfakta tepat..nak wat cner..apapun tima ksih byk..i.allah sy akn perpanjangkan jwpn ustz ini pd yg lain..
Julai 23, 2007 pada 5:58 pm
Ibnu Daud
Assalamualaikum,
ust kalu tgk saya insyaAllah kenal…tak perlu la cerita panjang2, syukur dpt kenal ustaz dan pejuang lain dgn lebih dekat.
tahniah ada blog sendiri…semoga terus beroleh taufiq utk menulis dan menyebar perkara yg benar, amiin.
Dr. Norlida, tq share ttg perjalanan ust menuntut ilmu…kalu tanya sendiri dgn ust belum tentu dia akan cerita!
Julai 31, 2007 pada 10:58 pm
cahaya petunjuk
Assalamualikum
Moga Ustaz terus menulis walaupun letih, Untuk panduan kami terus berada pd jln yg lurus
Ogos 2, 2007 pada 3:58 am
mudin001
Salam Kamunting ustaz,
Tak perasan ustaz sebut nama ana di sini. Ana Tok Mudin olok-olok aja… haha!
Anyway, ana suka tulisan ustaz, dan sahabat-sahabat ana pun ramai yang suka.
Salam ukhuwwah. Wassalam