Salam Kamunting (dedikasi sepanjang masa buat mangsa dan keluarga mangsa akta ISA yang kejam) ,
Terima kasih buat teman yang menghantar epal dan limau yang manis – manis untuk saya. John Terry siap hantar sup gear box. Masakan Kelate setengahnya rasa memang begitu. Terima kasih. Rakan rakan janganlah sampai saran agar saya jadi macam bloger lain. Saya dah kata, saya tak tahu masa mana saya boleh tekun depan laptop ni..
Biarkan saya bercakap pasal saya dulu. Taaruf. Saya menulis dan hati saya berkata, tulislah wahai pejuang. Semoga kamu, tidak sia – sia amal kamu di sisi tuhan. Saya berjuang kerana saya telah berada di jalan yang lurus ini dan saya teruja berjalan di laluan yang lurus ini. Bagaimana saya bermula?
Saya anak seorang tok guru tersohor lagi tersayang. Kerana bin tok guru, saya dapat undi terbanyak dalam muktamar DPPP dua minggu lepas. Sapa berani berjudi nak kalahkan Ustaz Ridhuan Md Nor, panglima muda Pas itu. Tapi bin punya tuah, saya menang dua undi. Walau tak berjudi, Us Ridhuan kenalah belanja anak tok guru ni sokmo – sokmo di KL.
Saya tahu itu sebabnya tapi mana saya tahu mengapa saya jadi anak tok guru. Tahu – tahu jadi anak tok guru. Suka ke tak suka jadi anak tok guru samalah dengan soalan suka ke tak suka jadi anak MB. Sebelum saya jawab, pergilah tanya Mukhriz ke, Najib ke, Pak Lah ke.Suka ke jadi anak PM atau tok guru? Tanya Khairi pun boleh. Suka ke jadi menantu PM? Kalau tak berani tanya, tanyalah diri sendiri, suka ke aku jadi anak ayah aku?? anak ibu aku??
Jawaban kalian adalah jawaban saya.
Masa kecil sangat, saya hanya ingat ayahanda saya berserban. dulu sampai loni. Naik kereta sebelah petang pergi mengajar ugama. Naik sebelah pagi saya tak tahu ke mana dia pergi. Kadang – kadang dia bawa kami adik – beradik lelaki ke masjid dia kuliah. Paling seronok dapat ke Masjid Muhammadi Kota Bharu. Tengah ayahanda mengajar tafsir lepas maghrib, kami adik - beradik menyusup ke kedai Cina sebelah masjid tengok tv. Cerita Mat Saleh. Cerita apa saya tak tahulah. Kecil lagi. Tapi seronoknya dapat tengok tv. Rumah saya masa tu mana ada tv. Letrik pun tak ada. Takkanlah nak cucuh pelita pasang tv.
Bila besar sikit, saya kena ikut ayahanda solat jumaat di merata – rata masjid. Boringnya. Belum lagi ayahanda berkhutbah, saya dah angguk – angguk. Bila sedar, geleng – geleng. Mengantuknya. Panasnya. Cuma setiap jumaat, bonda bekalkan kami sepuluh sen seorang. Sudah solat jumaat, kami berebut – rebut cari tin tabung derma. Ting.. sepuluh sen kali sepuluh. Dapat pahala seringgit. Seronok dapat pahala. Macam – macam saya khayal dapat duit banyak dalam syurga tuhan kelak.
Satu hari, seorang guru perempuan datang. Dia menepuk – nepuk bahu saya. “Tahniah, ayah menang. Kita kalah ya.” Saya tersengih tak tahu apa -apa. Lama – lama baru saya tahu, Pas kalah rupa – rupanya di Kelantan. Patutlah masa tu banyak sangat poster dacing dan bulan. Ingatkan tampal suka – suka saja macam main wau bulan lepas menuai. Pilihan raya rupanya. Saya perasan bila ayahanda tidak lagi berkuliah di Masjid Muhammadi. Kerajaan baru tak beri permit. Kuliah tafsir mingguan berpindah ke Pejabat Pas Kota Bharu. Dulu sampai loni.
Teringat dulu masa darjah tiga tak silap, guru bertanya rakan – rakan sekelas pasal cita – cita. Ada jawab nak jadi guru, polis, askar, doktor dan paling hilir, jadi jurutera. Saya tak faham. Bila tiba giliran saya, saya selamba menjawab, “mahu jadi wakil rakyat.” Guruku tersengih tersenyum. ”Aha, awak kena jadi macam ayah awak.” Bangga saya waktu tu. Manalah saya tahu wakil rakyat tu kena mengundi dulu, jadi calon pilihan raya dulu dan kena lawan Umno pulak tu. Ingatkan bila masuk U boleh ambil jurusan wakil rakyat! Cerdiknya aku..
Itulah persekitaran paling ringkas mengenai masa kecil saya. Saya berayahkan seorang yang berserban adalah pakaiannya. Berkuliah dan berceramah adalah tidur bangunnya. Wakil rakyat adalah pengenalannya. Bangun awal pagi adalah kebiasaannya. Melayani semua orang adalah kehidupannya.
Bila dah besar saya pun tahu. Bila dah akil baligh saya pun sedar. Saya anak seorang yang bukan kecil gahnya di sisi masyarakat. Saya membesar di bawah kawalan ketat seorang bapa yang merancang agenda suci untuk saya dan adik beradik. Dalam ketegasannya, dalam kebengisannya dan dalam doanya dia mendidik saya.
Ada masa saya sambung taaruf diri ( taaruf ayahanda pada kaca mata seorang anak ) lagi,


7 comments
Comments feed for this article
Jun 14, 2007 pada 9:27 am
pakdobulat
sejuknyooooo hati pakdo baco tulisan nih…..
