Salam Kamunting,
Saya sambung lagi taaruf diri saya seperti saya janjikan. Ini kategori borak – borak ( depan hari kita main Tora Bora. Ingat Tora Bora? Tak tahu, tanyalah abang saya, Nik Adli ). Dalam majlis usrah, tak kiralah usrah Pas ke, Jim ke, Abim ke, sesi taaruf cukup menyeronokkan. Naqib yang berjaya pasti menggunakan sesi ini untuk pegang anak buah untuk terus istiqamah dan merasa bangga dengan usrahnya.
Jadi, saya perkenalkan diri saya dulu sebelum saya terus menulis dan menulis. Saudara akan membaca tulisan – tulisan saya seakan – akan saya tengah berborak – borak dengan saudara atau sedang berceramah serius di depan saudara. Membaca tulisan penulis yang kita kenali adalah lebih tuntas dan lebih cerap berbanding penulis yang kita tidak kenali.
Bila saya tahu sikit – sikit pasal tugas ayahanda yang pelik itu, saya kenalah tukar cita – cita. Sekarang saya mahu jadi doktor pula. Bila saya dapat cemerlang dalam penilaian darjah lima, saya cukup berangan – angan untuk masuk sekolah asrama penuh. MRSM atau sekolah sains. Itulah motivasi guru – guru saya masa tu. Belajar sekolah berasrama dapat makan free. Jadi doktor dapat gaji besar, kereta besar. Masa tu kalimah keramat profesional tak timbul lagi. Rasanya cikgu saya pun tak tahu apa benda profesional nih.
Hari ini, trio ungkapan profesional, ustaz dan protaz dah menjadi ancaman yang mengganggu kesuntukan masa perbahasan ahli di dalam muktamar Pas.
Tapi angan – angan itu berkubur begitu sahaja. Ayahanda masukkan saya ke madrasah Darul Anuar, sekolah yang diasaskan oleh datuk saya sendiri, Tuan Guru Hj Nik Mat Alim. Buruknya tak boleh nak sebut. Buruk sungguh. Cita – cita nak jadi doktor pun memburuk di situ.
Semua sekolah ugama rakyat masa tu buruk – buruk. Kalau pondok – pondok pengajian ugama lagilah buruk. Saya tiada motivasi dan arah tuju belajar masa tu. Ayahanda otak lain, guru otak lain. Saya jadi otak – otak. Yang ada hanyalah peperiksaan. Saya hanya berlumba untuk dapat nombor satu dalam kelas dan dari dulu, saya tak pernah dapat kecuali nombor satu.
Sehinggalah saya berpindah ke Maahad Muhammadi di bandar Kota Bharu. Sekolah yang cantik dan hebat. Saya mula di kelilingi suasana persaingan yang hebat. Saya jadi takut bila nombor satu terlepas dari tangan dan saya ketinggalan. Saya tertekan dan menyesal pindah sekolah.
Di Maahad, saya mengenali kawan baik saya, Us Mohd Zahiruddin Mohd ( kini beliau adalah Timbalan Ketua DPPK Pengkalan Chepa. Timbalan saya ). Dengan bantuannya saya mengenal kekuatan diri. Saya kembali bersaing dalam kelompok terbaik. Saya mula seronok bersaing dan belajar. Saya cemerlang lagi dalam SRP ( kini PMR ). Bau hospital sekali lagi menusuk hidung. Aku mahu jadi doktor. Aku mahu ke sekolah asrama penuh.
Sekali lagi ayahanda buat tak tahu. Saya kekal di Maahad Muhammadi. Pintu hospital tertutup sudah. Dumm! Saya melihat diri.. Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz.. Saya selalu bertanya, untuk apa kecemerlangan? Ke mana kecemerlangan mahu membawa saya?
Saya tak pernah tahu masa itu bahawa jawabannya ada di depan saya. Di depan saya sejak kecil lagi. Tiada siapa memberitahu saya bahawa ayahandalah jawabannya. Kecemerlangan adalah untuk membina insan. Insan itu adalah ayahanda sendiri.
Dalam duka itu, Allah memberi jawaban. Saya dirapati abang – abang kelas atas. Dari tingkatan dua lagi saya mengikuti program badan dakwah sekolah. Qiamullail. Kemudian rehlah. Kemudian usrah. Saat ini, saya mengingati seseorang yang di bahunyalah tanggung jawab inqaz dan menyelamat.
Ustaz Zulkifli Ismail. Kami memanggilnya Ustaz Zul Melaka. Semasa tiba di Mesir, saya dengar orang memanggilnya Ustaz Zul Akhlaq! Hari ini beliau kecintaan Pas Melaka. Beliau sinar di dalam Dewan Ulama Pusat. Beliau naqib saya sepanjang zaman. Peliknya, beliau selalu menyebut saya sebagai gurunya. Patutlah kawan – kawan memanggilnya Zul Akhlaq.
