Salam Kamunting,
Terima kasih Tuhanku. Pujianku dan pujian alam untukMu biarlah sejumlah pujianMu atas diriMu sendiri. Takkan mungkin ku capai segala kewajiban junjung kasihku padaMu.
Ayahanda selamat keluar hospital 2 hari lepas selepas 3 hari berehat di bawah pengawasan berterusan para doktor. Terima kasih kepada semua warga HUSM yang terlibat memberi perkhidmatan yang baik dan penuh rasa kasih kepada seorang Tuan Guru yang mentadbir negeri dengan penuh pujian keadilan.
Seorang ulama salaf, ketika melihat dari jauh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz disambut kedatangannya oleh rakyatnya dengan penuh kehebatan, berkata kepada para murid disampingnya, ” Jika kamu mahu mengenali orang yang dikasihi Allah di bumi ini, lihatlah bagaimana Allah menambat hati manusia untuk menghormati dan menjunjung orang yang dkasihiNya.”
Semoga Allah merahmati ayahanda dan orang – orang yang mencintainya dan para ulama.
Malam sebelumnya, saya pula selamat menimang cahaya mata yang ditunggu – tunggu. Anak lelaki ke lima daripada tujuh sinar cahaya kurniaanNya. Syukurlah isteri saya kembali sihat selepas menempuh rentetan tiga saat kegetiran yang dahsyat yang saya tak mampu kecuali mulut yang tak henti – henti mencari dan menanti belas kasih tuhanNya.
Sepanjang menemani saat – saat beberapa kelahiran, inilah pertama kalinya saya sejuk berpeluh melihat kesakitan yang tak mampu saya kongsi selain menunjuk rasa simpati yang hanya isteri yang tengah kesakitan menagihnya demi menguatkan semangat dan kekuatan diri.
Doktor Siti yang memang terkenal di bibir para ibu di sekitar Kota Bharu dengan kepakaran dan keberaniannya seperti terkedu kelu dengan kesusahan yang beliau sendiri terpaksa lalui. Panjang kalimat – kalimat syukur saya dengar dari lidahnya yang kelihatan cuba menahan pucat yang dilindunginya.
Kerana pucatnya yang jarang saya lihat, bayangkan pula pucat saya ini. Ibu saya, matanya saat itu merenung saya seolah – olah berkata, ” anakku, lihatlah jasa isterimu, seorang ibu, seorang perempuan.” Bagaimana harus saya jawab..
Aduhai kita ini selalu menyusahkan.. masa lahir, ibu kesakitan kerana kita. Masa membesarkan, ibu kepeningan kerana kerenah kita. Bila kita mati, semua orang kesusahan. Jika baik, susahnya dicari pengganti. Jika jahat ( wal iyazu biLlah ), susahnya nak hilangkan kesan jahat kita..
Nasib baik ada kerajaan Kelantan bagi kifalah kematian. Senang hati rakyat Kelantan semuanya. harapkan Umno, baik lagi harapkan burung hantu jaga kubur..
Saya ingin membina keluarga bahagia. Saya mengharapkan isteri yang hebat. Tetapi keinsafan ini membisik dan menyapa bahawa isteri saya mengharapkan kehebatan saya sebagai suami dan ayah melebihi pengharapan saya. Kita lelaki, selalu dibalut keegoan jantan kita ini, sedang isteri, dalam lemah seorang perempuan dia bekerja dan sujud kepada kita.
Aduhai, besarnya jasa ibu. Aduhai, besarnya jasa isteri.
Para suami, jauhilah memarahi isteri.
Dulu saya bengis juga pada isteri. Saya kemudian belajar erti kehidupan. Nilainya pada pengorbanan. Tiada yang berkorban untuk saya selepas ayah bonda selain isteri saya.
Lalu saya berhenti memarahi isteri. Saya mencium dahinya dan saya berkata, “abang tidak akan lagi memarahi sayang.”
Kerja saya bila balik ialah.. terima kasih yang, maafkan abang.
Selepas berlalu beberapa masa, isteri saya memarahi saya. Katanya, dia tidak seronok tidak dimarahi suami!! Aaaa..
Saya tak tahu, sampai bila pelajaran hidup ini akan berhenti..