Tulisan dari perspektif sebagai anok tok guru…. timo kasih ustaz… bolehlah jadi semangat untuk pakdo nok noreh pagi2 ni.
tapi pakdo rusing, sapoooo lah bakal ggati tok guru….
maso pakdo dok pondok pulau melako mulo, rajin jugok tok guru panggil naik make nasi pagi2….. tok guru akat sendiri wak tubek ko ambo ngan awok2….
banggo nyooo takdop aroh nok raso buleh make nasi tok guru.
maso sebelum tok guru meretoh kelate. ore tuo ambo berehi bowok ambo gi dewan zue dengar kuliah tok guru. nak2 minggu, borim nyoooo keno dok cokoh sekali ngan ore tuo.. lepas ngajar ore tuo ambo turun gi jaafar rawas pulok, kebetule tok guru ado situh, ore tuo ambo gi lah gi jupo tok guru beler2 erek ambo, pahtu tok guru gosok palo ambo beler2 kato “anok cikgu ko nih?”……
Balik pado pondok pulau melako pulok. Satu hari selepas solat asar, lepas jah tahiyyat akhir budok2 pakat turun ssejid tok der wirid, pastu tok guru panggil suruh duduk beler2 wi tazkirah (ikut bahaso budok2 ngepek).. Tengoh tok guru dok wi tazkirah, ado ore tuo suruh ambo tutup suiz kipas, ambo pulok nyar ttukar suiz gi petat atah suiz microphone hok tengoh tok guru dok wi tazkirah tu, apo lagi, tok bunyi lah, ambo tok kabar lagi, pahtu ado ore tuo kato ” weh awe, suiz tok guru tu!”……. hah… kejut ambo… ambo pun gi bukok kelek.. pahtu tok guru senyap doh.
Kisoh naik pohon nyor,
Buley poso tok silap, pakdo ngan gu gi cari nyor mudo di kebun tok guru (loni jadi asrama doh tok silap ambo, sblm asrama jadi pade bola), gu ambo jong rukas, ambo jong check line clear, tengoh dok check line clear, ternapok tok guru mari alah kedale kebun, ambo apo lagi, lari camma ligat lah, gu ambo tok der nok turun, duk senyapppppp jah atah pohon nyor, tok guru pon bereti bowoh pohon nyo lenggok alah katah beler2 royat “naik molek lah awe, lamo key jatuh”….
gu ambo namo zaki, asal jengko tok silap…. lamo doh tok juppo..
begitulah sedikit kisah ambo hak nak kait ngan tok guru…
apo2 pun, tahniah ustaz.
Jun 14, 2007 pada 11:17 am
john terry
Assalamualaikum..
sup gear box tu agak beratkan tapi elok dipikirkan takut ada pula yang menghangatkan.
membaca kisah tuan saya amat tenang, di pikiran saya yang daif ini tuan seorang yang berkredibiliti yang tinggi dan jujur. patutlah ayahanda tuan disanjung tinggi. saya bangga sekali menamakan anak saya sempena nama ayahanda tuan.
tapi tuan kerana sayang dan cinta kepada perjuangan islam saya terpaksa mengemukakan apa yang agak pedih seperti sup gear box takdi tapi percayalah dengan ilmu dan kewarasan tuan menikmati sup gear box itu amat manis dan enak sekali. tapi awas sup gear box epal dan limau manis pun boleh menyumbangkan kecing manis dan sakit jantung.
tuan selamat berjuang ALLAHUAKBAR
Jun 16, 2007 pada 12:58 am
zamri
Syabas ustaz….Teruskan usaha menulis… Seronok baca gaya bahasa ustaz…:)
Jun 28, 2007 pada 2:32 am
almulongi
tetiba je ambo raso insaf diri bila baca kisah ustaz. bertuah sungguh ustaz, Allah pilih ustaz untuk jd seorang anak kepada seorang al alim al allamah yg punya kejujuran serta keikhlasan dengan ilmunya dengan tuhannya dan dengan dirinya sendiri. kisah ustaz ini mampu menjadi satu bentuk inspirasi kepada khalayak terbanyak terutamanya kepada penghuni rumah tangga islam ttg tips untuk mendidik anak anak supaya menjadi satu angkatan jilul qur’an al farid yg bisa menyelamatkan umat ini daripada kebobrokan sistem nilai insani yg semakin jelik dan keji pd ketika ini.
beberapa buah kilas telah ambo kutip buat pedoman dlm membina rumah tangga pd masa akan datang. sebagai seorang pemuda yg berpendidikan agama cerita2 sebegini amat bernilai tarbiyah utk diri, bakal anak2 yg akan mewarisi kerja buat seorang ayah yg bergelar ustaz, isteri yg bersuamikan seorang ustaz serta ibu bapa yg anaknya adalah seorang ustaz.
alfu mabruk ya sayyidi !!!
Julai 6, 2007 pada 11:17 am
syaikhan ubaid (ex-MADA)
salam ukhuwah & salam perjuangan
mase kt MADA dulu,
seronok tul ana dpt join usrah bersame
ust…tetapi x kenal lebih mendalam
bak kate org2 muda skrg:
x kenal maka x tahu…hehe
erm,,,lucu jgk zaman ust erk..hehe
tp skrg,ana yakin ust bakal ganti
ayak zik….bile kuliah je sebijik cam ayak zik
ana doakan ust,,,insyALLAH bakal tok guru
Oktober 6, 2008 pada 2:16 pm
nawi
SALAM.. wei looo ambo te-laewak doh… ambo baghu tau jah anok TGNA ado blog.. molek benar.. mudoh sikik nok salur maklumak.. begheh..
Mac 13, 2009 pada 12:22 pm
Translate Inggris
salam kenal mas