Tingkatan empat saya beranjak. Anjakan Paradigma. Cahaya datang berlapis – lapis. Rupa – rupanya, di sebalik rupa buruk wajah bangunan sekolah ugama ada kecantikan yang tiada bandingannya. Tahun itu saya berkata, aku adalah untuk ugamaku. Seperti ayahandaku.
Demikianlah program usrah mengubah hidupku.


6 comments
Comments feed for this article
Jun 20, 2007 pada 7:42 pm
Dinpas
KEBENARAN PASTI TERSERLAH JUA.teruskan usaha. tertarik dengan petikan yg ustaz tulis……”dunia politik itu kotor,jika xbersedia kita akan dikotorkan…nak lari dr politik xboleh krn dipaksa oleh Allah…lari bermaksud lari drp tgs Nab”i…pesanan,”berwaspada dan berstrategilah”, moga selamat dr kekotoran itu.
Julai 6, 2007 pada 11:26 am
syaikhan ubaid (ex-MADA)
salam ukhuwah & salam perjuangan
usrah mengajar erti kasih & sayang
ni lah yg telah diterapkan ust nik adli
dlm usrah kepada ana n geng….
walaupun dia amat tegas di sekolah
tp bile time usrah,ia anggap kami
mcm ana sendiri,bergurau senda dll
setelah sekian lame dia di ISA..ana
amik inisiatif…mengambil ust sebagai naqib
usrah supaya kami dpt dibimbing…
*rindu usrah bersama:
ust nik adli & ust nik abduh
bile kite akan ketemu….>
Mei 11, 2009 pada 3:07 pm
Zulfadhli Idris
Salam
Tidak kisah kita di bidang mana, jalur kehidupan dakwah itu paling mulia. Begitu juga saya, ingin menjadi ustaz kini penuntut kejuruteraan pula, tawaran sekolah agama terpaksa dilupakan atas galakkan keluarga, masuk asrama penuh =)
Tapi paling bermakna kan hidup di jalan dakwah, saya suka mengulanginya.
Ustaz Zulkifli Ismail, saya juga menghormati keperibadian dan keilmuannya. Beliau juga guru saya walaupun hanya 2 mggu di baitul Qurra’.
Ulama akhirat selalu begitu, ilmunya melaut tapi zahid orangnya.
Pengumuman :
Assalamualaikum wbt,
Pembinaan Pusat Tahfiz Baitul Qurra’sememangnya selaras dengan cita-cita Ustaz Zulkifli Bin Ismail untuk melahirkan ramai golongan ulama’ bukan sahaja dari negeri Melaka, bahkan dari seluruh pelusuk Malaysia
Ia merupakan pelan jangka panjang Baitul Qurra’ dalam tempoh lima ke sepuluh tahun akan datang
Kepada saudara/saudari yang ingin menyumbang, sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun berikut:
BANK MUAMALAT
No Akaun: 04010032361729
Nama Pemilik: Zulkifli Bin Ismail
Semoga Allah s.w.t membalas sumbangan saudara/saudari dengan balasan kebaikan di dunia dan di akhirat kelak
Bersama-sama kita berdoa agar cita-cita yang murni ini akan tercapai
Sumber http://baitul-qurra.blogspot.com/
Wallahua’lam
Mei 12, 2009 pada 10:56 am
matmpp
kejayaan Islam adalah kejayaan rakyat malaysia
Mei 12, 2009 pada 5:16 pm
matmpp
salam.
rakyat malaysia sekarang bukan lagi acuan umno .semua ini adalah berkat kesabaran pendokong pas yang mulia. sya ni bukan lah pandai sangat tapi sya dah ikut perkembangan polotik ni dari thun 90 lg ,umno tu memang zalim kepada orang yang tak menyokongnya ,sekarang ni baru padam muka kebaikan ni akan timbul walaupun kecik mana .sampai disini sja dulu buat kali ini
kok lanas
Mei 21, 2009 pada 8:34 am
matmpp
salam
Kepada semua ahli pas hendaklah mencari jalan macam mana nak ambik ati ahli2 u…no yang bakal kehilangan ibu bapa nya suatu hari nanti ,yang ini pasti berlaku tunggu dan lehat lah pruke13 nanti percaya lah , tapi macam mana nak tarik ahli2nya yang hilang pegangan .kalau kita pandai cari jalan sekarang pun dah nampak dah org dah x nak kat janda tua tu