Anak – anak kami,
Nik Ahmad Shah Waliyullah, Nik Mus’ab Umairi, Nik Nurana Nazeehah, Nik Izzuddin Qassam, Nik Zati Maisuri, Nik Abdul Mun’im dan Nik …. ( hari ke tujuh saya tulis )


13 comments
Comments feed for this article
Julai 5, 2007 pada 11:56 pm
meowsoleh
Assalamualaikum. Tahniah ustaz dan semoga ayahanda ustaz dikurniakan kesihatan untuk menjalankan amanah mentadbir negeri
Julai 6, 2007 pada 10:50 am
syaikhan ubaid (ex-MADA)
salam ukhuwah & salam perjuangan
ust ape khabar..?
ana bersyukur kerana ayak zik sihat…>
terharu kisah ibu yg melahirkan anak…terasa & terharu akan penulisan ust
pd ana…
tahniah ust dpt cahaya mata yg ke 7…(”,)
Julai 6, 2007 pada 11:28 am
fayyad hafizuddin
Salam tahniah buat saudara!
Moga dimurahkan rezeki lagi hendaknya.
Ana seorang pengunjung tetap blog saudara. Teruskan usaha saudara.
Buat ayahanda TGNA, ana doakan semoga kesihatan bertambah baik!
Risau weh! PRU makin dekat dah nih……
Julai 6, 2007 pada 11:34 am
anak klate
assalamualaikum w.b.r
Tanhiah untuk ustaz sekeluargo..ambo pun tupe gembiro untuk ustaz..semugo menjadi pejuang islam yg hebat ..insyaallah
wasalam..
Julai 6, 2007 pada 12:23 pm
PemudaTumpat
Tahniah !!! Moga kelahiran ini akan menjadikan Ustaz lebih gagah di medan perjuangan, insyaAllah.
Dari kami DPP Kawasan Tumpat
Julai 6, 2007 pada 3:42 pm
dppksetiu
assalamualaikum..
tahniah ust ..dapat bby baru..
semoga bertambah seri dalam keluarga dan perjuangan
salam hormat dr
http://dppksetiu.wordpress.com
Julai 7, 2007 pada 8:15 am
hadid
Salam,
Mabruk Ustaz dapat mujahid
Julai 7, 2007 pada 12:10 pm
roslansms
Tahniah atas kelahiran cahaya mata baru.
Saya tertarik dengan penghormatan dan sanjungan yang Ustaz berikan kepada seorang insan yang bergelar isteri. Pengiktirafan seperti inilah yang perlu banyak meniti di bibir ustaz2 kita (dari hebuh nak membilang dan menghitung2 isteri2)
Julai 8, 2007 pada 8:58 am
abu syakirin
mabruk…
semoga kedatangan cahaya mata yang baru ini dapat menambahkan lagi rasa cinta didalam perjuangan islam ini..
selain itu kedatangan cahaya mata baru itu samalah dengan kedatangan blog abe abduh ini. sekurang-kurangnya dapatlah menggantikan usrah MANHAL kita yang telah lama tertangguh..Kalu ada program ceramah,kuliah atau apa saja SMS la deh..Wslm.
Julai 9, 2007 pada 4:46 pm
ambo.nih
Syukur padaNya yg terus memberi kekuatan kpd TG.
Tahniah sekali lagi dari ambo dgn kedatangan seorang lagi cahaya mata. Seronok & sayu bila baca pengalaman Ust yg mana ambo sendiri belum hadapi lagi situasi tsbt tapi ambo sentiasa berdoa dan yakin Allah akan makbulkan doa ambo.
Julai 11, 2007 pada 11:59 am
rms
tahniah ustaz dan isteri atas kelahiran anak yg ke 7.Terima kasih atas penghargaan ustaz kpd ibu dan isteri.Terasa seperti saya pula di hargai.Mungkin ustaz boleh tarbiah muslimin kita supaya lebih menghargai jasa ibu dan isteri.Saya seorang anak,isteri,ibu,ibu mertua dan nenek.Juga bergerk aktif dlm jemaah.Kadang2 takut kerana terlalu banyak peranan di pikul terbabas separuh tanggung jawab.Tapi berkat sokongan suami dan anak2,Alhamdullilah setakat ini ok.Di belakang setaip muslimat yg aktif adalah seorg suami yg mithali.Semuga lebih banyak muslimim boleh membantu isteri masing2 berjuang bersama2 dalam perjuangan.Amin.
Julai 18, 2007 pada 5:13 am
AKM47
Tahniah! Moga anak ini akan mengikut jejak langkoh abi dio berjuang menegakkan Islam.
Julai 19, 2007 pada 1:51 pm
cheqwo dpppc
assalamualaiku,rasanya tk lewat utk mengucapkan tahniah pd anta skeluarga kerana menambah lg sorang pejuang islam…..teruskan dgn tulisan2 yang dapat memberi ilmu kpd semua dan semangat kpd pemuda2 semua..